Inspirasi intipati ucapan Mark Zuckerberg di Harvard paling latest.

Saturday 25 May 2019

1. Berpeluang mendengar ucapan khas dari Mark Zuckerberg secara life dari Harvard University sempena Konvokesyen 2017 tadi memberikan saya suatu inspirasi yang sangat dekat dengan hati saya.

2. Beliau menekankan setiap orang perlu ada 'purpose' dalam kehidupan. Nilai hidup bukan lagi pada soal materialistik atau 'hasil' yang dinilai pada GDP dan sebagainya semata-mata.

3. Beliau juga mengatakan bahawa setiap perkara baik yang berimpian dan bervisi besar sudah pasti akan dikecam orang malahan akan dianggap sebagai idea gila.

4. Jadi jangan ambil peduli dengan kecaman orang sekeliling yang ingin jatuhkan diri kita kerana idea besar apatah lagi jika belum diketahui orang memang akan ditakuti dan mendatangkan cercaan.

5. Bersedialah untuk disalahfahami oleh orang lain di atas visi anda yang hebat itu.Teruskan untuk hidupkan idea yang baik tanpa berlengah lagi sebab jika terlalu lama berfikir untuk bertindak tiada gunanya.

6. Ramai orang ada idea tapi yang paling penting bagaimana bermula menghidupkan idea itu dan jadikan idea itu kenyataan. Bertindak segera dari idea yang baik dan jangan risau menghadapi  kegagalan.

7. Beliau sendiri ketika membangunkan Facebook menghadapi pelbagai kesukaran termasuklah ditinggalkan rakan seperjuangan ketika menolak tawaran jutaan USD waktu itu oleh investor yang ingin membeli Facebook yang dibangunkan beliau.

8. Nasihat beliau kepada usahawan jangan hanya berfikir untuk bangunkan syarikat sahaja demi keuntungan, tapi yang paling penting membina 'IMPAK' dari nilai keusahawanan itu.

9. Beliau kata lagi hiduplah untuk berkongsi. Tidak semestinya perlu bagi duit, paling kurang seminggu cuba beri 2 jam dari aspek sumbangan ilmu dan motivasi. Ubahlah persekitaran tempat anda sebelum berfikir untuk ubah dunia.

10. Kata beliau lagi generasi baharu millinneal bukan lagi terikat dengan faktor sempadan negara, bangsa, agama, sehingga kita saling mencurigai dan hidup terpisah. Kita adalah 'Citizen of the world' yang perlu berkongsi purpose hidup bermakna bersama orang lain.

11. Beliau dari dulu berimpian untuk menghubungkan setiap orang dengan mudah, cepat dan percuma dan impian itu tercapai dari dorm asramanya di Harvard.

12. Isteri beliau merupakan inspirasi utamanya untuk beliau lebih bersifat kemanusiaan dan berkali-kali beliau menyebut nama isteri beliau ketika di Harvard tadi (isteri beliau Priscilla juga graduated dari Harvard).

13. Mark adalah insan technopreneur yang juga  hebat sebagai orator, motivator dan philantropist hebat. Moga suatu hari saya juga dapat belajar di Harvard. Aamiin.

P.S :- Mark Zuckerberg bukan kena kick out dari Harvard. Dia yang memilih untuk drop out untuk focus pada project Facebook dia. Dan akhirnya tadi dia dianugerahkan juga Degree from Harvard. Tak boleh kata dia drop out lagi.

Teknik Jadi Pakar!

Thursday 9 May 2019

Memperoleh simbol atau dikenali sebagai "pakar" adalah satu kelebihan besar bagi setiap pemilik bisnes.

Dari sudut kredibiliti, pelanggan lebih percaya pada jenama mereka. Justeru, semua transaksi (pemberian duit) ke dalam bisnes melibatkan kepercayaan dan keyakinan... Namun bukan mudah untuk menjadi pakar.

Satu daripada strategi berkesan untuk jadi pakar adalah:

===
Strategi Association
===
Laburkan masa, wang dan tenaga untuk:

1) Kenal pasti golongan pakar dalam industri kita.

2) Hadir ke mana-mana majlis ilmu yang menjadikan golongan pakar ini sebagai panelnya.

3) Bersiap sedia untuk perkenalkan diri.

Association adalah strategi kerjasama yang membantu seseorang itu menjadi pakar dalam masa singkat.

Sebagai contoh, apabila Si A kerap
bersama Si B (Pakar Pelaburan Hartanah), maka si A juga akan turut dilihat sebagai pakar dalam bidang itu.

===
Strategi Interview
===
Selepas mempunyai hubungan yang baik dengan golongan pakar, langkah seterusnya adalah mengaturkan masa untuk menemubual mereka.

Temubual sesuai dilakukan dalam 3 jenis bentuk multi-media:

1) Teks.
2) Audio.
3) Video.

... Ajukan soalan yang berkait rapat denga industri sahaja.

Jadikan diri kita sebagai individu yang menemubual si pakar itu.

Apabila temubual ini terbit secara rasmi, maka pelanggan akan mempunyai persepsi yang bagus terhadap bisnes kita.

Jadi kawan-kawan, aktiviti selepas baca teknik ini adalah:

Aktiviti 1 - Kenal pasti 3 orang (sekurang-kurangnya) individu yang dikenali sebagai pakar dalam
industri kita.

Aktiviti 2 - Bina hubungan yang baik dengan mereka. Banyakkan hadir ke program-program yang mereka bergerak sebagai ahli panelnya.

Aktiviti 3 - Terbitkan sesi temubual bersama golongan pakar dan sebarkan ia.

... Ini adalah satu daripada "cara cepat & mudah" untuk jadi pakar dalam masa 24 jam.

Semoga membantu.

Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership, jadi MC Majlis Kahwin dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger