Kerjaya sebagai pemungut sampah.

Wednesday 28 September 2016

Dulu saya pernah ada pengalaman buat kerja-kerja pembersihan sebagai staff PA (Public Area) di Hotel Hilton ketika cuti sem cari duit lebih untuk tampung perbelanjaan kerja-kerja sukarelawan sebab ayah saya tak sokong sangat buat kerja sukarelawan. Sebagai petugas kebersihan, saya perlu mengutip sampah dalam tong sampah setiap tingkat setiap pagi dan petang dari tingkat 1 sehingga tingkat 20 bangunan Hotel.

Nasihat saya kpd diri saya dan kawan-kawan.  Janganlah pandang rendah kepada mereka yang buat kerja-kerja pembersihan ni. 3 tahap layanan kepada mereka yang boleh kita pilih terhadap mereka yang buat kerja pembersihan ni:-

1)Kita bantu direct dengan amal kebajikan seperti bagi duit atau top up kpd mereka.
2)Kita bagi salam dan doakan mereka.
3)Mudahkan mereka dengan tidak buang sampah merata-rata dan mudahkan kerja mereka dengan letak sampah di depan rumah dalam keadaan yang betul(sampah diikat dan diletak kemas dlm tong sampah).

Berapa ramai yang sedar kerja pemungut sampah ini sangatlah mulia. Tindakan tutup hidup, muka mencemik di depan mereka ketika mereka menjalankan tugas adalah sangat tidak sopan. Di peringkat pihak berkuasa pula pastikan kebajikan mereka seperti insurans kesihatan mereka terjamin dan gaji mereka juga mencukupi dan dibalas sebaik mungkin.

-Effendy Al-Ampangi-

Minggu Pertama di usia 34 tahun bersama Dr Muhammadkhon dari Uzbekistan.

Friday 23 September 2016

Hari pertama dan minggu pertama saya menyambut ulang tahun kelahiran saya bermula 20 September 2016 sehingga ke hari ini secara puratanya mesyuarat gerak kerja saya antara 4 hingga 5 meeting termasuk meeting jaringan antarabangsa saya melalui skype.

Isteri saya masih di kampung untuk menghabiskan tempoh berpantang 44 hari bersama ibu beliau. Saya memilih untuk mengoptimumkan masa saya untuk gerak kerja dan pelbagai urusan perniagaan.

Namun dalam masa yang sama saya terfikir juga urusan kerja dan bisnes ini tidak akan habis sampai bila-bila pun. Mengejar dunia ini semata-mata tanpa tujuan ibadah, semakin dikejar semakin ia lari. Jika kejar Akhirat, InsyaAllah dunia dan Akhirat kita akan perolehi.

Saya muhasabah diri saya kembali bahawa saya perlu kembali menguatkan jiwa dalaman, sentuhan rohani dengan mereka yang bila kita lihat, kita dekati akan buat jiwa ini dekat dengan rasa Ketuhanan yang mengingatkan kita bahawa tempat kembali adalah kepada Allah Robbul Jalil.

Saya memilih untuk memulakan kembali kelas pengajian agama secara sistematik dengan mentor dan guru agama saya kali ini dibawakan khas jauh dari Asia Tengah iaitu Bukhara, Uzbekistan tempat kelahirannya Imam Bukhori, Ibnu Sina, Al Khawarizmi dan lain-lain tokoh agama.

Nama beliau ialah Dr Muhammadkhon. Latar belakang  pendidikan beliau sangat impressive. Beliau mempunyai dua Ijazah BA dalam bidang agama. Master Degree dan PHD juga dalam bidang agama dan PHD dalam bidang Teologi dan Falsafah Islam.

Menariknya beliau seorang Tahfiz Quran juga, pakar Nahu dan Bahasa Arab. Beliau pernah belajar Bahasa Arab di Syria dan bertemu Syeikh Ramadhan Al Buti. Mempunyai kebolehan bertutur dan membaca dalam 7 Bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Russia, Turki, Bahasa Arab, Parsi/Iran, English dan Bahasa Melayu.

Saya sangat sayang beliau sebagai abang saya dan ahli keluarga saya sendiri. Selalu menasihati saya mengenai perkara-perkara agama. Beliau tiada facebook.

Passion beliau adalah mengajar ilmu agama. Beliau baru tamat PHD di UKM dan sebenarnya mencari peluang menjadi tenaga pengajar di Malaysia. Beliau sedang menanti peluang dan tawaran mengajar di Malaysia.

Atas permintaan beliau, pada minggu yang lepas kami buat lawatan ziarah ke Bahagian Antarabangsa JAKIM, menziarahi beberapa IPTA dan beberapa Sekolah Agama atas permintaan beliau.

Saya juga  telah aturkan kelas pengajian beliau sebagai Ustaz Jemputan di sebuah sekolah Agama Antarabangsa di USJ iaitu Sekolah At Tamimi International School. Saya aturkan Kelas Pengajian Basic Usul Fiqh kepada Staff Pentadbiran sekolah tersebut dan saya juga jadi salah seorang pelajar.

Pagi Sabtu ini saya dan Dr Muhammadkhon akan menghadiri Ikhtifal Sekolah At Tamimi International School sebagai tetamu kehormat di program itu.

Kemudian kami akan ke Muzium Kesenian Islam untuk bertemu Syeikh Dr Mahmoud MrGlani untuk Program Bacaan Selawat dan Syarahan Dala'il Khayrat.

InsyaAllah ini adalah minggu terbaik buat permulaan usia 34 tahun saya. Alhamdulillah.

Bagaimana saya membina 'Pengetahuan Jaringan Antarabangsa'?

Sahabat saya Wasif Wan telah membuka antara 'Tips Rahsia' Jaringan Antarabangsa kami di posting beliau yang terkini ini. Tips yang beliau beri ialah Ziarah ke pelbagai Pusat Kebudayaan Negara-Negara seluruh dunia di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Kembali ke zaman saya ketika mahasiswa lagi. Malahan lebih awal sejak sekolah rendah, pembudayaan ilmu sebagai 'Teras Utama' kepada jaringan antarabangsa kami ini menjadi semakin kuat bila menginjak usia remaja di zaman mahasiswa.

Ketika saya sekolah rendah, saya dipanggil 'Kamus Bergerak' oleh ahli keluarga kerana menghafal banyak info-info seperti nama-nama negara, nama-nama pemimpin dunia dan universiti-universiti ternama dunia seperti Harvard, Oxford, Cambridge dan Al-Azhar.

Ketika di sekolah rendah juga saya memilih untuk jadi pustakawan kerana ingin mudah dapat akses baca buku. Bayangkan ketika sekolah rendah lagi saya telah hadam buku-buku klasik sejarah seperti Hikayat Hang Tuah, Salatus Salatin Tun Sri Lanang dan buku-buku terjemahan sastera dari Rusia, China dan Jepun.

Ketika baca buku Hikayat Hang Tuah misalnya, diceritakan bagaimana Hang Tuah mengembara ke China , ke Tanah Jawa dan sebagainya. Sejarah Empayar Melaka dan Pelabuhan Melaka yang merupakan Pelabuhan Entrepot dunia dengan beratus negara datang berdagang cukup memberi inspirasi kepada saya.

Kisah Hang Tuah juga sangat memberi saya inspirasi untuk mengenal dunia antarabangsa. Kemudian saya dibelikan Globe oleh ibu saya dan sentiasa membayangkan yang saya berada di seluruh dunia. Ketika itu tiada youtube lagi.

Malahan saya menghafal nama-nama negara dunia dan ibu kota sekali sejak zaman sekolah rendah lagi. Saya juga waktu itu telah membaca buku-buku sejarah Tokoh Pemimpin Dunia seperti Napoleon, Hitler, Abraham Lincoln, Mahatma Ghandi dan lain-lain.

Ini contoh bagaimana pengetahuan Jaringan Antarabangsa saya bermula. Saya akan share lagi peringkat-peringkat seterusnya.

Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Tuesday 20 September 2016

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

Retrospektif Ulangtahun Kelahiran Ke 34

Alhamdulillah umur sudah 34 tahun. Terlalu banyak yang saya lalui sepanjang perjalanan hidup untuk menggapai cita-cita dan impian kejayaan.

Antaranya kemanisan yang telah saya capai adalah untuk beraksi di peringkat antarabangsa bukan sahaja bersendirian tetapi bersama-sama jaringan perniagaan sahabat-sahabat seperjuangan.

Perancangan yang sangat sistematik untuk tahun 2017 telah dibuat. Sudah tiba masanya rakan-rakan usahawan saya keluar ke market antarabangsa. Antaranya melalui kerjasama dengan MTDC, usahawan-usahawan tempatan perlu lebih agresif memasuki pasaran Indonesia.

Bersama dengan partners business saya di 16 buah Negara (ASEAN + 6) , kami akan berkumpul di ASEAN ELITE FORUM 2017 - MANILA ROUND untuk sesi pertemuan usahawan-usahawan success di negara-negara tersebut untuk membuka pasaran yang sangat besar melalui framework RCEP.

Banyak lagi ingin saya kongsikan di sini mengenai 'International Market Entry Strategies'. Saya akan sambung lagi jika ada berminat untuk tahu informasi ini.

Semoga Allah merahmati usaha ini. Aamiin Ya Allah.

Bertemu Irfan Amalee Pengasas Peace Generation.

Saturday 17 September 2016

Kisah 16 September 2015 di Kuala Lumpur - Bertemu insan hebat bernama IRFAN AMALEE dari Indonesia yang sangat luar biasa aura dan karismanya.

Semalam saya berpeluang bersua muka, berdiskusi, merangka projek global bersama Mr. Irfan Amalee dan paling penting kata-kata nasihat beliau yang menyentuh perasaan saya untuk terus berjuang, berbakti di peringkat local dan global menyebarkan salam keamanan dan salam perpaduan.

Beliau juga merupakan Tokoh Muslim yang diiktiraf sebagai "The Top 500 Most Influence Muslim In The World 2011". Beliau telah melatih 15,000 Trainer Keamanan di seluruh Indonesia dan seluruh dunia dengan 12 Modules Peace beliau dengan membawa Gagasan Peace Generation dalam masa 7 tahun bermula 2007.

Dari segi keusahawanan pula, beliau adalah jutawan dalam bidang IT dan pembangunan applikasi apps dan juga menubuhkan Syarikat Penerbitan Buku Pelangi Mizan. Beliau menulis banyak buku-buku berkaitan keamanan global dan bukunya diterbitkan di seluruh dunia di puluhan negara.

Saya kongsikan senarai anugerah yang telah beliau terima:-

1.Young Creative Entrepreneur (Wiramuda Kreatif) Award from Ministry of Tourism and Creative Economy Indonesia 2012

2.International Fellowship Ford Foundation 2010-2012

3.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2011

4.UAJY Multiculturalism Award 2010

5.Nominated as Ashoka Social Entrepreneur Fellowship 2010

6.500 Most Influential Muslim, Amman Jordan 2010

7.International finalist Young Comunication Entrepreneur Award, 2009 London, British Council UK

8.National Winner Young Creative Entrepreneur Award 2008, British Council Indonesia

9.3rd winner Bandung documentary film festival 2006

10.Selected in Konfiden Film Festival, Jakarta 2006

P.S:- InsyaAllah akan ada kerjasama antara kami berdua untuk program-program Kemanusiaan, Keilmuan dan Keusahawanan Sosial di peringkat global yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Aamiin.

Effendy Zulkifly
-The Global Peacemaker Agent-
www.peace-generation.org

#peacegeneration
#socialenterprise
#global
#books
#movement

Karakter Kepimpinan Negara

Thursday 15 September 2016

Bukan bermaksud sebagai pemimpin hanya dengan menggunakan ketegasan, kekerasan, penangkapan berhadapan pihak yang berlawanan ideologi ataupun berlainan pendapat melambangkan anda kuat dan hebat. Tidak semestinya begitu saya rasa.

Di zaman ledakan dunia maya internet. Dengan bilangan kaum yang majmuk, tanpa Akta ISA, dengan kelebihan kuasa diplomasi, ketenangan, kelembutan dan strategik, saya fikir ianya melambangkan kehebatan sebenar seorang pemimpin dalam mempertahankan negara majmuk yang maju dan bersatu padu.

Dan itulah yang sukar dan sangat mencabar sebenarnya menonjolkan sisi kekuatan dan ketegasan melalui jalan diplomasi dan kelembutan. Kualiti 'ketenangan,kelembutan dan diplomasi' itu ada pada Tun Razak yang diteruskan legasinya.

ISU PENGANGGURAN & SOLUSI RINGKAS.

Sunday 11 September 2016

Kajian Masalah.

1. Demand (Industri dan Pekerjaan) dan Supply (Universiti dan Siswa)  sangat tidak seimbang. Ini juga adalah permasalahan di negara-negara ASEAN.

2. Apakah mekanisme monitoring siswa ratus ribu yg graduated saban tahun ini dijamin dapat kerja?

3. Kerajaan ada tak 'Monitoring System' pengeluaran mahasiswa dan peluang kerja itu seimbang atau tidak?

4. Ada atau tidak ada 'monitoring system' itu tidak penting tapi apakah ada usaha kerajaan atau pihak universiti sendiri monitor nasib mahasiswa ratus ribu menganggur ini dengan kehendak pasaran kerja?

5. Diskusi dengan Prof. Datuk Dr Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi yang saya faham beliau bersetuju universiti akan lahirkan ramai mahasiswa saban tahun dan tugas universiti adalah melahirkan lebih ramai mahasiswa.

6. Soal kerja atau tak dapat kerja itu bukanlah masalah universiti . Universiti perlu lahirkan ramai graduan utk kelangsungan hidup universiti, namun pengangguran terus bertambah sepanjang tahun.

Solusi Ringkas (ini perspektif saya yang belum teruji sepenuhnya).

1. Jangan berharap pada sesiapa hatta kerajaan sekalipun. Mahasiswa perlu mandiri dan sedar diri. Dari awal masuk universiti perlu sedar di luar universiti ramai insan menganggur dan anda juga ada potensi menganggur.

2. Selepas SEDAR DIRI, di samping belajar rajin-rajin, jimat cermat dengan duit pinjaman pelajaran. Kalau boleh jangan berhutang belajar.

3. Ceburi bidang perniagaan seawal mungkin di universiti tapi kena pandai bahagi masa. Hadiri kursus-kursus  perniagaan yang dianjurkan di dalam atau luar universiti tapi elakkan pergi kursus yang mahal nak mampus yurannya sebab lebih baik duit tu buat modal perniagaan.

4.Kurangkan politik partisan tapi mahirkan dengan geo-politik dan geo-ekonomi antarabangsa. Supaya anda tidak sempit pemikiran dengan masalah politik partisan yang tidak sudah-sudah sejak zaman merdeka antara pemimpin-pemimpin politik yang ada kepentingan peribadi.

4. Mahirkan kemahiran KOMUNIKASI dengan ilmu komunikasi ini satu dunia anda pergi anda boleh hidup dan berasilimisasi dengan masyarakat sedunia.

5. Cuti semester ambil peluang travel ke luar negara buat network antarabangsa sebanyak mungkin dan sesungguhnya Malaysia ini kecil sahaja tapi dunia di luar Malaysia janjikan peluang pekerjaan yang sangat besar.

6. Business Mindsetting kena develop dari awal seawal tahun pertama. Jika anda ada Entrepreneurship Mindset, isu pengangguran bukan isu anda malahan anda pula akan bagi jobs kepada orang lain.

7. Kenali NGO yang betul seperti Jaringan Anak Muda, MyNEF, WENA, Yayasan Inovasi Malaysia, Yayasan Media Hebat yang punyai banyak jaringan keusahawanan tempatan dan antarabangsa yang boleh buka minda anda setakat 3K, Kolej, Kediaman, Kantin kepada dunia yang lebih luas.

P.S:- Saya banyak lagi solusi-solusi lain dan jika ada kesempatan , silalah datang bertemu dengan saya, InsyaAllah minda anda akan terbuka luas dan bersemangat lain macam untuk menakluk dunia dan memasang impian besar.

Universiti, Mahasiswa dan Industri.

Harvard Business School telah menjadi perintis kepada 182 syarikat dan telah menjana lebih $USD 1.2 billion overall funding secara kolektif.

Mereka dihormati korporat dan syarikat antarabangsa kerana kerjasama mereka sebagai "Entrepreneurship Lab" sangat berjaya buat lepasan mahasiswa atau orang luar yang bekerjasama dengan Harvard University.

Ini yang membezakan universiti-universiti kita di Malaysia yang dilihat (persepsi peribadi saya) terlalu skema, berteoritikal dan seolah-olah terpisah dari dunia industri malahan tiada database jelas untuk monitor apa yang terjadi kepada lepasan graduate yang berkonvo ratus ribu sepanjang tahun.

Ratus ribu ini juga dilaporkan menjadi "penganggur terhormat" dan terus menerus saban tahun penganggur kehormat ini bertambah. Academicians dan pentadbir university kena kurangkan exam oriented yang bergantung pada hafalan semata-mata. Lebihkan kepada project paper yang berbentuk solution base dengan kerjasama korporat dan industry.

Mahasiswa juga perlu sedar diri. Jika anda belajar di Business School dan berimpian jadi entrepreneurs, ilmu dari lecturers anda yang kebanyakannya  bekas mahasiwa bijak dengan pointer hebat, ulat buku sewaktu  di university sewaktu ketika dulu semata-mata tidak mencukupi kerana mereka sendiri bukan pure businessman dan belum pernah teruji lagi jatuh bangun dalam dunia busines.

Anda juga perlu tambah ilmu-ilmu business dari luar university dengan usahawan-usahawan street-smarts dan juga dari industry players dan orang-orang korporat. Atau buat macam Harvard School terus integrated dengan business industry ketika di university lagi.

Di university develop diri anda sebagai seorang yang ada nilai communicator yang hebat, ada leadership skills, ada soft skills sebagai good speaker, good negotiator, good leader.Dan yang paling penting bagaimana tunjukkan kebolehan anda dalam team building dan suasana kerja yang memerlukan anda berinteraksi dengan orang lain.

#pesanprogramorientasi
#universiti
#mahasiswa

Beza Branding International dan Branding Local.

1. Study case yang saya ambil adalah melalui pasar raya milik orang tempatan dan pasar raya milik pelabur antarabangsa. Jika pasar raya antarabangsa, luas, design nampak moden, tag harga juga ditaip dan pilihan warna nampak eksklusif.

2. Tapi bila pergi pasaraya milik local masih ditulis tangan tag harga, susunan barangan berterabur dan decoration dalaman nampak sempit dan sarat.

3. Pakaian para pekerja juga nampak low class sedangkan pasaraya international para pekerja diberi pakaian dengam design yang nampak berkualiti dan stylo.

4. Usahawan perlu jaga aspek 'Branding' dan 'design' kerana dalam dunia keusahawanan di samping jaga kualiti produk dan service, pepatah " dont judge the book by its cover" adalah tidak terpakai.

5. "First impression" melalui 'branding' dan 'designing' inilah yang menjadi penarik mata dan penambah nilai kepada produk dan service anda.

Effendy Zulkifly
Usahawan Sosial dan Inovasi ASEAN.

#branding
#designing
#trending
#local
#international

Tahap-Tahap Usahawan

Tahap 0 - USAHAWAN BERKULI (Pekerja)

Ini adalah tahap permulaan bagi kebanyakkan usahawan. Dalam kategori ini kita ini berkuli dengan mindset mahu kumpul skil dan pengalaman bagi membuka bisnes.

Tahap 1 - Usahawan PERSENDIRIAN (Bekerja Sendiri)

Ini adalah tahap pertama, ketika kita membuka perniagaan atas sebab tidak mahu terkongkong, mahu buat cara kita sendiri atau mahu membuktikan sesuatu.

Usahawan di tahap ini selalunya masih kerja seorangan. Semua perkara dibuat sendiri. Bayar gaji untuk diri sendiri.

Pada tahap ini, tumpuan diberikan kepada melengkapkan pusingan jualan bisnes dan stabilkan pendapatan.

Tahap 2 - Usahawan PENGURUS

Tahap ini, usahawan sudah ada pekerja yang di bayar gaji. Pada tahap ini usahawan perlukan skil untuk menguruskan manusia. Perlu ada jiwa membantu orang lain berjaya. Perlu ada ilmu membahagikan tugasan.

Usahawan tahap ini sibuk membetulkan sistem operasi syarikat supaya pusingannya lancar dan boleh diautomasi.

Usahawan yang mengatakan mereka susah mencari pekerja yang bagus selalunya tidak boleh beralih kepada tahap seterusnya.

TAHAP 3 : USAHAWAN "TOKEY" (Pemilik Bisnes Sejati)

Tahap ini adalah tahap pertama yang mana usahawan mula mempunyai lebihan masa. Pada tahap 1, usahawan sibuk dengan urusan buat duit, tahap 2 usahawan sibuk dengan urusan menguruskan pasukan untuk buat duit, iaitu membina sistem.

Pada tahap ini, kita menjadi pemilik bisnes yang memerhati sistem yang berjalan sendiri yang kita bina pada tahap 2. Pada tahap ini, kita sudah mempunyai pasukan yang lengkap. Kita menurunkan kuasa kita kepada pengurus yang boleh dipercayai.

Kita boleh tinggalkan bisnes kita sekali sekala dan melihat peluang-peluang lain. Selalunya pada tahap inilah kita membuka bisnes baru.

Kesibukan kita ketika ini adalah memastikan cash flow kita stabil dan meningkat. Kita mahu simpan sebanyak mungkin tunai bagi persediaan memasuki tahap seterusnya.

Fokus kita pada tahap ini, bukan kepada sasaran jualan dan untung syarikat, tetapi untung bersih yang masuk ke akaun peribadi kita.

Inilah tahapnya kita menjadi BOSS. Sebelum ini, kitalah BOSS kitalah juga kuli.

Tahap 4 : USAHAWAN "PELABUR"

Usahawan yang telah sampai ke tahap ini, kini mempunyai kekuatan pendapatan tunai pasif yang stabil dan mempunyai lebihan wang untuk dileburkan. Kita namakan wang kopi. Iaitu wang yang kita tidak perlukan untuk keperluan seharian.

Usahawan pada tahap ini, akan mula membina atau membeli syarikat-syarikat, melabur dalam bentuk JV bagi mendapatkan keuntungan tambahan 'leverage'.

Usahawan tahap ini mempunyai skil secara natural menilai bisnes yang baik. Usahawan ini boleh membeli bisnes yang kurang elok, perbaiki dan mula buat untung. Ia umpama membeli rumah pada harga murah, baiki, refurbish dan sewakan dengan harga tinggi. Kita boleh namakan ia sebagai Doktor Bisnes yang tahu membaiki bisnes.

Semua ini dapat dilaksanakan kerana usahawan tahap ini telah mempunyai pasukan dan SOP yang telah dibuktikan berjaya dalam tahap ke 3 sebelum ini.

Pada tahap ini, fokus usahawan pelabur adalah membina saluran income pasif yang lebih banyak daripada semua resources yang ada seperti duit simpanan, pasukan, alat kerja dan network. Ini dinamakan 'leverage' dan selalunya syarikat usahawan ini dalam bentuk kumpulan yang mempunyai banyak anak syarikat.

Pada tahap ini gelaran kita adalah Chairman atau Penegerusi dalam syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat.

TAHAP 5 : USAHAWAN SEBENAR

Pada tahap ini, usahawan ini akan sudah tidak membeli tetapi mereka mencipta peluang untuk dibeli oleh usahawan lain terutama 'usahawan pelabur'.

Segala usaha kita pada ketika ini adalah dengan menggunakan duit orang, skil orang dan masa orang lain. Kita mempunyai pasukan yang mempunyai skil membina syarikat untuk dijual berkali-kali.

Kita membina syarikat untuk IPO dan orang lain yang membeli saham kita. Kita yang membina hartanah untuk dijual. Usahawan mencipta peluang pelaburan untuk orang lain.

Usahawan pada tahap 5 ini adalah usahawan yang mencipta trend dan boleh mempengaruhi pasaran.

Semoga tulisan saya ini sedikit sebanyak memberikan kita penilaian terhadap tahap dimana kita berada dalam bisnes, maka mudahlah kita meletakkan sasaran dengan jelas. Ada banyak lagi penambahan kepada artikel ini, InshaAllah saya akan kongsikan sedikit demi sedikit.

Tahap manakah kita dan kemana kita selepas ini?

Ditulis oleh : Syaizul Amal

Bersama Dr. Haruo Takeda, Corporate Chief Engineer, Research & Development Group, Hitachi, LTD.

Saturday 10 September 2016

Beliau adalah speaker yang paling saya nantikan sepanjang Kyoto-ASEAN Forum berlangsung. Beliau memberikan Keynote Speech yang ketiga bertajuk 'Academia-Industry Collaboration of a Japanese Company in ASEAN Countries'.

Saya sangat tertarik dengan presentation beliau bagaimana Hitachi Ltd sebuah company tahap dunia yang sangat mementingkan R&D sebagai keutamaan budget syarikat. Dan mereka punyai Centre Lab atau Social Innovation Lab yang sangat istimewa dibarisi pakar-pakar terhebat dunia di Kyoto University.

Dan yang paling menarik juga mereka terlibat secara langsung dalam sumbangan projek Social Movement Contribution kepada masyarakat kampus dan luar kampus. Antaranya seperti 'Hitachi Young Leaders Initiative' , 'Volunteer Activities' dan 'Disaster Relief'.

Konsep Innovasi yang mereka bawa berdasarkan 3 aspek ini:-

1.Customer-Driven Innovation.
2.Technology-Driven Innovation.
3.Vision-Driven Innovation.

Saya maklumkan kepada beliau yang saya sendiri juga banyak terlibat sebagai Speaker Antarabangsa peringkat ASEAN dengan tema Inovasi Sosial di universiti-universiti seluruh ASEAN seperti University of Indonesia, Universiti Malaya, universiti di Bangkok, NGO-NGO dan gerakan belia (sempat promosi diri hehe).

Beliau menjemput saya ke Jepun melawat Social Innovation Lab mereka dan mungkin peluang-peluang kerjasama di masa hadapan boleh dilaksanakan. Inilah yang menariknya berpeluang menghadiri Forum Antarabangsa sebegini.

Bertemu Profesor Dari Thailand Environment Institute (TEI).

Dalam Forum Antarabangsa seperti Kyoto - ASEAN Forum 2016 ini yang paling menarik apabila berpeluang duduk semeja dan makan sekali dengan para speakers antarabangsa, membuat jaringan, dan paling penting bertukar-tukar pandangan dan mencadangkan kerjasama di masa hadapan.

Bersama Professor Dr. Sc. Yasumasa Kanada.

Yang berambut putih itu ialah Emeritus Professor Dr. Sc. Yasumasa Kanada dari Universiy of Tokyo. Beliau merupakan Advisor and Think Thank for Thailand Environment Institute (TEI).  Beliau antara pakar terbaik di peringkat dunia berkaitan kajian Artificial Intelligence dan Super Computer.

Beliau melahirkan rasa kagum terhadap anak muda Malaysia seperti kami yang berminat dengan isu-isu R&D dan menasihatkan kami untuk terus memajukan tahap pendidikan dan mengatakan kami berpotensi menjadi anak muda luar biasa di peringkat dunia.

Beliau menegaskan juga bahawa universiti harus memberikan kebebasan berfikir dan tidak menyuapkan maklumat dan membiarkan mahasiswa membuat kajian dan penyelidikan lebih kepada usaha sendiri tanpa terlalu rigid kepada exam oriented dan bergantung pada maklumat pensyarah yang mengajar sahaja.

Bersama Professor Thanawat Jarupongsakul, PHD.

Yang berkaca mata sebelah saya itu adalah Professor Thanawat Jarupongsakul, PHD yang merupakan President, Thailand Environment Institute (TEI) yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Social Implementation for Advanced Science and Technologies in ASEAN".

Kajian kes beliau berkaitan Environment and Disaster Management seperti Tsunami, banjir, gempa bumi. Institut beliau memberikan penyelesaian yang bertahap dunia diiktiraf banyak negara-negara maju sendiri dan beliau masih terus membuat R&D dengan maklumat terkini setiap masa yang berpengkalan di Thailand.

Beliau juga memuji YB Khairy Jamaluddin kerana penguasaan English beliau yang bagus dan ucapan pembukaan beliau yang intelektual dan sangat positif terhadap penglibatan anak muda dan Negara Malaysia dalam  Kajian Sains dan keperluan R&D.

Kesimpulan.

Mereka ini tokoh-tokoh intelektual tahap dunia yang hidupnya diabadikan untuk kesejahteraan dunia dengan memberikan fokus kepada bidang kepakaran mereka yang berpuluh tahun diabadikan buat kebaikan manusia sejagat.

Bertuah dan beruntung mendapat jaringan hebat sebegini. Kami bertukar-tukar contact number dan saya berjanji akan ziarah mereka di Bangkok nanti

Bertemu Kawan Lama Dari MCKK.

Sangat gembira hari ini diziarahi sahabat lama saya saudara Ahmad Rejaie Arbee ketika sama-sama belajar di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) Batch 1999 dan tidak pernah bertemu sejak 17 tahun yang lepas sehinggalah hari bersejarah hari ini.

Kini kami berdua telah berkeluarga anak dua dan isteri masih satu. Kami sama-sama menceburi business consultation dan advisory dalam bidang kepakaran masing-masing.

Saya fokus kepada International Business Advisory and Consultation dan sahabat baik saya ini fokus kepada Industri  Insurance, Life and Medical Benefit Consultation di bawah Agensi Prudential BSN.

Sangat powerful knowledge beliau dalam dunia Insurans dan Takaful ini dan kawan-kawan FB yang belum ada Takaful Insurance protection sila segera hubungi beliau untuk dapat keinsafan dan ilmu yang sangat bermanfaat.

Yang menariknya, ayah beliau ialah Datuk Ahmad Rejal Arbee yang merupakan 'Tokoh Wartawan Negara Ke-10' dan merupakan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian yang sangat saya minati dan ikuti penulisan beliau sebelum ini. Ayah beliau juga Old Boy MCKK.

Terima kasih bro sebab lawati saya di office saya di Titiwangsa. Sampai ketemu lagi!

Isu Mempertahankan Kalimah Allah.

Apabila semua perkara hendak dipolitikkan, akhirnya perkara fundamental terutama melibatkan akidah juga ingin dipolitikkan. Kenapa nak dikaitkan isu akidah dengan sikap partisan?

Anda hanyalah insan biasa yang bukan boleh baca hati dan niat orang. Ada pendapat ulama mengatakan kalimah Allah harus dipertahankan dan ada ulama yang dilihat liberal tentang kalimah Allah ini.

Salahkah saya memilih pendapat yang ingin mempertahankan kalimah Allah ini? Dan kebiasaan sebelum ini juga bersandarkan pendapat ulama terdahulu bahawa kalimah Allah ini harus dipertahankan dan tiada apa-apa masalah pun sebelum ini?

Isunya yang saya ingin timbulkan:-

1)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan merosakkan akidah umat Islam?

2)Adakah mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan ramai orang Islam murtad di Malaysia?

3)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan masyarakat Kristian tak boleh menjalankan upacara agama mereka selepas ini?

4)Adakah selepas ini perkataan seperti Masjid, zakat, solat, halal, baitulmal, nabi, rasul juga akan diminta oleh bukan Islam untuk digunakan dalam kitab-kitab mereka sebab kalimah Allah juga akan dinisbahkan banyak dengan perkataan tersebut. Pihak Kristian juga akan boleh minta nanti mereka juga bersolat di "Rumah Allah" mereka.

5)Ada tak badan-badan rasmi yang memikirkan secara tuntas dan jelas kesan-kesan yang berlaku jika kalimah Allah ini boleh digunakan oleh non-muslim dalam makalah atau upacara agama mereka?

6)Yang terakhir, apakah keuntungannya kepada non-muslim, dan orang Islam yang menyokong kalimah Allah ini digunakan? Apa yang mereka nak sebenarnya? Toleransi? Dakwah?

Mohon pencerahan daripada yang lebih arif...

-Effendy Al-Ampangi-

Kajian mengenai kaitan teknologi canggih dengan Al-Quran.

Hari ini dalam Surah Al-Anbiyaa ayat 81 yang saya baca, juga ada menyebut mengenai mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh menundukkan angin yang kencang mengikut perintah baginda. Ianya boleh dikaitkan dengan teknologi penerbangan Nabi Sulaiman yang boleh terbang menggunakan angin dan teknologi kapal terbang di zaman sekarang.

Manakala dalam surah yang sama ayat 87 pula menyatakan tentang keadaan yang sangat gelap, sempit yang dialami oleh Nabi Yunus di dalam perut ikan di dalam laut. Kisah Nabi Yunus saya qiyaskan dengan teknologi "Kapal Selam" yang mempunyai modus operandi seperti keadaan Nabi Yunus. Sungguh hebat mukjizat Al-Quran. Boleh dikaitkan dengan teknologi dan ianya relevan sepanjang zaman...

-Effendy Al-Ampangi-

My Business and Engagement All Around The World.

Sunday 4 September 2016

Last week sebaik sahaja menjejak kaki kembali ke 'Ibu Kota Perjuangan' Kuala Lumpur tempat kelahiran saya dan dibesarkan sejak lebih 34 tahun pelbagai movement, strategi dan peluang diatur melalui pelbagai siri mesyuarat kerja dalam dan luar negara (meeting oversea guna skype).

Benarlah kata orang-orang tua setiap kelahiran baharu (anak kedua saya baharu dilahirkan pada 23 Ogos 2016 yang lepas) membawa rezeki bersama kita asalkan kita ikhlas berjuang dengan niat tulus untuk keluarga kerana Allah Taala.

Jumaat yang lepas, seharian meeting dengan business network dari Turki, Pakistan, Italy dan Hong Kong dari pagi sampai pagi non stop (sebab time zone luar negara yang berbeza). Gerak kerja, industri yang saya ceburi dan strategi yang dimanfaatkan menggunakan method dari 'Blue Ocean Strategy' yang saya lakukan dan laksanakan ini agak jarang diceburi oleh rakyat Malaysia.

Jenis Perniagaan Yang Jarang Diceburi Rakyat Malaysia.

Secara umumnya business product base sangat berdaya saing dan usahawan kita menghasilkan pelbagai produk yang sangat berkualiti. Mereka yang terlibat dalam business development, start-up empowerment, Business Event Management Awareness,  manufacturing business line di Malaysia juga sangat pro-aktif dan progresif.

Namun saya ditunjukkan peluang lain yang tidak directly terlibat dalam business product base atau manufacturing line. Tetapi Allah swt memberi saya rezeki dan peluang dalam aspek lain dalam bidang perniagaan melalui aspek  pembinaan sedikit demi sedikit, tahap demi tahap yang dibina dengan penuh sabar, semakin membesar dan membukit ruang dan peluang  business engagement, business networking, business advisory, business insight melalui network dan international trading yang dibina bertahun-tahun lamanya dan 'Business Value' yang saya nilaikan ini sangat luar biasa lumayannya.

World Halal Development (WHAD), Italian Halal Certification Center.

Alhamdulillah, jaringan kuat saya dari Italy melalui kerjasama bersama World Halal Development (WHAD) yang dipimpin oleh 'Wanita Besi' hebat, AnnaMaria Aisha Tiozzo semakin kuat dan sangatlah aktif mempromosi Halal Certification, Ekspo Halal, Halal Produk dan Halal Tourism di Europe dan Italy. Inilah adalah tugas Fardhu Kifayah yang sangat mulia dan penuh barokah InsyaAllah.

AnnaMaria Aisha juga merupakan Vice President Confassociazioni sebuah Dewan Perniagaan (Keahlian Usahawan Konglomerat Italy) terbesar di Italy dan ahli korporat dari Organisasi Ferrari juga adalah ahli Confassociazioni.

Beliau juga antara Speaker Antarabangsa hebat yang selalu dijemput bercakap di Konvensyen Antarabangsa seperti World Islamic Economic Forum (WIEF), fasih 7 bahasa (Italy, Spanish, Turkish, Arab, Germany, English dan French) dan juga bekas Atlet Menembak Sukan Olimpik mewakili Italy!

ASEAN Entrepreneurship Foundation (AEF) dan ASEAN Youth Leaders' Association (AYLA).

Jaringan di Hong Kong, China dan seluruh negara-negara ASEAN melalui Asean Entrepreneurship Foundation (AEF) yang dipimpin oleh Usahawan Muda Hebat iaitu Andre Kwok dari Hong Kong dan ASEAN Youth Leaders' Association (AYLA) pimpinan Neil Soria dari Filipina telah mencapai kata putus sebulat suara untuk berhimpun pada February 2017 di Manila.

Ianya bersempena Filipina sebagai Tuan Rumah ASEAN dengan ASEAN ELITE FORUM 2017 - Manila Round yang mengumpulkan usahawan-usahawa muda seluruh ASEAN + 6 (China, Japan, Korea, Australia, India, New Zealand). Saya juga dilantik sebagai Mentor dan Ikon Usahawan untuk kedua-dua Organisasi AEF dan AYLA ini. Alhamdulillah.

Terima kasih wahai sahabatku Andre Kwok dan Neil Soria atas kepercayaan kalian berdua terhadap saya. Anda berdua akan jadi pemimpin masa depan World Class Level. Saya sangat yakin dengan pemerhatian dan kata-kata saya ini!

Nanyang 50 dan ASEAN Elite Forum 2017.

Seterusnya di Acara ASEAN Elite Forum 2017 - Manila Round juga akan dilancarkan Kelab Usahawan Elite 'NANYANG 50' yang sangat berprestij ini yang terdiri di kalangan usahawan muda yang sukses dan hadir di ASEAN ELITE FORUM 2017.

Di ASEAN ELITE FORUM 2017 juga saya salah seorang Ikon Usahawan Muda yang akan bercakap kepada Ahli Kelab Elit 'NANYANG 50' ini berkaitan peluang-peluang perniagaan ASEAN dan juga 'Keusahawanan Sosial' (supaya Usahawan Muda Hebat ini tidak lupa diri dan menyumbang kembali kepada masyarakat).

Dan sudah pastinya saya dengan begitu berbangga akan mempromosi Malaysia dan membawa nama Malaysia melalui kepakaran yang saya ada di mata dunia.

PakTurk Businessmen Association (PBTA).

Melalui jaringan Malaysian Turkish Chamber of Commerce and Industry (MTCCI) pula, bersama dengan PakTurk Businessmen Association (PTBA) akan diadakan lawatan bersejarah PTBA ke Malaysia untuk melihat peluang dan ruang kerjasama perniagaan antara market Pakistan - Malaysia -Turki - ASEAN.

Dan PTBA ini bukan calang-calang Dewan Perniagaan dari Pakistan  yang memiliki pelbagai cabang perniagaan dalam Modern High Tech Agriculture, Heavy Machines, Food and Beverages dan juga memiliki business Public Transportation lebih 200 buah bas canggih setaraf bas yang dimiliki Rapid KL di Pakistan. Dan mereka akan adakan lawatan rasmi di Malaysia hujung bulan September ini.

ASEAN Youthpreneur Community (AYPC) dan PT ASEAN Continent.

Tidak dilupakan dengan saudara dan sahabat paling dekat Malaysia iaitu Indonesia, dengan market yang begitu 'seksi' lebih 250 juta penduduk sudah tiba masanya usahawan Malaysia benar-benar serius berkolaborasi dan betul-betul berusaha memasuki pasaran Indonesia. 'Kuasa beli' mereka sangat hebat bayangkan di Ibukota Jakarta sahaja populasi seramai 30 juta manusia.

Maklumat tidak rasmi yang saya dapat pula dikatakan golongan atasan elite yang terdiri dari golongan kaya dan jutawan USD di Indonesia adalah dalam anggaran kasar 10% dari populasi rakyat Indonesia seramai 250 juta! Bermakna orang kaya dan atasan di kalangan rakyat Indonesia seramai 25 Juta menghampiri jumlah keseluruhan rakyat Malaysia!

Melalui organisasi di bawah pimpinan saya sendiri ASEAN Youthpreneur Community dan PT ASEAN Continent yang mempunyai HQ di Jakarta dipimpin oleh partner business saya saudara Zairul Annuar (juga merupakan Secretary General AYPC) telah menggerakkan dan membuka jaringan niaga yang sangat kukuh dan besar di Indonesia sehinggakan beliau sendiri telah menetap dan berumah tangga di Jakarta (beliau adalah rakyat Malaysia).

Dan yang menariknya bersama dengan Tuan Zairul Annuar juga kami sama-sama membangunkan Syarikat Denex Sdn Bhd yang berpengkalan di Malaysia yang memberi fokus kepada business logistik, pengangkutan kargo buat usahawan untuk tujuan import, export international trading ke seluruh dunia.

Kesimpulan dan Rasa syukur.

Segala Puji bagi Allah swt memberikan rezeki, peluang dan kekuatan untuk memperjuangkan semua ini dan saya yakin dengan Izin Allah semua usaha ini InsyaAllah berjaya.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Mohon doa sahabat-sahabat agar usaha dan perjuangan ini dirahmati dan diberkati Allah swt. Aamiin Ya Allah.

Kawan Hebat vs Kawan Tak Hebat.

Friday 2 September 2016

Mempunyai sahabat-sahabat yang hebat adalah suatu kelebihan. Namun punyai kawan-kawan yang tidak hebat bukanlah suatu kekurangan.

Kadang kala kawan-kawan yang dikatakan    tak hebat inilah yang benar-benar menyanjungi kita, menyayangi kita dan benar-benar ikhlas ingin bersahabat dengan kita.

Namun jangan pula anda rasa rendah diri atau rendah hati dengan kawan-kawan yang hebat ini. Janganlah pula meremehkan kawan-kawan yang kelihatan tidak hebat ini.Yang kita lihat biasa-biasa.

Tiada manusia yang sempurna. Bukanlah kerana dia hebat maka dia seorang yang mulia di sisi Tuhan.Belum tentu. Yang kelihatan tidak hebat itu mungkin punyai hati nurani yang sangat suci dan ikhlas.

Tonjolkan sisi kekuatan kita, positifkan minda kita setiap masa, walaupun kita rasa kita tidaklah sehebat mana, akan tetap ada kawan-kawan yang pandang kita hebat dari dekat mahu pun dari jauh jika kita sentiasa berminda positif dengan ingatan yang senantiasa berpusat pada Allah dan kekasih-Nya Rasulullah.

Yang paling penting, kita sendiri tahu di mana kehebatan kita. Kehebatan kita sebenarnya, neracanya adalah kehebatan kita mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya di kala makhluk Allah lain nampak mahu pun tidak nampak.Sama ada di waktu siang mahu pun dalam gelap gelita...

Itulah namanya IKHLAS...

"Good Governance" Zaman Nabi Daud dan Nabi Sulaiman.

Dalam Surah Al-Anbiyaa' ayat 79 yang saya baca tadi ada menyebut dengan maksudnya:

" maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum..."

Menurut riwayat Ibnu Abbas ayat itu mengenai, bagaimana Nabi Sulaiman memberikan solution yang lebih baik berbanding ayah baginda Nabi Daud berkaitan masalah berkaitan   pertelingkahan antara Pemilik Kambing dan Pemilik Tanaman.

Allah S.W.T mengiktiraf tentang konsep "Good Governance" yang diamalkan dalam pemerintahan Kerajaan Nabi Daud dan konsep penambahbaikan dalam membuat keputusan dalam isu yang berkaitan masalah negara. Ada "comparison judgement" berkaitan dengan dua keputusan hebat Si Raja dan anaknya.

Dua-dua mempunyai pendapat yang betul tetapi Si Ayah (Nabi Daud) atau pemimpin yang senior sedia mendengar dan memperakui pendapat orang lebih muda yang lebih tepat dan strategis. Tiada isu egoisme di sini. Yang ada hanyalah hujah atau "reasoning method"  yang lebih kuat dan rasional diterima. Tidak timbul isu siapa dahulu makan garam atau kemudian di sini.

Mengkaji kisah empayar Nabi Daud dan Nabi Sulaiman bersandarkan Al-Quran sangat mengujakan dan mengasyikkan. Nanti nak hurai pula isu berkaitan teknologi , sains yang lebih hebat di zaman dahulu kala beribu tahun di belakang kita terutama di Zaman Nabi Sulaiman. Kita berbangga dengan teknologi moden kita sedangkan teknologi zaman dahulu lebih hebat dan kita sampai sekarang tidak mampu merungkainya.

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger