Kenangan Nostalgia Lama Ketika Menjadi Mahasiswa.

Ketika saya belajar di universiti menghadapi Degree Law tahun kedua (2004), saya mula membina jaringan antarabangsa dengan menganjurkan program Asean dan hidupkan organisasi pelajar gabungan negara Asean dan antarabangsa.

Selepas graduated, saya bekerja government sekejap (tetap berpencen bersara awal), swasta sekejap, buka legal firm sekejap sambil jadi motivator, sambil berbisnes part time sampailah buat pelbagai bisness full time.

Kalau bab cerita nak buat business (ketika zaman kemelesetan ekonomi Zaman PM Pak Lah dulu) boleh buat satu buku khas sebagai jurujual atau nama sedapnya 'Pegawai Pemasaran" bermacam-macam produk dan servis saya jual dari pelbagai produk MLM, Vacuum Cleaner, Insurans, Unit Trust, Program Motivasi, Hartanah, Personal Loans, Kertas A4 , Gym Membership dan macam-macamlah pengalaman menjual di stesen minyak, kedai makan, tepi jalan, rumah ke rumah.

Setelah berbelas tahun kemudiannya rakan-rakan Asean dan oversea ini menjadi jutawan korporat, usahawan, ceo, ahli politik, Setpol Menteri di negara masing-masing.

Yang di Malaysia jangan cakaplah sebab network alumni Sekolah Berasrama Penuh (SBP) saya, Malay College Old Boys Association (MCOBA) saya sendiri pun sudah cukup kuat dan mantap untuk sebarang jaringan politik, NGO, korporat mahupun business.

Saya juga ketika zaman mahasiswa aktif membuat program motivasi dan training kepada pelajar sekolah sebagai persediaan awal mereka ke universiti sambil menantikan result SPM dan STPM. Dapat jodoh pun  dari kalangan anak buah dari program lepasan baharu tamat SPM untuk persediaan ke universiti.

Sekarang anak-anak buah (dari program training dan motivasi) ini ramai yang jadi pemimpin masyarakat, PTD, usahawan, tokoh korporat dan tokoh NGO. Senior-senior sekolah dan universiti pula ramai men jadi orang-orang besar di sector korporat, GLC dan jadi Pak Menteri pun ada.

Saya membuat keputusan tepat ketika zaman mahasiswa memilih berfikiran non - partisan, tidak suka didoktrin secara taksub mana-mana aliran pemikiran politik mahu pun aliran agama tertentu dan sangat tidak minat kepada aktiviti politik kepartian partisan (kerana waktu itu program politik partisan domestik terlalu berbunyi kemarahan, benci, mengutuk dan sangat tension).

Zaman saya sebagai mahasiswa yang aktif beri motivasi dan jadi motivator program, saya dikenali sebagai 'abang motivator' yang suka senyum, cakap positif, suka berjenaka ketika beri motivasi dan sudah pasti pendekatan politik partisan waktu itu sangat jauh dari fitrah character jiwa saya.

Saya juga terpilih menjadi EXCO Kebajikan Persatuan Pelajar Undang-Undang waktu itu dan dengan jawatan itu saya memilih untuk buat kebajikan beramal sambil berbisnes di kampus supply buku-buku teks secara pukal dari publisher sebagai solusi kepada mahasiswa junior terutama yang perempuan yang tidak berani pergi jauh-jauh dari kampus untuk cari buku teks yang hanya ada di kedai buku di Kuala Lumpur (kampus kami di Shah Alam).

Saya juga ambil job part time ketika cuti semester sebagai motivator atau fasilitator program training motivasi waktu itu dapatlah bergulung sijil penghargaan dan sedikit wang saku.

Bersama Organisasi Majlis Belia Malaysia pula, saya diberi peluang mewakili Malaysia untuk pelbagai  events antarabangsa antaranya ada peserta USA, Rusia, Jepun dan  Europe.

Setelah berbelas tahun lebih berlalu, semua aktiviti membina jaringan ini hikmah dan metaforanya seperti menanam benih Pohon Durian. Sekarang adalah masa untuk memetik hasil menanam 'Benih Durian' itu tadi.

'Dari NETWORK akan jadi BUSINESS, dan dari BUSINESS akan jadi DUIT dan dari DUIT akan jadi PAHALA, dan dari PAHALA kita akan masuk SYURGA'.

Aamiin Ya Allah. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger