ISU LAPORAN AUDIT NEGARA ULASAN DAN SOLUSI II.

Oleh : Effendy Zulkifly

Sahabat saya CyWar Putrajaya telah menerangkan dari perspektif beliau yang pernah bekerja sebagai staff syarikat pembekal kelengkapan pejabat kepada Jabatan Kerajaan. Saya pula akan jelaskan berdasarkan pengalaman saya bekerja sebagai kakitangan kerajaan berjawatan tetap dan berpencen. Setelah  kerja 3 tahun sebagai kakitangan kerajaan saya bersara sebab ingin ceburi bidang korporat.

Sebenarnya dalam polisi melibatkan pembelian terus oleh Jabatan kerajaan terdapat polisi tertentu . Sebagai contoh untuk barangan berharga RM20,000 Ketua Pengarah ada kuasa seperti polisi di bawah:-

Bidang kuasa Ketua Pengarah atas perolehan Bekalan, Perkhidmatan dan Kerja.

Ketua Pengarah mempunyai kuasa untuk:

a) mengadakan kontrak bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja.
b) mengeluarkan sebarang arahan kepada Pusat Tanggungjawab berhubung
dengan perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja sejajar dengan polisi
perolehan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Pembelian terus ini juga melibatkan borang pesanan, ada yang melibatkan invois dan pelbagai borangs sokongan. Pembelian terus juga bergantung pada kos barangan yang terlibat. Ada yang jika bawah RM20,000 maka Ketua Jabatan boleh memlih mana-mana pembekal yang telah mengeluarkan invois yang dirasakan berpatutan.

Kalau tender yang bernilai juta-juta pula akan melibatkan Jawatan Kuasa Khas Lembaga Perolehan yang terdiri daripada Ketua Pengarah, Wakil Kementerian, Wakil Perbendaharaan, Seorang pegawai awam dari agensi lainda setiausaha biasanya Pengarah Bahagian Kewangan & Belanjawan. Meeting lembaga itu mesti tidak kurang dari 3 orang.

Tak perlu lagi saya cerita terlalu teknikal sebab nanti kawan-kawan tertidur pula.

Yang jadi isu ialah pembelian terus melibatkan pembelian RM20 ribu ke bawah sebagai contoh. Apakah cara untuk menyekat jika invois yang diberi oleh kontraktor (mungkin proxy) itu ada kaitan dengan Ketua Jabatan? Jika ikut persepsi negatif boleh sahaja duit keuntungan mark up mesin printer harga RM200 tapi dibeli dengan harga RM2000 itu nanti masuk ke kantung Ketua Pengarah atau Ketua Jabatan atau juga masuk ke Kelab-Kelab Kebajikan Jabatan.

Jika kita berfikir positif.

Adalah berbeza jika saya beli sendiri di Low Yatt berbanding dengan printer yang dibeli melalui LO (Local Order) oleh Jabatan Kerajaan kerana melibatkan kos pengangkutan, penambahan power supply, partition dan ada sesetengah jabatan perlu service buat network menggunakan kepakaran mereka di kalangan technician kerana melibatkan printers yang banyak.  Sesetengah Jabatan Kerajaan yang melibatkan barangan ketenteraan tentera atau pihak keselamatan seperti teropong binokular memerlukan dalam tempoh segera. Tempoh segera memerlukan harga yang mahal untuk didapatkan dari pengeluar berbanding barang yang sama yang memerlukan tempoh biasa yang lama untuk sampai kepada jabatan.

Apa yang ingin ditekankan di sini. Jikalau keluar laporan audit di tahun yang berikutnya dengan isu yang sama adakah penilaian audit itu mengambil faktor yang pelbagai mengikut keadaan, tempat sekalipun barang itu sama tapi harganya berbeza? Sebab itu saya ingin tegaskan, pembelian yang mahal itu memang mengikut prosedur jabatan sebab ada bukti pembelian dengan invois, LO, resit dan sales after service lagi. Dari segi legal menyebabkan mereka kakitangan kerajaan tidak dikenakan tindakan undang-undang tapi mungkin dari segi moral ianya salah.

Walaupun begitu jika benar ianya melibatkan rasuah (ini hanya imaginasi saya) seperti kontraktor membayar duit poket kepada Ketua Jabatan dengan mark up terlalu melampau dengan harga asal atau rasuah untuk memperolehi tender kerajaan, saya kongsikan cerita SPRM dan penguatkuasaan undang-undang di bawah ini.

KISAH RASUAH SIME DARBY DAN TINDAKAN SPRM.

Tahukah rakan-rakan mukabuku sekalian bahawa SPRM telah melancarkan ‘Ops Billion’ bagi menyiasat kes kerugian Sime Darby Berhad dalam konteks kesalahan rasuah.? SPRM ini di bawah Jabatan Perdana Menteri. Hasil siasatan yang dilakukan telah membawa kepada penangkapan tiga orang pegawai kanan Sime Darby Berhad. Tangkapan pertama melibatkan Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby Perkhidmatan Marin di Sime Darby Marine And Engineering Sdn. Bhd. atas dua kesalahan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 daripada pemilik sebuah syarikat. Suapan tersebut adalah sebagai balasan kerana membantu memperolehi kerja membekal Derrick Lay Barge (DLB) dan dua Anchor Handling Tugs Supply (AHTS) kepada Sime Darby Marine Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah USD134 juta.

Pegawai tersebut juga menerima wang rasuah sebanyak USD2,500 sebulan daripada pemilik syarikat yang sama bermula Jun 2008 sehingga Februari 2010 dipercayai sebagai balasan membantu syarikat berkaitan kontrak berkenaan. Ekoran daripada itu, bekas Pengurus Kanan Kebolehan Marin, Sime Darby telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2010 atas satu pertuduhan menerima wang rasuah berjumlah RM200,000.00 sebagai upah mencadangkan syarikat tersebut kepada pihak Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai USD134.2 juta (RM467.9 juta) dan telah didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 Akta yang sama."

KESIMPULAN:-

PROGRAM UNTUK MENANGANI GEJALA RASUAH.

Bagi memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, bagi saya penekanan kepada usaha meningkatkan integriti dan jati diri individu adalah sangat penting. Secara mikronya, usaha banteras rasuah perlu dibahagi kepada dua sasaran:-

1)Fokus kepada jabatan/agensi yang memberikan perkhidmatan kepada orang awam.

Di peringkat jabatan/agensi, kajian semula prosedur yang panjang, sukar dan lambat perlu dikemaskini dan dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penggunaan borang, proses saringan dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang awam khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.

2)Fokus kepada individu-individu yang berkhidmat dalam organisasi kerajaan tersebut.

Manakala di peringkat individu, langkah-langkah yang boleh diambil adalah dengan memantapkan dan mengukuhkan jati diri dalam diri setiap pegawai awam. Keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala kerana sekiranya setiap individu bencikan rasuah maka amalan ini dapat diatasi. Kekuatan jatidiri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca dan menghayati.

P.S :- Penat menaip. Walaupun ini kerja sukarelawan. Saya dapat kepuasan
dan Allah swt akan memberi balasan.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger