Fokus Perniagaan Saya Bermula Disember 2016

Tuesday 27 December 2016
Fokus perniagaan saya kini bermula Disember 2016 adalah pada dunia Digital Ekonomi yang akan mengubah masa depan dunia.  Secara spesifiknya Mata Wang Digital menjadi kajian saya sedalam mungkin.

Semua ini bermula kerana pada tahun 2013 hingga 2014 saya pernah berkhidmat di sebuah syarikat antarabangsa berkaitan Big Data Analytics dan mendapat pendedahan awal berkaitan Dunia Digital Ekonomi bermula di situ.

Antara rujukan utama saya dalam dunia Digital Ekonomi ialah CoinDesk Research .CoinDesk ini bolehlah kita katakan sebagai 'The World Leader' untuk segala news, prices dan informasi untuk info mengenai matawang digital.

Dan paling menakjubkan saya melalui mentorship dan guidance dari Pakar dan Ikon Tahap Dunia dalam Digital Ekonomi, Tuan Arai Bin Ezzra, saya diperkenalkan dengan Teknologi Blockchain dan Matawang Digital nombor dua paling bernilai di dunia setelah Bitcoin iaitu Ethereum.

Kekuatan Ethereum yang tiada pada Bitcoin adalah concept "Smart Contract". Developers Bitcoin pula adalah anonymous manakala Developers Ethereum menonjolkan dan memperkenalkan diri mereka secara rasmi yang diketuai oleh pengasasnya Vitalik Buterin yang digelar sebagai "The Next Mark Zuckerberg of Facebook".

Untuk mendalami ilmu-ilmu mengenai Ethereum dan Blockchain, untuk permulaan sahaja bagi mendapat kefahaman awal saya mendapatkan Report dari CoinDesk Research ini yang berharga USD 499!

Tidak termasuk buku-buku, research berkaitan blockchain, crypto currencies yang dibeli di Kedai Buku Kinokuniya yang sangat mahal harganya.

Semua ini berbaloi!

Dan tunggulah bagaimana kami rakan-rakan seperjuangan dalam FXBitlab dan Malaysian Association of Financial Technology Industry (MOFTI) akan beraksi di persada antarabangsa menggegar dunia Digital Ekonomi bermula tahun 2017.

Rujukan : http://www.coindesk.com/research/understanding-ethereum-report/

#fintech #blockchains #digitaleconomy #digitalcurrencies #cryptocurrencies

Apabila melihat orang berjaya dan kaya.

Kadang-kadang kita selalu terpesona secara zahirnya dengan melihat kejayaan dan kekayaan seseorang itu dalam hidupnya.

Bagi saya apabila melihat kehidupan orang yang telah berjaya dan kaya ini, saya lebih suka menyelidik kisah-kisah susah,  jatuh dan bangun mereka terutama di kalangan usahawan yang berjaya ini.

Dihina, dicerca, dipulaukan keluarga kerana ada "idealisme usahawan" adalah perkara biasa bagi mereka yang istimewa ini. Untuk berjaya dan kaya, lalui dahulu kisah gagal dan miskin dengan tenang, sabar dan berani.

Dan yakinlah kejayaan dan kekayaan itu akan datang dengan secara sendirinya juga dalam keadaan anda sedang tenang, sabar dan berani.

Sesungguhnya rezeki kejayaan dan kekayaan itu adalah dari Allah jua. Mukmin sejati, ketika senang atau susah, ketika miskin atau kaya, hatinya sama sahaja, sentiasa tenang di setiap masa kerana HANYA ALLAH di hati mereka...

#tenang #berjaya #kaya #Hati #mukmin #rezeki #usahawan #sabar #berani #Allah

P.S:- Saya sedar nilai kejayaan dan kekayaan ini adalah subjektif bagi setiap individu. Carilah HAKIKAT kejayaan dan kekayaan itu dengan Redho Ilahi.

Impian dan cita-cita.

Thursday 15 December 2016

Saya mempunyai impian dan cita-cita besar menjadi antara pimpinan dalam sebuah persatuan/gabungan/konsortium yang menghimpunkan segala jenis industri perniagaan /perkhidmatan/ perkilangan.

Saya mulakan dengan syarikat saya dulu dengan menjalankan kerjasama, MOU, JV, perkongsian untung dengan company-company enterprise, sdn. bhd sahabat-sahabat rapat yang mungkin sebelum ini bergerak secara bersendirian.

Syarikat saya mempunyai kepakaran/department khas yang menguruskan marketing management, IT and Website development yang dapat digunakan sebagai vehicle untuk sama-sama memasarkan perniagaan masing-masing mengikut kapasiti coverage market masing-masing yang sedia ada.

Sahabat-sahabat korporat saya berbangsa Cina dah lama buat dan mereka sentiasa bantu-membantu dan tidak bergerak seorang diri. Jika mereka tiada bisnes atau perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan, mereka tawarkan perniagaan milik sahabat mereka lain yang ada perniagaan yang diminta itu.

Pembelian hartanah juga dibeli secara pukal dan berkumpulan dan kemudian keuntungan dibahagi mengikut syer atau sumbangan yang telah diberikan untuk pembelian hartanah itu...

Bila berniaga dipandang hina?


Itu adalah pandangan biasa di kalangan ibu bapa terutamanya di kalangan masyarakat melayu. Mengapa lihat risiko sahaja tidak melihat peluang?

Sejarah Islam dan Sejarah Bangsa Melayu di Kota Melaka  penuh dengan cerita hebat usahawan Melayu.

Nasihat saya, tak perlu jawab apa-apa. Buktikan dengan kejayaan. Pergilah bertanya kepada usahawan yang telah berjaya. Nescaya majoriti akan menjawab mereka telah biasa dihina, dikutuk sepuasnya oleh masyarakat sekeliling mereka terutama ahli keluarga.

Nasihat saya kepada mak ayah yang konvensional. Jika selama ini keturunan anda makan gaji sejak turun temurun dan tiba-tiba anak anda ingin jadikan usahawan sebagai kerja tetap. Maka tentu ada sebabnya.

Fahami dan bimbing mereka dengan cara yang positif. Ibubapa sendiri perlu tambahkan ilmu perniagaan untuk memahami jiwa anak-anak usahawan ini biarpun ibubapa sendiri bukan usahawan.

Posting ini hanya ingin menyampaikan mesej positif kepada ibubapa seluruh Malaysia bahawa berniaga bukanlah kerjaya hina.

Berniaga adalah sunnah nabi, dan berniaga juga dapat memberi financial freedom. Gagal dalam berniaga adalah perkara biasa. Dan berniaga tanpa pernah rasa rugi adalah di luar kebiasaan. Rujuki dan  pandanglah kepada mereka yang dah berjaya.

Berfikir dahulu sebelum anda ibubapa bercakap mengguris perasaan anak-anak anda yang ingin berniaga kerana mereka perlukan doa, sokongan, dan motivasi ibubapa.

Percayalah, dengan jalan usahawanlah sesebuah negara, bangsa, masyarakat akan mendapat pelbagai faedah membina kekuatan tamadun negara  kerana golongan usahawanlah yang membuka banyak peluang kerjaya dan memudahkan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan dalam melengkapi keperluan kehidupan kita dengan usaha mereka dalam perniagaan.

#usahawan #beranikaya #gagaluntukberjaya

-Effendy Mujaddid Usahawan-

Nasib Anak Muda Malaysia setelah tamat pengajian.


Jika belajar di oversea kos biasiswa JPA smpai 500K - 1 Million untuk 3-4 tahun kemudian kita suruh mereka kerja makan gaji di Malaysia dengan gaji RM2500-RM3000 sebulan di Malaysia.

Adakah ianya berbaloi?

Cuba bagi 500K - 1 Million secara dana/loan/geran kepada usahawan muda yg proven hebat dan ada progress. Mana lagi worthy?

IPTA dan IPTS sudah berlambak di pasaran.

Dilaporkan last year sahaja ada 130 ribu mahasiswa menganggur atau kerja yg tak sesuai dgn bidang. Habis belajar 3-4 tahun diploma/degree sudah berhutang 28K hingga 40K.

Maka setiap tahun kita melahirkan ratusan ribu anak muda belia yg berhutang, kerja pun belum dapat dan mungkin menjadi penganggur terhormat.

SPM holder kita pula hanya teori. Sepatutnya ketika form 1 smpai form 5 dah bagi cukup-cukup ilmu 'entrepreneurship' atau 'skills vocational'.

Kalaulah mereka tak sambung diploma atau matriks sekurangnya mereka ada skills utk survive. Ini habis SPM blur tak tahu nak buat apa.

Sahabat-sahabat ada pandangan yang sama atau berbeza dengan saya? Kongsikan di sini.

#usahawan #penganggur

-Effendy The Leaderpreneur-

Peluang Pelaburan di Malaysia.

Tuesday 13 December 2016

Saya semenjak dua menjak ini banyak buat research dan jadi jurucakap tak bergaji dan tak rasmi buat negara  berkaitan peluang investment di Malaysia kepada ramai sahabat-sahabat oversea dari Turkey, Arab Saudi, China , Filipina, Singapore dan Indonesia.

Dari Eropah pula berpeluang bertemu dengan potential investor dari Hungary. Dengan bangganya saya beritahu mereka bahawa Malaysia adalah negara terbaik di ASEAN untuk datang melabur dan membangunkan perniagaan.

Antara sebabnya adalah kerana:-

1. Kekuatan Ekonomi.

2. Polisi Kerajaan yang supportif.

3. Developed Infrastructure.

4. Workforce yang educated.

5. Suasana perniagaan yang Vibrant.

6. A heaven for companies yang telah
menarik lebih 5000 foreign companies dari lebih 40 buah negara.

7. Malaysia ada 5 Koridor Ekonomi yang power!

Nilai 5 KORIDOR EKONOMI yang ada di Malaysia.

1. Iskandar Malaysia (IRDA) - RM105 Billion.

2. Koridor Utara (NCER) - RM177 Billion.

3. East Cost (ECER)- RM112 Billion.

4. Sabah (SDC)- RM105 Billion.

5. Sarawak (SCORE)- RM334 Billion.

Total = RM840 Billion.

6 Kesimpulan.

1. Sebagai rakyat kita harus bersyukur dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Atas faktor inilah juga rasanya kuasa-kuasa ekonomi dunia sangat berminat dalam membentuk kerjasama dengan Malaysia dari aspek kerjasama Geo-Ekonomi mahupun Geo-Politik.

2. Dan yang paling penting pembangunan ekonomi ini harus holistik. Negara kaya harus di manifestasikan dengan pembangunan ekonomi marhaen dan rakyat bawahan juga.

3. Adakah segala kenaikan kos sara hidup, pengangkutan dan makanan ini dikaji sedalamnya oleh pihak berkuasa kesannya kepada rakyat? Satu kajian akademik yang teliti perlu dibuat dan dikongsikan kepada rakyat.

4. Apakah pula impak pembangunan seluruh Malaysia ini memberi kesan kepada mikro ekonomi, Usahawan level kecil kecilan dan rakyat jelata dari aspek kewangan personal dan lapisan bawahan di peringkat keluarga?

5. Bagaimanakah institusi zakat, wakaf dan perbankan patuh syariah dapat dibangunkan segagah dan sekuat maksimum mungkin dalam membantu kekuatan ekonomi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam?

6. Perniagaan, kekayaan dan keuntungan pelaburan bukan semata-mata untuk tujuan material zahir semata-mata. Ianya melibatkan pembangunan spiritual, budaya baik, dan dalaman nurani masyarakat dan rakyat tidak kira yang majoriti mahupun minoriti.

Effendy Zulkifly
-ASEAN Youthpreneur Community(AYPC)
-ASEAN Changemaker Community(ACC)
-ZK Dinamik (M) Sdn Bhd
-Denarmeq Group of Companies

Website: aseanchangemaker.org

Bulan Disember Bulan Paling Sibuk!

Monday 12 December 2016

Bulan Disember adalah bulan yang paling mencabar bagi saya setiap tahun. Pelbagai kertas kerja dan takwim 2016 perlu disiapkan. Amanah diberikan saya akan cuba laksanakan sebaik mungkin.

Sepanjang tahun 2015 ini saya dilantik sebagai Felo untuk satu organisasi akademik di Malaysia dan satu di luar negara khusus untuk kajian berkaitan Social Entrepreneurship dan impaknya kepada masyarakat setempat.

Saya juga menjadi penasihat kepada beberapa NGO berbasiskan pembangunan anak muda dalam dan luar negara.

Team saya iaitu Team Jaringan Anak Muda juga membuat penerbitan buku-buku berkualiti dari Indonesia ke Malaysia bersama Peace Generation Movement yang berpusat di Kota Bandung bersama Bro Irfan Amalee (The 500 Most Influence Muslim in The World 2009).

Awal tahun 2015 juga saya bersama sahabat di Indonesia membangunkan NGO Komuniti Usahawan ASEAN yang telah menjalankan 4 program antarabangsa dan menyertai lebih 20 program peringkat ASEAN.

Saya juga menjadi Director sebuah syarikat motivasi dan latihan. Beberapa bulan yang lepas juga syarikat saya telah melancarkan business model baru kami berasaskan business trading dan travel.

Yang terbaru dilantik menjadi penasihat kehormat untuk sebuah Koperasi yang ada keahlian lebih 15000 ahli. Saya juga dilantik menjadi Deputy Secretary General sebuah Dewan Perniagaan bertaraf antarabangsa yang ada di berpuluh puluh buah negara.

Saya juga aktif dalam badan think-thank yang terdiri ramai di kalangan golongan intelektual dan mantan-mantan ahli parlimen Malaysia.

Saya dilantik atas kapasiti jaringan antarabangsa yang saya ada. Pembangunan keusahawanan dan pendidikan untuk generasi anak muda di Malaysia dan ASEAN.

Saya cuba buat yang terbaik dengan time management yang sangat padat dan ketat. Saya mohon maaf sangat-sangat jika tidak lagi seperti dulu boleh duduk kedai mamak , sembang-sembang peluang bisnes peringkat cadangan awal.

Saya fokus sekarang kepada implementation dan closing. Saya juga sedang siapkan buku tulisan saya yang sudah berada di fasa terakhir untuk penerbitan.

Masa tidur juga telah diubah. Pukul 10 malam mula tidur, 4-5 pagi sudah bangun. Juga sudah elakkan meeting malam bermula November yang lepas.

Saya perlukan DOA sahabat-sahabat supaya saya istiqomah, jadi insan soleh dan laksanakan amanah-amanah diberi sebaik mungkin.

InsyaAllah. Aamiin.

Usahawan Tahap Global.

Thursday 1 December 2016

Sepanjang Tahun 2015 ini, saya banyak merantau ke seluruh pelusuk ASEAN memberi ceramah, training berkaitan mind-setting keusahawanan/wirausaha. Di Malaysia juga saya membuat pelbagai program-program keusahawanan.

Yang menariknya yang selalu follow up saya di Malaysia adalah mereka di kalangan usahawan yang bukan sebangsa dengan saya.  Yang tambah lagi menarik saya juga dihubungi usahawan-usahawan dari negara lain untuk kerjasama dari negara ASEAN selain Malaysia.

Bertambah-tambah lagi menarik, usahawan dari England, USA, Turkey dan Europe juga approached saya untuk pelbagai kerjasama. Mereka nampak peluang di ASEAN sangat besar dan cukup mewah dan luar biasa potensinya.

Perjanjian Perdagangan yang akan  dimeterai juga nanti bukan setakat TPPA. Masih  ramai di kalangan kita yang tidak tahu bahawa kita juga ada Perjanjian Regional Comprehensive Economic  Partnership (RCEP) yang melibatkan ASEAN+6 Negara seperti Australia, China, India, Japan, South Korea and New Zealand.

Kita juga ada Perjanjian Free Trade Area of the Asia-Pacific (FTAAP) yang lebih besar dari TPPA. ASEAN Economic Community(AEC) juga bermula Disember ini juga akan menjadi sebuah gabungan entiti semua negara ASEAN dengan dasar Free Trade yang hebat juga.

Adakah anda sebagai usahawan yang sedang bertungkus lumus hanya mahu berdiam diri tidak ambil peduli hanya berkokok sebagai juara di kampung sendiri sahaja?

Saya mahu jadi Usahawan Level Global supaya boleh bersaing di Pasaran Terbuka Antarabangsa. Anda juga harus begitu!

Falsafah Pujian dan Kejian saya.

Monday 28 November 2016

Bagi saya, (mungkin tidak semua) jika seseorang itu takut dipuji dan terima pujian biasanya mereka juga tidak berani atau takut untuk dikritik. Saya berani terima pujian dan saya juga sudi dan tak risau  dikritik.

Saya ucap Alhamdulillah bila dipuji (segala pujian dikembalikan kepada Allah) dan saya ucap Astagfirullah bila dikeji (kerana mungkin saya ada dosa disitu). Simple kan falsafah ni?

P.S :- Namun Rasululullah pernah memesan perlu berhati-hati memberi dan menerima pujian kerana pujian secara langsung mungkin boleh melalaikan seseorang itu. Lebih baik tidak memuji secara langsung dan memuji dengan cara mendoakan kebaikan untuk seseorang itu.

-Effendy The Philosopher-

Pendapat saya mengenai isu "kontrovesi" , "khilaf" berkaitan agama dan ideologi pemikiran.

Pendapat saya mengenai isu "kontrovesi" , "khilaf" berkaitan agama dan ideologi pemikiran.

Segala isu-isu berkaitan "kontrovesi" atau "khilaf" berkaitan isu agama, ideologi politik atau method dakwah, saya akan mengeluarkan "fatwa hati" saya bahawa saya mengambil pendekatan "moderate" atau  "jalan tengah" yang harmonis untuk "de-confliction" atau "nyah-konflik" (istilah de-confliction ini diajar guru falsafah saya Datuk Jaafar Abdul Rahim).

Isu khilaf berkaitan agama ini saya berdebat dan berbalah secara aktif pada tahun 2001 lagi dengan beberapa pelajar Al-Azhar Mesir, pelajar agama UIA dan Madinah melalui forum-forum agama online sedangkan saya pelajar Diploma Business Study sahaja ketika itu.

Saya juga menggunakan dalil-dalil agama dan nas-nas quran yang ok juga ketika itu untuk berdebat sehingga pening juga pelajar-pelajar agama dan ustaz-ustaz itu untuk membalas.(Ada yang jadi sahabat baik juga akhirnya). 

Kemudian bila sambung belajar Degree Law,  ilmu retorik, logik dan mantik semakin mantap. Ketika saat itu zaman student di faculty law,  saya rasa cukup-cukuplah berdebat isu khilaf agama mahupun ideologi politik kerana saya mahu fokus berjuang dengan gagasan yang lebih besar.

Iaitu gagasan Penyatuan, Perpaduan dan "Ummah Centric".

(Note kaki : Perkataan yang ada label ini "        " bermaksud ianya masih terbuka pendefinisian dan perbincangannya yang mungkin bersifat subjektif kepada sesetengah pihak yang tak sefikrah tapi saya sudah ada definisi saya yang tersendiri yang saya pegang dengan jazamnya.)

Isu Khilaf yang tidak berkesudahan.

Lagi mengenai isu khilaf. Saya meletakkan keadaan "berkecuali"  dari membicarakan soal khilaf ke atas diri saya. Jika ada pihak yang merasakan perbincangan khilaf itu adalah suatu keperluan bagi beliau bincang dan perjuangkan maka teruskan.

Disebabkan saya pengamal falsafah "de-confliction" , dalam soal khilaf berkaitan bidaah misalnya, saya mendengar pendapat yang berbeza dari kedua-dua belah pihak dan kedua-dua belah pihak saya mendengar pendapat secara timbang tara yang adil dari saya.

Perdebatan soal khilaf ini dalam kitab-kitab ulama Islam telah berabad-abad lamanya dibincangkan. Pihak yang berbeza pendapat ini masing-masing  mendatangkan dalil-dalil dan nas-nas quran , hadis yang banyak untuk mempertahankan hujah masing-masing.

Saya telah menetapkan suatu paradigma tersendiri setelah melalui suatu "proses" dalam menghadapi keributan isu khilaf ini. Alhamdulillah Allah memberi saya "ketenangan" atas "kefahaman" yang saya perolehi ini.

Jika ada yang nak mengheret saya dengan perbahasan isu khilaf ini biasanya tidak akan dapat menarik perhatian serius dari saya. Saya hanya akan tersenyum dan terus memberikan doa@pujian kepada beliau supaya beroleh ketenangan dan kebenaran dalam perbahasan khilaf itu dalam masa yang sama saya akan dilihat sebagai simpatisan atas hujahan beliau itu.

Akhirnya saya akan jadi sahabat baik kepada penghujah-penghujah isu khilaf ini...

P.S:- Isu khilaf ini memang dalam segala aspek lapangan ilmu ada khilaf. Khilaf di sini saya maksudkan berkaitan soal khilaf agama berkaitan ibadah, akidah , fiqh dan berkaitannya.

MY LATEST BIODATA 2016 .

Saturday 19 November 2016

BIODATA OF EFFENDY ZULKIFLY

FORMAL EDUCATION.

My secondary school from the most prestigious and famous Elite Boarding School in Malaysia - Malay College Kuala Kangsar (MCKK) with Sultan of Brunei (Sultan Omar 'Ali Saifuddien III) and Tun Abdul Razak (Second Prime Minister of Malaysia) as part of the Notable Alumni.

I studied law at the Mara University of Technology (UiTM) in Shah Alam, Malaysia. I also obtained the 'Professional Public Speaking Course Certification' from British Council Malaysia and also the 'Oratory and Motivation Course Certification' from Malaysian Professional Motivator Academy.

TRAINING & MOTIVATION.

Training, motivation for entrepreneurship, and leadership also part of my expertise. I have also conducted training with systematic modules in the areas of International Marketing, Strategic Thinking, Youth Empowerment, Culture Intelligence, Team Building, and Social Entrepreneurship.

I had experiences as a motivator for 15 years and had trained thousands of people in Malaysia, Indonesia, Singapore and other ASEAN Countries improve their skill in public speaking, social entrepreneurship, innovation thinking  and leadership.

I gave the inspirational and motivational speeches in broadcasting channels in Bernama TV, Astro Awani, TV3, TV Al-Hijrah, and RTM. I have also been a writer in the several top media, newspapers in Malaysia such as 'Utusan Malaysia', 'Berita Harian' and International Online Portal 'The Cyber Way'.

OFFICIAL POSITIONS.

I hold several positions as Founder and Chairman of ASEAN Youthpreneur Community (AYPC), Deputy Secretary-General of Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI), CEO ZK Dinamik (M) Sdn Bhd, Vice President of PT ASEAN Continent International Group, Adviser and Ambassador for Global Leadership Institute. In February 2016, I was appointed by the World Halal Development (WHAD) as Country Director for Malaysia.

BUSINESSES INVOLVEMENT.

My businesses involve all types of Event Management and Business Consultation. I also have business on  Advertising and International Networking Consultation, Trading Raw Food, Fruits & Mineral Water, Travelling Agency for Tourism Services and Trade Mission.

BOOKS PUBLICATION.

I have published two books, 'The Young Generation From Many Perspectives' and 'Social Entrepreneurship From ASEAN Perspective'. My ongoing books to be published are 'The RCEP, My Perspective' and 'Digital Currency From The Malaysian Perspective'.

Laporan 2015 Program Jaringan Anak Muda.

Saturday 12 November 2016

Laporan Terkini Bersama (Program Oktober-November 2015) Jaringan Anak Muda, ASEAN Changemaker Community&Kelab Wartawan Muda Malaysia .

Masih ‘berhutang’ banyak catatan-tulisan-laporan acara-acara yang saya sertai dalam siri ‘maraton’ acara 1-2 bulan ini. Nampak gayanya saya perlu ‘berhenti seketika’ dari ‘maraton’ acara untuk menyiapkan catatan sebelum menyambung kembali ‘larian’ nanti.

Pentingnya menyiapkan catatan-laporan -dokumentasi.

Dalam siri ‘maraton’ ini saya , Wasif Wan, Saufi Jelani , Ridzuan dan lain-lain teman ‘Jaringan Anak Muda’ +‘ASEAN ChangeMaker Community’+’Kelab Wartawan Muda Malaysia’ mendapat banyak input-nasihat berguna dari pelbagai tokoh dalam pelbagai bidang dan bertemu seramai mungkin anak-anak muda yang hebat-hebat .

Kami juga 'mengutip' sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan-buku-kertas kerja-laporan-artikel dan cuba membina jaringan dengan pelbagai pihak(bukan semata-mata jaringan sahaja sebenarnya tetapi cuba sedaya upaya merancang beberapa projek bersama pelbagai pihak walaupun kami tidak dibiayai-ditaja oleh sesiapapun)

Isu-isu yang dibincangkan dalam pertemuan kami dan perbincangan-perbahasan dalam siri acara yang kami ikuti juga sangat penting untuk dihadam oleh kita semua.

Perlu ‘mencari masa’  dan ‘bertapa di dalam gua’ kembali nampaknya untuk menyiapkan catatan-catatan acara berikut:-

1)Kembara ASEAN:Indonesia Jaringan Anak Muda-ASEAN Changemaker Community-Yayasan Media Hebat di Jakarta,Indonesia(Lawatan ke Sekretariat ASEAN,Pertemuan bersama Staf Menteri Pendidikan Indonesia).

2)Global Transformation Forum di KLCC(menampilkan Arnold Schwarzenegger,Carl Lewis, Pierluigi Collina ,Zev Siegl ( Co-Founder of Starbucks ) ,Helen Clark(Former Prime Minister of New Zealand ),Goh Chok Tong( Former Prime Minister of the Republic of Singapore ),Jorge Quiroga (Former President of the Plurinational State of Bolivia ), Kevin Rudd (Former Prime Minister of the Commonwealth of Australia).

3)4 th International Seminar on Nusantara Heritage di UPSI Tanjung Malim.

4)Pertemuan bersama Sasterawan Negara ,Prof Emeritus Muhammad Hj Salleh di kediaman beliau di Kajang(bersama Raja Ahmad Aminullah(budayawan-penyair)dan Pak Yassin Salleh(Pengarah filem-penyair).

5)Pertemuan (1) bersama Malaysian Turkish Dialogue Society(Isu pendidikan-pemikiran Fethullah Gulen-Badiuzaman Said Nursi).

6)6th Muslim World Biz di PWTC (Pertemuan bersama Goris Mustaqim(tokoh muda usahawan social Indonesia), Prof Muddathir Abdel Rahim(pernah mengendalikan acara bersama Malcolm X) ,Pak Habib Chirzin(mantan Ketua Umum Pemuda Muhammadiyah Indonesia).

7)Pertemuan bersama  Ketua Umum Pimpinan Pusat Muhammadiyah ,Dr Haider Nashir,Sec Gen,Dr Mu'ti di Sungai Ramal Dalam,Kajang dan wacana anjuran Muhammadiyah Malaysia di Kedutaan Besar Republik Indonesia.

8)11th WIEF(World Islamic Economic Forum)(Sembang bersama Tun Musa Hitam, Dr Surin Pitsuwan dan Prof Jomo K Sundram,wacana Tan Sri Dr Dzulkifli Razak ,acara Kazakhtan Malaysia Business Forum,diskusi buku Islamic finance and the new financial system:An Ethical Approach to Preventing Future Financial Crises bersama penulisnya,Tariq AlRifai,temubual artis-seniman di MocaFest).

9)Acara  Islamica 500 (temubual Alia Khan(Chairwoman,Islamic Fashion Design Council-Canada/UAE)-pertemuan bersama tokoh kewangan Islam-industri halal).

10)Pertemuan dengan NGO anak muda Sweden di KLCC.

11)Pertemuan bersama wakil Kedutaan Hungary di KLCC.

12) Halal HealthCare di Grand Hyatt(pertemuan bersama Dato Ghazali ( Islamic Development Bank,Jeddah),Prof Nana(pakar pemakanan).

13)Pertemuan (2) bersama Malaysian Turkish Dialogue Society(Isu pendidikan-sekolah,perniagaan,kembara).

14)ASEAN Young Women Leadership Conference 2015 di PWTC.

15)Regional Student Leadership Summit 2015 (RSLS) di Universiti Malaya.

16)The ASEAN Community Conference(ACC 2015)-Islamic Civilization in ASEAN Community:Challenges and Hopes di ILIM(Pertemuan bersama cucu allahyarham Kiai Ahmad Dahlan,Prof Dr Winai Dahlan,pengasas The Halal Science Center,Chulalongkong University di Thailand).

17) Pertemuan (3) bersama Malaysian Turkish Dialogue Society(Tayangan filem Hur Adem,isu pendidikan).

18) Eco-Fest Film Festival @ Publika.

Yang melaporkan dengan gigihnya,
-Effendy Zulkifly, ASEAN Changemaker Community (ACC).
-Wasif Wan, Kelab Wartawan Muda Malaysia.

Kenangan Fujiatlas International Conference 2013.

Thursday 3 November 2016

Di #Fujiatlas International  Conference semalam,  saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan sahabat-sahabat baru antarabangsa dalam gambar. Yang di tengah berkopiah putih tu merupakan orang Jepun namanya Ustaz Wasei Kimura. Beliau memeluk Islam dah lebih 20 tahun kerana tertarik dengan bahasa Arab, fasih bahasa Arab, boleh berbahasa Melayu. Beliau memilih berbual dengan saya dalam bahasa Inggeris. Merupakan usahawan dengan menguruskan Syarikat Kawaichem Industries (M) Sdn Bhd dalam industri import eksport bahan chemical.

Yang berbaju putih tepi sekali tu orang Jepun juga bernama Mr. Yoshimi Ota. Beliau pakar dalam bidang CAD System for Nuclear Power Plant, Intelligent Manufacturing System dan paling power berpengalaman sebagai pakar di Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA). Beliau juga pakar bidang Robotic.

Yang berkot hitam dari Negara Iraq bernama Mohanad Ali, bekerja di Malaysia di Kelana Jaya dan sebelah beliau berkot kelabu bernama Weaam Sinjab, dari Negara Syria sebagai CEO sebuah consultant pendidikan di Cyberjaya. Diskusi dengan mereka saya rasakan cukup bermakna sekali. Banyak ilmu yang saya peroleh dari mereka.

Mereka semua memuji keindahan Putrajaya. Saya pun beritahu kepada dia orang. Konsep pembinaan di Putrajaya ni dimulakan dengan pembinaan Masjid Putra dulu baru dibina bangunan lain mengambil aspirasi pembukaan Kota Madinah. InshaAllah kami berjanji untuk keep in touch di masa hadapan.

Mengelak Meeting Perbualan Kosong.

Soalan sahabat:-

Bagaimanakah mahu mengelakkan sesuatu perjumpaan menjadi sekadar satu perjumpaan kosong dan berterusan menjadi siri perjumpaan kosong?

Jawapan saya:-

"Rome wasn't built in a day."

Pertemuan di antara orang yg "kosong" biasanya akan membuahkan hasil yg "kosong" juga. Orang yang kosong ni kena buat homework dan ada matlamat yang jelas dulu sebelum masuk dalam pertemuan pertama. Pertemuan pertama - contohnya pertemuan yang berkaitan nak bangunkan minda usahawan.

Pilihlah di kalangan orang yg ada "kefahaman" usahawan, yang  praktikal , yang memahami usahawan sebagai "BUSINESS OWNER" atau yg "sealiran sama" mengenai kefahaman tentang konsep kaya, Rasulullah sebagai usahawan, Rasulullah sebagai CEO.

Kalau datang kerana nak belajar tentang kunci kira-kira, akaun, financial planning memang dia akan blur dan pening. Boon Siew Honda, Goh Tong Genting bukan ada SPM pun. Rasulullah sendiri juga adalah "UMMI" tak boleh membaca tapi juga merupakan usahawan dan CEO yang sangat hebat!

Kita bukan nak bincang silibus kat universiti, silibus subjek matematik atau akaun. Kita nak diskusi macam mana nak jadi "BUSINESS OWNER".Kita nak diskusi, how to use  "OPM-Other People Money","OPT-Other People Time", "OPE- Other People Energy" dan " POD- POWER OF DELEGATION".

Kalau terlalu ramai sangat involvement "intelektual usahawan", "pensyarah usahawan" dalam pertemuan pertama tapi nak bincang mengenai penggerak keusahawanan. Hasilnya akan bertekak mengenai konseptual di awangan sahajalah....

Kandungan Presentation Saya Sebagai Entrepreneurship Speaker.

Tuesday 1 November 2016

Pagi tadi saya melaksanakan tugas sebagai Coach Jemputan kepada para peserta Fitness Instructor Course anjuran National Association of Strength and Conditioning Research (NASC) bertempat di IKIP Advance Learning Centre, Kuantan Pahang.

Topik silibus pengajaran yang saya sampaikan berkaitan 4 aspek:-

1)High Impact Communication.
2)Marketing techniques for Fitness Instructor.
3)Fitness+Entrepreneur = Fitrepreneur.
4)Entrepreneur Ecosystem.

Pendekatan saya lebih kepada interaktif, energetic dan ada sesi role play. Saya sentiasa pastikan audiens terus terpikat dan terpukau kepada apa sahaja knowledge yang saya sampaikan sehingga tamat slot saya.

Sidang Meja Bulat Jaringan Anak Muda.

Sidang meja bulat Jaringan Anak Muda semalam di Bangi. Fokus perbincangan mengenai "Keusahawanan Anak Muda dan Tanggungjawab Sosial". Diwakili pelbagai pemimpin NGO-NGO Belia. Diskusi yang sangat menarik dan mencerna minda dan resolusi.

Idea saya:-
1)Mengenai Rasulullah sebagai contoh Usahawan dan CEO hebat.
2)Corporate Sufism.
3)Social Entrepreneurship.
4)Cara mendapatkan dana-dana dari CSR pihak korporat swasta dan pihak autoriti kerajaan  melalui geran perniagaan dan geran penyelidikan.
5)Kerjasama penganjuran World Conference of Muslim Entrepreneurship (WCME) 2014.

Idea Ustaz Shafiz:-
1)Mengenal pasti masalah mengapa anak muda melayu tak suka berniaga dan pilih makan gaji.
2)Seminar Usahawan Cilik (Keusahawanan diajar di peringkat kanak-kanak lagi kerana Nabi Muhammad mula berniaga umur 12 tahun).
3)Mentor perniagaan adalah Rasulullah sendiri.
4)Mengusahakan perniagaan mesti "Berani Gagal".

Idea Ustaz Albark:-
1) Institut Usahawan Muslim - Fokus pada business models and modules cara Nabi Muhammad.
2)Seminar Usahawan Muslim dan Dakwah di Sarawak dan Sabah.
3)Model Organisasi Usahawan Muda yang sudah berjaya dari Negara Turki sebagai kerjasama dan network antarabangsa.

Komen saya tentang TV AlHijrah.

Saya sedang menyaksikan rancangan Assalamualaikum TV AlHijrah ni. Saya terus terang cakap , segala konsep yang dibawa oleh TV AlHijrah sangat-sangat serasi dengan jiwa saya, minda saya. Dulu zaman sekolah menengah selalu berangan mahu memiliki Stesen TV sendiri yang berunsur Islam dan progresif. Akhirnya muncul TV AlHijrah. Kalau pergi di office dan konti mereka. Suasana Islam yang segar memang dapat dirasakan. Malahan contents rancangan mereka sangat berkualiti tahap international padahal mereka baru berusia 3 tahun. Pengacara-pengacara mereka juga tidak cakap melalut, bercakap teratur, tersusun dan disulam dengan kata-kata hikmah. Sesetengah stesen lain pengacara banyak syok sendiri dan suka ketawa mengilai macam pontianak. Yang penting di TV AlHijrah semuanya menutup aurat. Dulu pernah mohon jadi pengacara TV AlHijrah tapi tak berjaya. Namun Allah bagi rezeki lain sebab saya berpeluang juga bersiaran secara live dalam rancangan TV AlHijrah beberapa kali sebelum ni secara live. Malahan berpeluang membuat program pengisian untuk TV AlHijrah di masa akan datang. Sempena 3 tahun TV AlHijrah, diharap terus sukses,berjaya dan terus  mengisi hati-hati kami rakyat Malaysia yang mahukan media TV yang progresif, ceria, segar, menarik tapi mendekatkan diri dengan ilmu dan cahaya Ilahi. Amin.

P.S:- Saya peminat tegar TV AlHijrah. Setiap pagi buka TV cari TV AlHijrah dulu.

"Corporate Sufism".



Istilah ini saya pelajari dari guru saya Datuk Jaafar Rahim berkaitan dengan sikap orang korporat yang sangat berjaya tetapi masih mengamalkan cara  hidup yang cukup sederhana tanpa menonjolkan identiti mewah dan lavish. Contohnya Steve Job pengasas Apple yang memakai kereta murah walaupun dia seorang billionaire. Begitu juga pengasas facebook Mr Mark yang dilihat makan sambil bersila di restoran makanan segera dengan jeans dan t-shirt. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhory juga dikatakan masih memakai Proton Perdana walaupun beliau adalah billionaire. Rasulullah adalah contoh terbaik dengan sikap tawadhuk ( corporate sufism ini ada nilai tawadhuk). Walaupun baginda Rasulullah  sebenarnya adalah insan terkaya kerana Allah menawarkan bukit bukau menjadi emas untuk baginda. Sebenarnya tak salah nak pakai kereta mewah jika anda sememangnya  mampu kerana "Corporate Sufism" adalah pada niat dan hati anda bahawa anda tidak cinta dunia, tapi kaya dunia ini untuk menyumbang demi dana akhirat. Bisa sahaja dia memakai kereta Ferrari tapi dalam hatinya ada nilai "Corporate Sufism". Para sahabat Rasulullah ramai yang memiliki unta terbaik pada zaman mereka. Mereka juga mampu memerdekakan beribu unta untuk perang dan beribu hamba mereka bebaskan seperti Abdul Rahman Bin Auf. Corporate Sufism ini berkaitan gaya hidup  korporat yang ditonjolkan dengan cara yang tidak ikut arus semasa (masyarakat awam biasa menganggap ahli korporat jutawan mesti ada kereta mewah, bungalow istana dan berkot tie) kerana tokoh yang mengamalkan budaya "Corporate Sufism" ini sudah cukup kuat dengan namanya sendiri. Orang mengenali mereka kerana kekuatan diri mereka sendiri sebagai usahawan korporat hebat. Sekalipun mereka menaiki basikal ke pejabat mereka, pakai singlet pergi bank, mereka  tetap dikenali sebagai  ahli korporat yang hebat.

PS:- Ulasan ini khas untuk Abang Is sahabat FB yang setia meneman dan menyokong saya di ruangan maya ini.

Ahli Parlimen Belia - Harapan Rakyat Dan Negara!

Saya mengikut secara rapat  proses dan aktiviti kempen calon parlimen belia. Usaha mengenal pasti bakat kepemimpinan muda ini sangat bagus dan perlulah ada usaha yang berterusan untuk penambahan ilmu dan seterusnya belia-belia hebat yang telah terpilih itu dapat benar-benar berkhidmat dengan sistematik dan efektif kepada masyarakat awam umumnya dan belia khasnya.

Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan di situlah cabaran yang harus disahut Ahli-Ahli Parlimen Belia yang telah terpilih itu.

Pada hemat saya tanggungjawab utama ahli-ahli Parlimen Belia ini adalah untuk menarik golongan belia ini supaya aktif, partisipasi dengan organisasi yang membawa gaya hidup positif dengan pelbagai persatuan belia terutamanya yang dinaungi oleh Majlis Belia Malaysia.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya dipilih sebagai ahli Parlimen Belia dan sedarlah bahawa anda terpilih bukan untuk menjadi golongan "partisan parti politik" cantas mencantas atau mengejar glamour dan perhatian sana sini.

Sesungguhnya anda adalah harapan anak-anak muda dan belia yang sentiasa responsif kepada segala isu yang meningkatkan jati diri dan nilai hidup masyarakat terutamanya belia dan anda perlulah sentiasa bekerjasama dengan rakyat marhaen dan menjadi penghubung rapat dengan "Government of The Day".

P.S:- Saya menawarkan diri bekerjasama dengan mana-mana Ahli-ahli Parlimen Belia untuk melaksanakan pelbagai program yang positif dari aspek penjanaan idea, penambahbaikan dan perlaksanaan sistematik.

Anak Muda Zaman Sekarang, Perbandingan Dalam Dan Luar Negara.

Saturday 29 October 2016

Sepanjang pengalaman saya bertemu dengan ramai anak-anak muda bawah 30 tahun di seluruh dunia dan ASEAN khususnya setakat hari ini, saya rasa sangat khuatir dengan perkembangan anak-anak muda Malaysia. Mungkin saya ini ketinggalan info mengenai anak-anak muda di Malaysia.

Di luar negara, yang saya ketemu mereka ini sangatlah agresif membuat networking antarabangsa dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti PBB, OIC dan ASEAN.

Minggu lepas saya bermesyuarat dengan Tokoh Korporat Anak Muda dari Philippines, Hong Kong dan USA. Ada daripada mereka itu sebelum umur 30 tahun sudah ada dalam senarai FORBES. Apabila membuat dealing business cukuplah matang malahan networking mereka lebih 20 negara.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat anak muda di Indonesia. Pengalaman mereka bertemu dengan Presiden USA, Putera Istana di England, Sec Gen UN adalah sangat biasa bagi mereka. Organisasi mereka juga melibatkan liputan Global dan antarabangsa.

Bersyukur kepada Allah saya terpilih untuk sama-sama bersama mereka membangunkan gerak kerja Social Enterprise, Social Innovation dan pelbagai International Trading. Ada juga melantik saya sebagai Penasihat Kehormat untuk organisasi mereka ini yang ahlinya mencecah puluhan ribu orang.

Di Malaysia mungkin saya sendiri terlepas pandang. Adakah kerana sistem pendidikan kita yang agak lambat mematangkan pemikiran anak muda kita? Faktor didikan keluarga? Pelajar lepasan SPM kita jika tak ke universiti atau kolej apa mereka boleh buat?

Di luar negara terutama dari barat, di usia 18 tahun mereka yang saya temui telah mula mengembara ke seluruh dunia paling kurang sebagai Backpacker. Ramai juga seawal belasan tahun telah menulis buku, punyai syarikat dan business sendiri mahupun menggerakkan organisasi sosial mereka

Di Malaysia, mahasiswa perlu explore dunia antarabangsa sebaik mungkin. Jika minat politik dan aktiviti sosial buat network dengan jaringan antarabangsa. Elakkan politik partisan domestik yang terlalu dogmatik dan berada di takuk lama cara berfikir abah dan atuk kita dulu-dulu.

Dulu-dulu kalau masuk universiti, kerjaya di agensi swasta dan kerajaan sudah menanti. Harga barang dapur masih murah, harga rumah masih murah, petrol masih murah.

Zaman sekarang cuba compare living cost zaman abah, atuk dan zaman kita sekarang? Dulu zaman 60an, 70an adakah berita mahasiswa ratusan ribu menganggur? 

Tazkirah Solat Zohor di office.

Sunday 23 October 2016

Tadi di office after Zohor berjemaah, saya kena bagi tazkirah. Tazkirah saya bagi tadi sentuh tentang hadis ini...

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”

(Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Kemudian saya sentuh juga tentang ada berzikir. Berzikir boleh di mana sahaja dan bila-bila. Tapi realiti masa kini dengan kesibukan harian bekerja cuba disiplinkan diri selepas solat baca Al-Fatihah dan berzikir 33 kali tasbih,tahmid, dan takbir . Sebelum baca Al-Fatihah sebagai adabnya hadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga baginda, ibu bapa kita dan semua umat Islam tidak kira hidup mahupun mati.

Sebelum Zikir 33 kali Tasbih, Tahmid dan Takbir niatkan di hati supaya diri kita berubah dari tidak elok kepada elok jadi insan soleh. Kalau tidak amalkan adab ini maka dikhuatiri zikir kita itu tidak memberi kesan kepada hati...

THE MAGIC OF THINKING BIG!

Setiap hari network antarabangsa saya semakin berkembang. Ianya kini seperti air yang mengalir tanpa henti.  Petang tadi seorang trader usahawan hebat dari Nigeria pula bertemu saya membincangkan peluang kerjasama untuk trading antarabangsa.

Beliau inginkan produk lampin pakai buang baby (Drypers). Kata beliau di Nigeria sangat mahal harganya. Beliau ingin import dan seterusnya menjadi distributor di Nigeria. 1 kontena produk tersebut diperlukan dalam masa yang segera untuk permulaan.

Menariknya trader dari Nigeria ini saya kenal beliau adalah insan hebat yang juga merupakan lulusan PHD dari UKM dalam bidang Project Management dan juga seorang tahfiz Quran dan fasih berbahasa Arab.

Syukur kepada Allah swt, semakin hari dan waktu jaringan antarabangsa semakin berkembang. Malahan jaringan itu sebenarnya ada sebahagiannya jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang lain.

Tahun 2017 saya akan berusia 35 tahun dan ketika saya berusia 25 tahun (10 tahun lepas) lagi saya telah membuat 'Score Board @ Target Line' yang ingin saya kecapi secara detail mengikut hari, minggu, bulan dan tahun.

Mengikut timeline Score Board saya, ketika usia saya 35 tahun pada tahun 2017 saya akan melaksanakan misi penting bertahap antarabangsa dan mencapai segala impian dan harapan yang telah saya rancangkan. Saya YAKIN saya akan perolehinya dengan Izin ALLAH dalam doa saya saban hari!

KATA-KATA HIKMAH DARI DAVID J.SCHWARTZ, PHD SEBAGAI INSPIRASI.

David J. Schwartz, Ph.D dalam bukunya bertajuk 'The Magic of Thinking Big' menyebut punca kegagalan adalah kerana 'kekerdilan minda' dan takut berfikir besar merupakan 'penyakit' yang menyebabkan individu itu kekal di takuk lama dan seterusnya tidak dapat melahirkan potensi optimum yang diberikan Tuhan.

KEYAKINAN DIRI ITULAH 'KUNCI' KEJAYAAN.

Menjadi 'Orang Yang Berjaya' perlulah selalu diwujudkan persekitaran yang merangsang KEJAYAAN. Caranya ialah kita harus selalu bergaul dan meminta nasihat pada orang-orang yang berjaya. Elakkan orang-orang yang bersikap negatif, pastikan jiwa segar bugar dengan keyakinan diri yang kita pasti berjaya.

Kata beliau lagi, 'Hidup adalah singkat bagi dibazirkan dalam kekerdilan'.

Berfikirlah secara besar, maka kita akan dapat hidup sebagai orang besar. Kita akan hidup dalam suasana yang 'besar' , besar dari segi kebahagiaan, besar dari segi pencapaian, besar dari segi pendapatan, besar dari segi bilangan kawan dan besar dari segi rasa hormat orang lain pada diri kita.

P.S:- Buku bertajuk 'The Magic Of Thinking Big' by David J. Schwartz, Ph.D ini direkomendasikan oleh Guru Pemikiran Lateral, Kreatif dan Kritis saya iaitu Datuk Jaafar Abdul Rahim.

REVIEW TAHUN 2013.

Saturday 22 October 2016

Tahun 2013 ini adalah tahun paling mencabar dan sangat mengejutkan untuk diri saya sendiri. Tahun 2013 saya diberi peluang untuk lead beberapa organisasi besar yang saya anggap sebagai tanggungjawab dan amanah dari Allah buat saya untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Allah memberi saya peluang dan ruang untuk pembangunan ummah melalui pendekatan pendidikan agama Islam dan juga melalui jalan keusahawanan. Setiap masa saya memikirkan apakah segala perancangan itu menjadi kenyataan. Anak yatim, warga emas, mereka yang ingin menuntut ilmu tahfiz adalah antara tanggungjawab saya kini melalui pelancaran Madrasah Integrasi Islam Malaysia (MIIM).

Tahun ini juga 3 program besar melibatkan menteri-menteri kabinet telah terlaksana melalui kertas kerja yang saya bentangkan. Untuk sampai ke tahap ini sebenarnya ianya ibarat mimpi bagi saya. Saya hanya insan biasa yang dulunya sudah biasa hidup susah, bersendirian dalam menggapai cita-cita. Kejian, makian dan perlian adalah biasa apabila diri ini cuba menzahirkan idealisme diri yang ada. Saya tidak ada ahli keluarga pun yang ada background sebagai usahawan dan semuanya makan gaji dan makan gaji secara konsisten di company besar atau stable dianggap sebagai lambang kejayaan hidup. Kadangkala keluarga tidak faham pun apa yang ingin saya lakukan melalui kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan. Namun saya juga bertemu dengan sungguh ramai sahabat-sahabat yang cukup berbakat, hebat, sangat berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing dan sama-sama ingin berbakti untuk pembangunan sosial demi kemajuan negara dan bangsa.

Saya juga sangat merindui suasana cintakan buku, ilmu, pengajian ilmiah agama dan intelek yang dulunya menjadi rutin harian yang mengujakan. Pembacaan buku begitu kurang tahun ini kerana hambatan masa dan saya perlukan pengurusan masa yang lebih efektif. Tahun ini adalah tahun saya meletakkan batu asas dalam segala perancangan di masa depan. Tahun depan adalah waktu untuk menuai hasil. Saya memilih pendekatan jalan keusahawanan korporat melalui "Social Entrepreneurship" yang diharapkan dapat membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu Islam supaya jangan terus ketinggalan dalam aspek perniagaan dan keusahawanan kerana ianya  adalah sunnah nabi Muhammad dan para sahabat juga ramai merupakan ahli korporat ketika di zaman Mekah dan Madinah.

Saidatina Khodijah isteri Rasulullah juga adalah ahli korporat dan Rasulullah pernah menjadi CEO menguruskan perniagaan Saidatina Khodijah di peringkat antarabangsa ketika zaman muda Rasulullah. Para sahabat juga biasa menderma beribu unta dan membebaskan beribu hamba yang menunjukkan kekuatan para sahabat sebagai ahli korporat zaman itu. Tapi kita masih ketinggalan dari aspek perniagaan dan korporat kerana rata-ratanya lebih berminat dengan perbalahan "politik partisan" yang dilihat seperti tiada akhirnya dan seperti ada pihak yang jadi "batu api" supaya umat Islam tidak bersatu dan terus hanyut dengan dilema polemik politik partisan di tanahair tercinta ini. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

-Effendy Al-Ampangi-
@ Bukit Sekilau,Kuantan
2.47 pagi
23 Oktober 2013

ISU LAPORAN AUDIT NEGARA ULASAN DAN SOLUSI II.

Tuesday 4 October 2016

Oleh : Effendy Zulkifly

Sahabat saya CyWar Putrajaya telah menerangkan dari perspektif beliau yang pernah bekerja sebagai staff syarikat pembekal kelengkapan pejabat kepada Jabatan Kerajaan. Saya pula akan jelaskan berdasarkan pengalaman saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan berpencen. Setelah  kerja 3 tahun sebagai kakitangan kerajaan saya bersara sebab ingin ceburi bidang korporat.

Sebenarnya dalam polisi melibatkan pembelian terus oleh Jabatan kerajaan terdapat polisi tertentu . Sebagai contoh untuk barangan berharga RM20,000 Ketua Pengarah ada kuasa seperti polisi di bawah:-

Bidang kuasa Ketua Pengarah atas perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk:

a) mengadakan kontrak bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja.
b) mengeluarkan sebarang arahan kepada Pusat Tanggungjawab berhubung
dengan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja sejajar dengan polisi
perolehan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pembelian terus ini juga melibatkan borang pesanan, ada yang melibatkan invois dan pelbagai borangs sokongan. Pembelian terus juga bergantung pada kos barangan yang terlibat. Ada yang jika bawah RM20,000 maka Ketua Jabatan boleh memlih mana-mana pembekal yang telah mengeluarkan invois yang dirasakan berpatutan.

Kalau tender yang bernilai juta-juta pula akan melibatkan Jawatan Kuasa Khas Lembaga Perolehan yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Wakil Kementerian, Wakil Perbendaharaan, Seorang pegawai awam dari agensi lainda setiausaha biasanya Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan. Meeting lembaga itu mesti tidak kurang dari 3 orang.

Tak perlu lagi saya cerita terlalu teknikal sebab nanti kawan-kawan tertidur pula.

Yang jadi isu ialah pembelian terus melibatkan pembelian RM20 ribu ke bawah sebagai contoh. Apakah cara untuk menyekat jika invois yang diberi oleh kontraktor (mungkin proxy) itu ada kaitan dengan Ketua Jabatan? Jika ikut persepsi negatif boleh sahaja duit keuntungan mark up mesin printer harga RM200 tapi dibeli dengan harga RM2000 itu nanti masuk ke kantung Ketua Pengarah atau Ketua Jabatan atau juga masuk ke Kelab-Kelab Kebajikan Jabatan.

Jika kita berfikir positif.

Adalah berbeza jika saya beli sendiri di Low Yatt berbanding dengan printer yang dibeli melalui LO (Local Order) oleh Jabatan Kerajaan kerana melibatkan kos pengangkutan, penambahan power supply, partition dan ada sesetengah jabatan perlu service buat network menggunakan kepakaran mereka di kalangan technician kerana melibatkan printers yang banyak.  Sesetengah Jabatan Kerajaan yang melibatkan barangan ketenteraan tentera atau pihak keselamatan seperti teropong binokular memerlukan dalam tempoh segera. Tempoh segera memerlukan harga yang mahal untuk didapatkan dari pengeluar berbanding barang yang sama yang memerlukan tempoh biasa yang lama untuk sampai kepada jabatan.

Apa yang ingin ditekankan di sini. Jikalau keluar laporan audit di tahun yang berikutnya dengan isu yang sama adakah penilaian audit itu mengambil faktor yang pelbagai mengikut keadaan, tempat sekalipun barang itu sama tapi harganya berbeza? Sebab itu saya ingin tegaskan, pembelian yang mahal itu memang mengikut prosedur jabatan sebab ada bukti pembelian dengan invois, LO, resit dan sales after service lagi. Dari segi legal menyebabkan mereka kakitangan kerajaan tidak dikenakan tindakan undang-undang tapi mungkin dari segi moral ianya salah.

Walaupun begitu jika benar ianya melibatkan rasuah (ini hanya imaginasi saya) seperti kontraktor membayar duit poket kepada Ketua Jabatan dengan mark up terlalu melampau dengan harga asal atau rasuah untuk memperolehi tender kerajaan, saya kongsikan cerita SPRM dan penguatkuasaan undang-undang di bawah ini.

KISAH RASUAH SIME DARBY DAN TINDAKAN SPRM.

Tahukah rakan-rakan mukabuku sekalian bahawa SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah.? SPRM ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad. Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat. Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan. Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama."

KESIMPULAN:-

PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH.

Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, bagi saya penekanan kepada usaha meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha banteras rasuah perlu dibahagi kepada dua sasaran:-

1)Fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam.

Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

2)Fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut.

Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati.

P.S :- Penat menaip. Walaupun ini kerja sukarelawan. Saya dapat kepuasan
dan Allah swt akan memberi balasan.

Pembinaan Tamadun Bukan Sekadar Fizikal.

Menurut Sarjana Islam dari Algeria, Malek Ben Nabi, sebarang usaha membina tamadun yang tidak berteraskan kerohanian pasti tidak akan berjaya Kalau berjaya sekalipun ianya tidak akan bertahan lama. (A Latif, 1983).

Maksudnya pembinaan tamadun bukan sekadar pembinaan bangunan tinggi, alatan canggih (sophisticated) dan senjata moden tetapi yang lebih penting pembangunan modal INSAN itu sendiri.

Cuba lihat Empayar Amerika yang baru berkuasa tak sampai 100 tahun. Dunia jadi porak peranda dengan pelbagai isu akhlak dalam peperangan, pencemaran, kapitalisme yang menekan rakyat di negara tidak maju.

Segala ubatan kelas ketiga dijual di negara membangun, sisa-sisa toksid dihantar di negara tak maju tapi negara barat serba serbi nak bersih, sistematik dan selamat.

Zaman Empayar Islam yang beribu tahun, setiap negara yang bernaung secara umumnya aman damai, lahirnya tokoh-tokoh agama dan intelektual seperti Ibnu Sina, Khawrizimi, Al Kindi, Ar-Razi dan ramai lagi.

Pembangunan infrastruktur juga tidak mencemarkan alam. Itulah bezanya tamadun yang dibentuk dengan sifat kerohanian dan yang dibentuk dengan akhlak yang celaru dan songsang.

@Kuantan.
-Effendy Al-Ampangi-

KAJIAN IMF : 'SUBSIDI MINYAK SELURUH DUNIA HANYA MENGUNTUNGKAN GOLONGAN KAYA YANG BANYAK KERETA BESAR DAN SEBABKAN KENAIKAN HARGA MINYAK SELURUH DUNIA!'

Monday 3 October 2016

Hasil kajian saya melalui jurnal yang dikeluarkan oleh IMF, bolehlah disimpulkan bahawa subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerjanya yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap unit sumber yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 unit atau lebih digunakan oleh golongan lebih kaya.

Kertas kerja berkenaan turut mencadangkan subsidi minyak dihapuskan. Perbelanjaan untuk subsidi kemudiannya boleh dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.

Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya turut meningkatkan permintaan minyak sekali gus mendorong kenaikan harga borong. Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.

China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang), kini juga merupakan pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta unit). Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang sebegitu besar di China tidak perlu membayar harga sebenar untuk minyak, kerana mereka menerima subsidi 3.9 peratus daripada kos sebenar.

Rujukan :-

Petroleum Product Subsidies: Costly, Inequitable, and Rising. By David Coady, Robert Gillingham, Rolando Ossowski, John Piotrowski, Shamsuddin Tareq, and Justin Tyson .

Kerjaya sebagai pemungut sampah.

Wednesday 28 September 2016

Dulu saya pernah ada pengalaman buat kerja-kerja pembersihan sebagai staff PA (Public Area) di Hotel Hilton ketika cuti sem cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kerja-kerja sukarelawan sebab ayah saya tak sokong sangat buat kerja sukarelawan. Sebagai petugas kebersihan, saya perlu mengutip sampah dalam tong sampah setiap tingkat setiap pagi dan petang dari tingkat 1 sehingga tingkat 20 bangunan Hotel.

Nasihat saya kpd diri saya dan kawan-kawan.  Janganlah pandang rendah kepada mereka yang buat kerja-kerja pembersihan ni. 3 tahap layanan kepada mereka yang boleh kita pilih terhadap mereka yang buat kerja pembersihan ni:-

1)Kita bantu direct dengan amal kebajikan seperti bagi duit atau top up kpd mereka.
2)Kita bagi salam dan doakan mereka.
3)Mudahkan mereka dengan tidak buang sampah merata-rata dan mudahkan kerja mereka dengan letak sampah di depan rumah dalam keadaan yang betul(sampah diikat dan diletak kemas dlm tong sampah).

Berapa ramai yang sedar kerja pemungut sampah ini sangatlah mulia. Tindakan tutup hidup, muka mencemik di depan mereka ketika mereka menjalankan tugas adalah sangat tidak sopan. Di peringkat pihak berkuasa pula pastikan kebajikan mereka seperti insurans kesihatan mereka terjamin dan gaji mereka juga mencukupi dan dibalas sebaik mungkin.

-Effendy Al-Ampangi-

Minggu Pertama di usia 34 tahun bersama Dr Muhammadkhon dari Uzbekistan.

Friday 23 September 2016

Hari pertama dan minggu pertama saya menyambut ulang tahun kelahiran saya bermula 20 September 2016 sehingga ke hari ini secara puratanya mesyuarat gerak kerja saya antara 4 hingga 5 meeting termasuk meeting jaringan antarabangsa saya melalui skype.

Isteri saya masih di kampung untuk menghabiskan tempoh berpantang 44 hari bersama ibu beliau. Saya memilih untuk mengoptimumkan masa saya untuk gerak kerja dan pelbagai urusan perniagaan.

Namun dalam masa yang sama saya terfikir juga urusan kerja dan bisnes ini tidak akan habis sampai bila-bila pun. Mengejar dunia ini semata-mata tanpa tujuan ibadah, semakin dikejar semakin ia lari. Jika kejar Akhirat, InsyaAllah dunia dan Akhirat kita akan perolehi.

Saya muhasabah diri saya kembali bahawa saya perlu kembali menguatkan jiwa dalaman, sentuhan rohani dengan mereka yang bila kita lihat, kita dekati akan buat jiwa ini dekat dengan rasa Ketuhanan yang mengingatkan kita bahawa tempat kembali adalah kepada Allah Robbul Jalil.

Saya memilih untuk memulakan kembali kelas pengajian agama secara sistematik dengan mentor dan guru agama saya kali ini dibawakan khas jauh dari Asia Tengah iaitu Bukhara, Uzbekistan tempat kelahirannya Imam Bukhori, Ibnu Sina, Al Khawarizmi dan lain-lain tokoh agama.

Nama beliau ialah Dr Muhammadkhon. Latar belakang  pendidikan beliau sangat impressive. Beliau mempunyai dua Ijazah BA dalam bidang agama. Master Degree dan PHD juga dalam bidang agama dan PHD dalam bidang Teologi dan Falsafah Islam.

Menariknya beliau seorang Tahfiz Quran juga, pakar Nahu dan Bahasa Arab. Beliau pernah belajar Bahasa Arab di Syria dan bertemu Syeikh Ramadhan Al Buti. Mempunyai kebolehan bertutur dan membaca dalam 7 Bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Russia, Turki, Bahasa Arab, Parsi/Iran, English dan Bahasa Melayu.

Saya sangat sayang beliau sebagai abang saya dan ahli keluarga saya sendiri. Selalu menasihati saya mengenai perkara-perkara agama. Beliau tiada facebook.

Passion beliau adalah mengajar ilmu agama. Beliau baru tamat PHD di UKM dan sebenarnya mencari peluang menjadi tenaga pengajar di Malaysia. Beliau sedang menanti peluang dan tawaran mengajar di Malaysia.

Atas permintaan beliau, pada minggu yang lepas kami buat lawatan ziarah ke Bahagian Antarabangsa JAKIM, menziarahi beberapa IPTA dan beberapa Sekolah Agama atas permintaan beliau.

Saya juga  telah aturkan kelas pengajian beliau sebagai Ustaz Jemputan di sebuah sekolah Agama Antarabangsa di USJ iaitu Sekolah At Tamimi International School. Saya aturkan Kelas Pengajian Basic Usul Fiqh kepada Staff Pentadbiran sekolah tersebut dan saya juga jadi salah seorang pelajar.

Pagi Sabtu ini saya dan Dr Muhammadkhon akan menghadiri Ikhtifal Sekolah At Tamimi International School sebagai tetamu kehormat di program itu.

Kemudian kami akan ke Muzium Kesenian Islam untuk bertemu Syeikh Dr Mahmoud MrGlani untuk Program Bacaan Selawat dan Syarahan Dala'il Khayrat.

InsyaAllah ini adalah minggu terbaik buat permulaan usia 34 tahun saya. Alhamdulillah.

Bagaimana saya membina 'Pengetahuan Jaringan Antarabangsa'?

Sahabat saya Wasif Wan telah membuka antara 'Tips Rahsia' Jaringan Antarabangsa kami di posting beliau yang terkini ini. Tips yang beliau beri ialah Ziarah ke pelbagai Pusat Kebudayaan Negara-Negara seluruh dunia di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Kembali ke zaman saya ketika mahasiswa lagi. Malahan lebih awal sejak sekolah rendah, pembudayaan ilmu sebagai 'Teras Utama' kepada jaringan antarabangsa kami ini menjadi semakin kuat bila menginjak usia remaja di zaman mahasiswa.

Ketika saya sekolah rendah, saya dipanggil 'Kamus Bergerak' oleh ahli keluarga kerana menghafal banyak info-info seperti nama-nama negara, nama-nama pemimpin dunia dan universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard, Oxford, Cambridge dan Al-Azhar.

Ketika di sekolah rendah juga saya memilih untuk jadi pustakawan kerana ingin mudah dapat akses baca buku. Bayangkan ketika sekolah rendah lagi saya telah hadam buku-buku klasik sejarah seperti Hikayat Hang Tuah, Salatus Salatin Tun Sri Lanang dan buku-buku terjemahan sastera dari Rusia, China dan Jepun.

Ketika baca buku Hikayat Hang Tuah misalnya, diceritakan bagaimana Hang Tuah mengembara ke China , ke Tanah Jawa dan sebagainya. Sejarah Empayar Melaka dan Pelabuhan Melaka yang merupakan Pelabuhan Entrepot dunia dengan beratus negara datang berdagang cukup memberi inspirasi kepada saya.

Kisah Hang Tuah juga sangat memberi saya inspirasi untuk mengenal dunia antarabangsa. Kemudian saya dibelikan Globe oleh ibu saya dan sentiasa membayangkan yang saya berada di seluruh dunia. Ketika itu tiada youtube lagi.

Malahan saya menghafal nama-nama negara dunia dan ibu kota sekali sejak zaman sekolah rendah lagi. Saya juga waktu itu telah membaca buku-buku sejarah Tokoh Pemimpin Dunia seperti Napoleon, Hitler, Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan lain-lain.

Ini contoh bagaimana pengetahuan Jaringan Antarabangsa saya bermula. Saya akan share lagi peringkat-peringkat seterusnya.

Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Tuesday 20 September 2016

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

Retrospektif Ulangtahun Kelahiran Ke 34

Alhamdulillah umur sudah 34 tahun. Terlalu banyak yang saya lalui sepanjang perjalanan hidup untuk menggapai cita-cita dan impian kejayaan.

Antaranya kemanisan yang telah saya capai adalah untuk beraksi di peringkat antarabangsa bukan sahaja bersendirian tetapi bersama-sama jaringan perniagaan sahabat-sahabat seperjuangan.

Perancangan yang sangat sistematik untuk tahun 2017 telah dibuat. Sudah tiba masanya rakan-rakan usahawan saya keluar ke market antarabangsa. Antaranya melalui kerjasama dengan MTDC, usahawan-usahawan tempatan perlu lebih agresif memasuki pasaran Indonesia.

Bersama dengan partners business saya di 16 buah Negara (ASEAN + 6) , kami akan berkumpul di ASEAN ELITE FORUM 2017 - MANILA ROUND untuk sesi pertemuan usahawan-usahawan success di negara-negara tersebut untuk membuka pasaran yang sangat besar melalui framework RCEP.

Banyak lagi ingin saya kongsikan di sini mengenai 'International Market Entry Strategies'. Saya akan sambung lagi jika ada berminat untuk tahu informasi ini.

Semoga Allah merahmati usaha ini. Aamiin Ya Allah.

Bertemu Irfan Amalee Pengasas Peace Generation.

Saturday 17 September 2016

Kisah 16 September 2015 di Kuala Lumpur - Bertemu insan hebat bernama IRFAN AMALEE dari Indonesia yang sangat luar biasa aura dan karismanya.

Semalam saya berpeluang bersua muka, berdiskusi, merangka projek global bersama Mr. Irfan Amalee dan paling penting kata-kata nasihat beliau yang menyentuh perasaan saya untuk terus berjuang, berbakti di peringkat local dan global menyebarkan salam keamanan dan salam perpaduan.

Beliau juga merupakan Tokoh Muslim yang diiktiraf sebagai "The Top 500 Most Influence Muslim In The World 2011". Beliau telah melatih 15,000 Trainer Keamanan di seluruh Indonesia dan seluruh dunia dengan 12 Modules Peace beliau dengan membawa Gagasan Peace Generation dalam masa 7 tahun bermula 2007.

Dari segi keusahawanan pula, beliau adalah jutawan dalam bidang IT dan pembangunan applikasi apps dan juga menubuhkan Syarikat Penerbitan Buku Pelangi Mizan. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan keamanan global dan bukunya diterbitkan di seluruh dunia di puluhan negara.

Saya kongsikan senarai anugerah yang telah beliau terima:-

1.Young Creative Entrepreneur (Wiramuda Kreatif) Award from Ministry of Tourism and Creative Economy Indonesia 2012

2.International Fellowship Ford Foundation 2010-2012

3.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2011

4.UAJY Multiculturalism Award 2010

5.Nominated as Ashoka Social Entrepreneur Fellowship 2010

6.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2010

7.International finalist Young Comunication Entrepreneur Award, 2009 London, British Council UK

8.National Winner Young Creative Entrepreneur Award 2008, British Council Indonesia

9.3rd winner Bandung documentary film festival 2006

10.Selected in Konfiden Film Festival, Jakarta 2006

P.S:- InsyaAllah akan ada kerjasama antara kami berdua untuk program-program Kemanusiaan, Keilmuan dan Keusahawanan Sosial di peringkat global yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Aamiin.

Effendy Zulkifly
-The Global Peacemaker Agent-
www.peace-generation.org

#peacegeneration
#socialenterprise
#global
#books
#movement

Karakter Kepimpinan Negara

Thursday 15 September 2016

Bukan bermaksud sebagai pemimpin hanya dengan menggunakan ketegasan, kekerasan, penangkapan berhadapan pihak yang berlawanan ideologi ataupun berlainan pendapat melambangkan anda kuat dan hebat. Tidak semestinya begitu saya rasa.

Di zaman ledakan dunia maya internet. Dengan bilangan kaum yang majmuk, tanpa Akta ISA, dengan kelebihan kuasa diplomasi, ketenangan, kelembutan dan strategik, saya fikir ianya melambangkan kehebatan sebenar seorang pemimpin dalam mempertahankan negara majmuk yang maju dan bersatu padu.

Dan itulah yang sukar dan sangat mencabar sebenarnya menonjolkan sisi kekuatan dan ketegasan melalui jalan diplomasi dan kelembutan. Kualiti 'ketenangan,kelembutan dan diplomasi' itu ada pada Tun Razak yang diteruskan legasinya.

ISU PENGANGGURAN & SOLUSI RINGKAS.

Sunday 11 September 2016

Kajian Masalah.

1. Demand (Industri dan Pekerjaan) dan Supply (Universiti dan Siswa)  sangat tidak seimbang. Ini juga adalah permasalahan di negara-negara ASEAN.

2. Apakah mekanisme monitoring siswa ratus ribu yg graduated saban tahun ini dijamin dapat kerja?

3. Kerajaan ada tak 'Monitoring System' pengeluaran mahasiswa dan peluang kerja itu seimbang atau tidak?

4. Ada atau tidak ada 'monitoring system' itu tidak penting tapi apakah ada usaha kerajaan atau pihak universiti sendiri monitor nasib mahasiswa ratus ribu menganggur ini dengan kehendak pasaran kerja?

5. Diskusi dengan Prof. Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi yang saya faham beliau bersetuju universiti akan lahirkan ramai mahasiswa saban tahun dan tugas universiti adalah melahirkan lebih ramai mahasiswa.

6. Soal kerja atau tak dapat kerja itu bukanlah masalah universiti . Universiti perlu lahirkan ramai graduan utk kelangsungan hidup universiti, namun pengangguran terus bertambah sepanjang tahun.

Solusi Ringkas (ini perspektif saya yang belum teruji sepenuhnya).

1. Jangan berharap pada sesiapa hatta kerajaan sekalipun. Mahasiswa perlu mandiri dan sedar diri. Dari awal masuk universiti perlu sedar di luar universiti ramai insan menganggur dan anda juga ada potensi menganggur.

2. Selepas SEDAR DIRI, di samping belajar rajin-rajin, jimat cermat dengan duit pinjaman pelajaran. Kalau boleh jangan berhutang belajar.

3. Ceburi bidang perniagaan seawal mungkin di universiti tapi kena pandai bahagi masa. Hadiri kursus-kursus  perniagaan yang dianjurkan di dalam atau luar universiti tapi elakkan pergi kursus yang mahal nak mampus yurannya sebab lebih baik duit tu buat modal perniagaan.

4.Kurangkan politik partisan tapi mahirkan dengan geo-politik dan geo-ekonomi antarabangsa. Supaya anda tidak sempit pemikiran dengan masalah politik partisan yang tidak sudah-sudah sejak zaman merdeka antara pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan peribadi.

4. Mahirkan kemahiran KOMUNIKASI dengan ilmu komunikasi ini satu dunia anda pergi anda boleh hidup dan berasilimisasi dengan masyarakat sedunia.

5. Cuti semester ambil peluang travel ke luar negara buat network antarabangsa sebanyak mungkin dan sesungguhnya Malaysia ini kecil sahaja tapi dunia di luar Malaysia janjikan peluang pekerjaan yang sangat besar.

6. Business Mindsetting kena develop dari awal seawal tahun pertama. Jika anda ada Entrepreneurship Mindset, isu pengangguran bukan isu anda malahan anda pula akan bagi jobs kepada orang lain.

7. Kenali NGO yang betul seperti Jaringan Anak Muda, MyNEF, WENA, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Media Hebat yang punyai banyak jaringan keusahawanan tempatan dan antarabangsa yang boleh buka minda anda setakat 3K, Kolej, Kediaman, Kantin kepada dunia yang lebih luas.

P.S:- Saya banyak lagi solusi-solusi lain dan jika ada kesempatan , silalah datang bertemu dengan saya, InsyaAllah minda anda akan terbuka luas dan bersemangat lain macam untuk menakluk dunia dan memasang impian besar.

Universiti, Mahasiswa dan Industri.

Harvard Business School telah menjadi perintis kepada 182 syarikat dan telah menjana lebih $USD 1.2 billion overall funding secara kolektif.

Mereka dihormati korporat dan syarikat antarabangsa kerana kerjasama mereka sebagai "Entrepreneurship Lab" sangat berjaya buat lepasan mahasiswa atau orang luar yang bekerjasama dengan Harvard University.

Ini yang membezakan universiti-universiti kita di Malaysia yang dilihat (persepsi peribadi saya) terlalu skema, berteoritikal dan seolah-olah terpisah dari dunia industri malahan tiada database jelas untuk monitor apa yang terjadi kepada lepasan graduate yang berkonvo ratus ribu sepanjang tahun.

Ratus ribu ini juga dilaporkan menjadi "penganggur terhormat" dan terus menerus saban tahun penganggur kehormat ini bertambah. Academicians dan pentadbir university kena kurangkan exam oriented yang bergantung pada hafalan semata-mata. Lebihkan kepada project paper yang berbentuk solution base dengan kerjasama korporat dan industry.

Mahasiswa juga perlu sedar diri. Jika anda belajar di Business School dan berimpian jadi entrepreneurs, ilmu dari lecturers anda yang kebanyakannya  bekas mahasiwa bijak dengan pointer hebat, ulat buku sewaktu  di university sewaktu ketika dulu semata-mata tidak mencukupi kerana mereka sendiri bukan pure businessman dan belum pernah teruji lagi jatuh bangun dalam dunia busines.

Anda juga perlu tambah ilmu-ilmu business dari luar university dengan usahawan-usahawan street-smarts dan juga dari industry players dan orang-orang korporat. Atau buat macam Harvard School terus integrated dengan business industry ketika di university lagi.

Di university develop diri anda sebagai seorang yang ada nilai communicator yang hebat, ada leadership skills, ada soft skills sebagai good speaker, good negotiator, good leader.Dan yang paling penting bagaimana tunjukkan kebolehan anda dalam team building dan suasana kerja yang memerlukan anda berinteraksi dengan orang lain.

#pesanprogramorientasi
#universiti
#mahasiswa

Beza Branding International dan Branding Local.

1. Study case yang saya ambil adalah melalui pasar raya milik orang tempatan dan pasar raya milik pelabur antarabangsa. Jika pasar raya antarabangsa, luas, design nampak moden, tag harga juga ditaip dan pilihan warna nampak eksklusif.

2. Tapi bila pergi pasaraya milik local masih ditulis tangan tag harga, susunan barangan berterabur dan decoration dalaman nampak sempit dan sarat.

3. Pakaian para pekerja juga nampak low class sedangkan pasaraya international para pekerja diberi pakaian dengam design yang nampak berkualiti dan stylo.

4. Usahawan perlu jaga aspek 'Branding' dan 'design' kerana dalam dunia keusahawanan di samping jaga kualiti produk dan service, pepatah " dont judge the book by its cover" adalah tidak terpakai.

5. "First impression" melalui 'branding' dan 'designing' inilah yang menjadi penarik mata dan penambah nilai kepada produk dan service anda.

Effendy Zulkifly
Usahawan Sosial dan Inovasi ASEAN.

#branding
#designing
#trending
#local
#international

Tahap-Tahap Usahawan

Tahap 0 - USAHAWAN BERKULI (Pekerja)

Ini adalah tahap permulaan bagi kebanyakkan usahawan. Dalam kategori ini kita ini berkuli dengan mindset mahu kumpul skil dan pengalaman bagi membuka bisnes.

Tahap 1 - Usahawan PERSENDIRIAN (Bekerja Sendiri)

Ini adalah tahap pertama, ketika kita membuka perniagaan atas sebab tidak mahu terkongkong, mahu buat cara kita sendiri atau mahu membuktikan sesuatu.

Usahawan di tahap ini selalunya masih kerja seorangan. Semua perkara dibuat sendiri. Bayar gaji untuk diri sendiri.

Pada tahap ini, tumpuan diberikan kepada melengkapkan pusingan jualan bisnes dan stabilkan pendapatan.

Tahap 2 - Usahawan PENGURUS

Tahap ini, usahawan sudah ada pekerja yang di bayar gaji. Pada tahap ini usahawan perlukan skil untuk menguruskan manusia. Perlu ada jiwa membantu orang lain berjaya. Perlu ada ilmu membahagikan tugasan.

Usahawan tahap ini sibuk membetulkan sistem operasi syarikat supaya pusingannya lancar dan boleh diautomasi.

Usahawan yang mengatakan mereka susah mencari pekerja yang bagus selalunya tidak boleh beralih kepada tahap seterusnya.

TAHAP 3 : USAHAWAN "TOKEY" (Pemilik Bisnes Sejati)

Tahap ini adalah tahap pertama yang mana usahawan mula mempunyai lebihan masa. Pada tahap 1, usahawan sibuk dengan urusan buat duit, tahap 2 usahawan sibuk dengan urusan menguruskan pasukan untuk buat duit, iaitu membina sistem.

Pada tahap ini, kita menjadi pemilik bisnes yang memerhati sistem yang berjalan sendiri yang kita bina pada tahap 2. Pada tahap ini, kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap. Kita menurunkan kuasa kita kepada pengurus yang boleh dipercayai.

Kita boleh tinggalkan bisnes kita sekali sekala dan melihat peluang-peluang lain. Selalunya pada tahap inilah kita membuka bisnes baru.

Kesibukan kita ketika ini adalah memastikan cash flow kita stabil dan meningkat. Kita mahu simpan sebanyak mungkin tunai bagi persediaan memasuki tahap seterusnya.

Fokus kita pada tahap ini, bukan kepada sasaran jualan dan untung syarikat, tetapi untung bersih yang masuk ke akaun peribadi kita.

Inilah tahapnya kita menjadi BOSS. Sebelum ini, kitalah BOSS kitalah juga kuli.

Tahap 4 : USAHAWAN "PELABUR"

Usahawan yang telah sampai ke tahap ini, kini mempunyai kekuatan pendapatan tunai pasif yang stabil dan mempunyai lebihan wang untuk dileburkan. Kita namakan wang kopi. Iaitu wang yang kita tidak perlukan untuk keperluan seharian.

Usahawan pada tahap ini, akan mula membina atau membeli syarikat-syarikat, melabur dalam bentuk JV bagi mendapatkan keuntungan tambahan 'leverage'.

Usahawan tahap ini mempunyai skil secara natural menilai bisnes yang baik. Usahawan ini boleh membeli bisnes yang kurang elok, perbaiki dan mula buat untung. Ia umpama membeli rumah pada harga murah, baiki, refurbish dan sewakan dengan harga tinggi. Kita boleh namakan ia sebagai Doktor Bisnes yang tahu membaiki bisnes.

Semua ini dapat dilaksanakan kerana usahawan tahap ini telah mempunyai pasukan dan SOP yang telah dibuktikan berjaya dalam tahap ke 3 sebelum ini.

Pada tahap ini, fokus usahawan pelabur adalah membina saluran income pasif yang lebih banyak daripada semua resources yang ada seperti duit simpanan, pasukan, alat kerja dan network. Ini dinamakan 'leverage' dan selalunya syarikat usahawan ini dalam bentuk kumpulan yang mempunyai banyak anak syarikat.

Pada tahap ini gelaran kita adalah Chairman atau Penegerusi dalam syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat.

TAHAP 5 : USAHAWAN SEBENAR

Pada tahap ini, usahawan ini akan sudah tidak membeli tetapi mereka mencipta peluang untuk dibeli oleh usahawan lain terutama 'usahawan pelabur'.

Segala usaha kita pada ketika ini adalah dengan menggunakan duit orang, skil orang dan masa orang lain. Kita mempunyai pasukan yang mempunyai skil membina syarikat untuk dijual berkali-kali.

Kita membina syarikat untuk IPO dan orang lain yang membeli saham kita. Kita yang membina hartanah untuk dijual. Usahawan mencipta peluang pelaburan untuk orang lain.

Usahawan pada tahap 5 ini adalah usahawan yang mencipta trend dan boleh mempengaruhi pasaran.

Semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak memberikan kita penilaian terhadap tahap dimana kita berada dalam bisnes, maka mudahlah kita meletakkan sasaran dengan jelas. Ada banyak lagi penambahan kepada artikel ini, InshaAllah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit.

Tahap manakah kita dan kemana kita selepas ini?

Ditulis oleh : Syaizul Amal

Bersama Dr. Haruo Takeda, Corporate Chief Engineer, Research & Development Group, Hitachi, LTD.

Saturday 10 September 2016

Beliau adalah speaker yang paling saya nantikan sepanjang Kyoto-ASEAN Forum berlangsung. Beliau memberikan Keynote Speech yang ketiga bertajuk 'Academia-Industry Collaboration of a Japanese Company in ASEAN Countries'.

Saya sangat tertarik dengan presentation beliau bagaimana Hitachi Ltd sebuah company tahap dunia yang sangat mementingkan R&D sebagai keutamaan budget syarikat. Dan mereka punyai Centre Lab atau Social Innovation Lab yang sangat istimewa dibarisi pakar-pakar terhebat dunia di Kyoto University.

Dan yang paling menarik juga mereka terlibat secara langsung dalam sumbangan projek Social Movement Contribution kepada masyarakat kampus dan luar kampus. Antaranya seperti 'Hitachi Young Leaders Initiative' , 'Volunteer Activities' dan 'Disaster Relief'.

Konsep Innovasi yang mereka bawa berdasarkan 3 aspek ini:-

1.Customer-Driven Innovation.
2.Technology-Driven Innovation.
3.Vision-Driven Innovation.

Saya maklumkan kepada beliau yang saya sendiri juga banyak terlibat sebagai Speaker Antarabangsa peringkat ASEAN dengan tema Inovasi Sosial di universiti-universiti seluruh ASEAN seperti University of Indonesia, Universiti Malaya, universiti di Bangkok, NGO-NGO dan gerakan belia (sempat promosi diri hehe).

Beliau menjemput saya ke Jepun melawat Social Innovation Lab mereka dan mungkin peluang-peluang kerjasama di masa hadapan boleh dilaksanakan. Inilah yang menariknya berpeluang menghadiri Forum Antarabangsa sebegini.

Bertemu Profesor Dari Thailand Environment Institute (TEI).

Dalam Forum Antarabangsa seperti Kyoto - ASEAN Forum 2016 ini yang paling menarik apabila berpeluang duduk semeja dan makan sekali dengan para speakers antarabangsa, membuat jaringan, dan paling penting bertukar-tukar pandangan dan mencadangkan kerjasama di masa hadapan.

Bersama Professor Dr. Sc. Yasumasa Kanada.

Yang berambut putih itu ialah Emeritus Professor Dr. Sc. Yasumasa Kanada dari Universiy of Tokyo. Beliau merupakan Advisor and Think Thank for Thailand Environment Institute (TEI).  Beliau antara pakar terbaik di peringkat dunia berkaitan kajian Artificial Intelligence dan Super Computer.

Beliau melahirkan rasa kagum terhadap anak muda Malaysia seperti kami yang berminat dengan isu-isu R&D dan menasihatkan kami untuk terus memajukan tahap pendidikan dan mengatakan kami berpotensi menjadi anak muda luar biasa di peringkat dunia.

Beliau menegaskan juga bahawa universiti harus memberikan kebebasan berfikir dan tidak menyuapkan maklumat dan membiarkan mahasiswa membuat kajian dan penyelidikan lebih kepada usaha sendiri tanpa terlalu rigid kepada exam oriented dan bergantung pada maklumat pensyarah yang mengajar sahaja.

Bersama Professor Thanawat Jarupongsakul, PHD.

Yang berkaca mata sebelah saya itu adalah Professor Thanawat Jarupongsakul, PHD yang merupakan President, Thailand Environment Institute (TEI) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Social Implementation for Advanced Science and Technologies in ASEAN".

Kajian kes beliau berkaitan Environment and Disaster Management seperti Tsunami, banjir, gempa bumi. Institut beliau memberikan penyelesaian yang bertahap dunia diiktiraf banyak negara-negara maju sendiri dan beliau masih terus membuat R&D dengan maklumat terkini setiap masa yang berpengkalan di Thailand.

Beliau juga memuji YB Khairy Jamaluddin kerana penguasaan English beliau yang bagus dan ucapan pembukaan beliau yang intelektual dan sangat positif terhadap penglibatan anak muda dan Negara Malaysia dalam  Kajian Sains dan keperluan R&D.

Kesimpulan.

Mereka ini tokoh-tokoh intelektual tahap dunia yang hidupnya diabadikan untuk kesejahteraan dunia dengan memberikan fokus kepada bidang kepakaran mereka yang berpuluh tahun diabadikan buat kebaikan manusia sejagat.

Bertuah dan beruntung mendapat jaringan hebat sebegini. Kami bertukar-tukar contact number dan saya berjanji akan ziarah mereka di Bangkok nanti

Bertemu Kawan Lama Dari MCKK.

Sangat gembira hari ini diziarahi sahabat lama saya saudara Ahmad Rejaie Arbee ketika sama-sama belajar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Batch 1999 dan tidak pernah bertemu sejak 17 tahun yang lepas sehinggalah hari bersejarah hari ini.

Kini kami berdua telah berkeluarga anak dua dan isteri masih satu. Kami sama-sama menceburi business consultation dan advisory dalam bidang kepakaran masing-masing.

Saya fokus kepada International Business Advisory and Consultation dan sahabat baik saya ini fokus kepada Industri  Insurance, Life and Medical Benefit Consultation di bawah Agensi Prudential BSN.

Sangat powerful knowledge beliau dalam dunia Insurans dan Takaful ini dan kawan-kawan FB yang belum ada Takaful Insurance protection sila segera hubungi beliau untuk dapat keinsafan dan ilmu yang sangat bermanfaat.

Yang menariknya, ayah beliau ialah Datuk Ahmad Rejal Arbee yang merupakan 'Tokoh Wartawan Negara Ke-10' dan merupakan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian yang sangat saya minati dan ikuti penulisan beliau sebelum ini. Ayah beliau juga Old Boy MCKK.

Terima kasih bro sebab lawati saya di office saya di Titiwangsa. Sampai ketemu lagi!

Isu Mempertahankan Kalimah Allah.

Apabila semua perkara hendak dipolitikkan, akhirnya perkara fundamental terutama melibatkan akidah juga ingin dipolitikkan. Kenapa nak dikaitkan isu akidah dengan sikap partisan?

Anda hanyalah insan biasa yang bukan boleh baca hati dan niat orang. Ada pendapat ulama mengatakan kalimah Allah harus dipertahankan dan ada ulama yang dilihat liberal tentang kalimah Allah ini.

Salahkah saya memilih pendapat yang ingin mempertahankan kalimah Allah ini? Dan kebiasaan sebelum ini juga bersandarkan pendapat ulama terdahulu bahawa kalimah Allah ini harus dipertahankan dan tiada apa-apa masalah pun sebelum ini?

Isunya yang saya ingin timbulkan:-

1)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan merosakkan akidah umat Islam?

2)Adakah mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan ramai orang Islam murtad di Malaysia?

3)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan masyarakat Kristian tak boleh menjalankan upacara agama mereka selepas ini?

4)Adakah selepas ini perkataan seperti Masjid, zakat, solat, halal, baitulmal, nabi, rasul juga akan diminta oleh bukan Islam untuk digunakan dalam kitab-kitab mereka sebab kalimah Allah juga akan dinisbahkan banyak dengan perkataan tersebut. Pihak Kristian juga akan boleh minta nanti mereka juga bersolat di "Rumah Allah" mereka.

5)Ada tak badan-badan rasmi yang memikirkan secara tuntas dan jelas kesan-kesan yang berlaku jika kalimah Allah ini boleh digunakan oleh non-muslim dalam makalah atau upacara agama mereka?

6)Yang terakhir, apakah keuntungannya kepada non-muslim, dan orang Islam yang menyokong kalimah Allah ini digunakan? Apa yang mereka nak sebenarnya? Toleransi? Dakwah?

Mohon pencerahan daripada yang lebih arif...

-Effendy Al-Ampangi-

Kajian mengenai kaitan teknologi canggih dengan Al-Quran.

Hari ini dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 81 yang saya baca, juga ada menyebut mengenai mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh menundukkan angin yang kencang mengikut perintah baginda. Ianya boleh dikaitkan dengan teknologi penerbangan Nabi Sulaiman yang boleh terbang menggunakan angin dan teknologi kapal terbang di zaman sekarang.

Manakala dalam surah yang sama ayat 87 pula menyatakan tentang keadaan yang sangat gelap, sempit yang dialami oleh Nabi Yunus di dalam perut ikan di dalam laut. Kisah Nabi Yunus saya qiyaskan dengan teknologi "Kapal Selam" yang mempunyai modus operandi seperti keadaan Nabi Yunus. Sungguh hebat mukjizat Al-Quran. Boleh dikaitkan dengan teknologi dan ianya relevan sepanjang zaman...

-Effendy Al-Ampangi-

My Business and Engagement All Around The World.

Sunday 4 September 2016

Last week sebaik sahaja menjejak kaki kembali ke 'Ibu Kota Perjuangan' Kuala Lumpur tempat kelahiran saya dan dibesarkan sejak lebih 34 tahun pelbagai movement, strategi dan peluang diatur melalui pelbagai siri mesyuarat kerja dalam dan luar negara (meeting oversea guna skype).

Benarlah kata orang-orang tua setiap kelahiran baharu (anak kedua saya baharu dilahirkan pada 23 Ogos 2016 yang lepas) membawa rezeki bersama kita asalkan kita ikhlas berjuang dengan niat tulus untuk keluarga kerana Allah Taala.

Jumaat yang lepas, seharian meeting dengan business network dari Turki, Pakistan, Italy dan Hong Kong dari pagi sampai pagi non stop (sebab time zone luar negara yang berbeza). Gerak kerja, industri yang saya ceburi dan strategi yang dimanfaatkan menggunakan method dari 'Blue Ocean Strategy' yang saya lakukan dan laksanakan ini agak jarang diceburi oleh rakyat Malaysia.

Jenis Perniagaan Yang Jarang Diceburi Rakyat Malaysia.

Secara umumnya business product base sangat berdaya saing dan usahawan kita menghasilkan pelbagai produk yang sangat berkualiti. Mereka yang terlibat dalam business development, start-up empowerment, Business Event Management Awareness,  manufacturing business line di Malaysia juga sangat pro-aktif dan progresif.

Namun saya ditunjukkan peluang lain yang tidak directly terlibat dalam business product base atau manufacturing line. Tetapi Allah swt memberi saya rezeki dan peluang dalam aspek lain dalam bidang perniagaan melalui aspek  pembinaan sedikit demi sedikit, tahap demi tahap yang dibina dengan penuh sabar, semakin membesar dan membukit ruang dan peluang  business engagement, business networking, business advisory, business insight melalui network dan international trading yang dibina bertahun-tahun lamanya dan 'Business Value' yang saya nilaikan ini sangat luar biasa lumayannya.

World Halal Development (WHAD), Italian Halal Certification Center.

Alhamdulillah, jaringan kuat saya dari Italy melalui kerjasama bersama World Halal Development (WHAD) yang dipimpin oleh 'Wanita Besi' hebat, AnnaMaria Aisha Tiozzo semakin kuat dan sangatlah aktif mempromosi Halal Certification, Ekspo Halal, Halal Produk dan Halal Tourism di Europe dan Italy. Inilah adalah tugas Fardhu Kifayah yang sangat mulia dan penuh barokah InsyaAllah.

AnnaMaria Aisha juga merupakan Vice President Confassociazioni sebuah Dewan Perniagaan (Keahlian Usahawan Konglomerat Italy) terbesar di Italy dan ahli korporat dari Organisasi Ferrari juga adalah ahli Confassociazioni.

Beliau juga antara Speaker Antarabangsa hebat yang selalu dijemput bercakap di Konvensyen Antarabangsa seperti World Islamic Economic Forum (WIEF), fasih 7 bahasa (Italy, Spanish, Turkish, Arab, Germany, English dan French) dan juga bekas Atlet Menembak Sukan Olimpik mewakili Italy!

ASEAN Entrepreneurship Foundation (AEF) dan ASEAN Youth Leaders' Association (AYLA).

Jaringan di Hong Kong, China dan seluruh negara-negara ASEAN melalui Asean Entrepreneurship Foundation (AEF) yang dipimpin oleh Usahawan Muda Hebat iaitu Andre Kwok dari Hong Kong dan ASEAN Youth Leaders' Association (AYLA) pimpinan Neil Soria dari Filipina telah mencapai kata putus sebulat suara untuk berhimpun pada February 2017 di Manila.

Ianya bersempena Filipina sebagai Tuan Rumah ASEAN dengan ASEAN ELITE FORUM 2017 - Manila Round yang mengumpulkan usahawan-usahawa muda seluruh ASEAN + 6 (China, Japan, Korea, Australia, India, New Zealand). Saya juga dilantik sebagai Mentor dan Ikon Usahawan untuk kedua-dua Organisasi AEF dan AYLA ini. Alhamdulillah.

Terima kasih wahai sahabatku Andre Kwok dan Neil Soria atas kepercayaan kalian berdua terhadap saya. Anda berdua akan jadi pemimpin masa depan World Class Level. Saya sangat yakin dengan pemerhatian dan kata-kata saya ini!

Nanyang 50 dan ASEAN Elite Forum 2017.

Seterusnya di Acara ASEAN Elite Forum 2017 - Manila Round juga akan dilancarkan Kelab Usahawan Elite 'NANYANG 50' yang sangat berprestij ini yang terdiri di kalangan usahawan muda yang sukses dan hadir di ASEAN ELITE FORUM 2017.

Di ASEAN ELITE FORUM 2017 juga saya salah seorang Ikon Usahawan Muda yang akan bercakap kepada Ahli Kelab Elit 'NANYANG 50' ini berkaitan peluang-peluang perniagaan ASEAN dan juga 'Keusahawanan Sosial' (supaya Usahawan Muda Hebat ini tidak lupa diri dan menyumbang kembali kepada masyarakat).

Dan sudah pastinya saya dengan begitu berbangga akan mempromosi Malaysia dan membawa nama Malaysia melalui kepakaran yang saya ada di mata dunia.

PakTurk Businessmen Association (PBTA).

Melalui jaringan Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI) pula, bersama dengan PakTurk Businessmen Association (PTBA) akan diadakan lawatan bersejarah PTBA ke Malaysia untuk melihat peluang dan ruang kerjasama perniagaan antara market Pakistan - Malaysia -Turki - ASEAN.

Dan PTBA ini bukan calang-calang Dewan Perniagaan dari Pakistan  yang memiliki pelbagai cabang perniagaan dalam Modern High Tech Agriculture, Heavy Machines, Food and Beverages dan juga memiliki business Public Transportation lebih 200 buah bas canggih setaraf bas yang dimiliki Rapid KL di Pakistan. Dan mereka akan adakan lawatan rasmi di Malaysia hujung bulan September ini.

ASEAN Youthpreneur Community (AYPC) dan PT ASEAN Continent.

Tidak dilupakan dengan saudara dan sahabat paling dekat Malaysia iaitu Indonesia, dengan market yang begitu 'seksi' lebih 250 juta penduduk sudah tiba masanya usahawan Malaysia benar-benar serius berkolaborasi dan betul-betul berusaha memasuki pasaran Indonesia. 'Kuasa beli' mereka sangat hebat bayangkan di Ibukota Jakarta sahaja populasi seramai 30 juta manusia.

Maklumat tidak rasmi yang saya dapat pula dikatakan golongan atasan elite yang terdiri dari golongan kaya dan jutawan USD di Indonesia adalah dalam anggaran kasar 10% dari populasi rakyat Indonesia seramai 250 juta! Bermakna orang kaya dan atasan di kalangan rakyat Indonesia seramai 25 Juta menghampiri jumlah keseluruhan rakyat Malaysia!

Melalui organisasi di bawah pimpinan saya sendiri ASEAN Youthpreneur Community dan PT ASEAN Continent yang mempunyai HQ di Jakarta dipimpin oleh partner business saya saudara Zairul Annuar (juga merupakan Secretary General AYPC) telah menggerakkan dan membuka jaringan niaga yang sangat kukuh dan besar di Indonesia sehinggakan beliau sendiri telah menetap dan berumah tangga di Jakarta (beliau adalah rakyat Malaysia).

Dan yang menariknya bersama dengan Tuan Zairul Annuar juga kami sama-sama membangunkan Syarikat Denex Sdn Bhd yang berpengkalan di Malaysia yang memberi fokus kepada business logistik, pengangkutan kargo buat usahawan untuk tujuan import, export international trading ke seluruh dunia.

Kesimpulan dan Rasa syukur.

Segala Puji bagi Allah swt memberikan rezeki, peluang dan kekuatan untuk memperjuangkan semua ini dan saya yakin dengan Izin Allah semua usaha ini InsyaAllah berjaya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Mohon doa sahabat-sahabat agar usaha dan perjuangan ini dirahmati dan diberkati Allah swt. Aamiin Ya Allah.

Kawan Hebat vs Kawan Tak Hebat.

Friday 2 September 2016

Mempunyai sahabat-sahabat yang hebat adalah suatu kelebihan. Namun punyai kawan-kawan yang tidak hebat bukanlah suatu kekurangan.

Kadang kala kawan-kawan yang dikatakan    tak hebat inilah yang benar-benar menyanjungi kita, menyayangi kita dan benar-benar ikhlas ingin bersahabat dengan kita.

Namun jangan pula anda rasa rendah diri atau rendah hati dengan kawan-kawan yang hebat ini. Janganlah pula meremehkan kawan-kawan yang kelihatan tidak hebat ini.Yang kita lihat biasa-biasa.

Tiada manusia yang sempurna. Bukanlah kerana dia hebat maka dia seorang yang mulia di sisi Tuhan.Belum tentu. Yang kelihatan tidak hebat itu mungkin punyai hati nurani yang sangat suci dan ikhlas.

Tonjolkan sisi kekuatan kita, positifkan minda kita setiap masa, walaupun kita rasa kita tidaklah sehebat mana, akan tetap ada kawan-kawan yang pandang kita hebat dari dekat mahu pun dari jauh jika kita sentiasa berminda positif dengan ingatan yang senantiasa berpusat pada Allah dan kekasih-Nya Rasulullah.

Yang paling penting, kita sendiri tahu di mana kehebatan kita. Kehebatan kita sebenarnya, neracanya adalah kehebatan kita mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya di kala makhluk Allah lain nampak mahu pun tidak nampak.Sama ada di waktu siang mahu pun dalam gelap gelita...

Itulah namanya IKHLAS...

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger