Malaysia dan 5 Koridor Ekonomi!

Saya semenjak dua menjak ini banyak buat research dan jadi jurucakap tak bergaji dan tak rasmi buat negara  berkaitan peluang investment di Malaysia kepada ramai sahabat-sahabat oversea dari Turkey, Arab Saudi, China , Filipina, Singapore dan Indonesia. Dari Eropah pula berpeluang bertemu dengan potential investor dari Hungary.

Dengan bangganya saya beritahu mereka bahawa Malaysia adalah negara terbaik di ASEAN untuk datang melabur dan membangunkan perniagaan. Antara sebabnya adalah kerana:-

1. Kekuatan Ekonomi.

2. Polisi Kerajaan yang supportif.

3. Developed Infrastructure.

4. Workforce yang educated.

5. Suasana perniagaan yang Vibrant.

6. A heaven for companies yang telah
menarik lebih 5000 foreigb companies dari lebih 40 bush negara.

7. Malaysia ada 5 Koridor Ekonomi yang power!

Ini pula nilai 5 Koridor Ekonomi yang ada di Malaysia.

1. Iskandar Malaysia(IRDA - RM105 Billion.

2. Koridor Utara(NCER) - RM177 Billion.

3. East Cost(ECER)- RM112 Billion.

4. Sabah(SDC)- RM105 Billion.

5. Sarawak(SCORE)- RM334 Billion.

Total = RM840 Billion.

6 Kesimpulan.

1. Sebagai rakyat kita harus bersyukur dilahirkan di bumi yang bertuah ini. Atas faktor inilah juga rasanya kuasa-kuasa ekonomi dunia sangat berminat dalam membentuk kerjasama dengan Malaysia dari aspek kerjasama Geo-Ekonomi mahupun Geo-Politik.

2. Dan yang paling penting pembangunan ekonomi ini harus holistik. Negara kaya harus di manifestasikan dengan pembangunan ekonomi marhaen dan rakyat bawahan juga.

3. Adakah segala kenaikan kos sara hidup, pengangkutan dan makanan ini dikaji sedalamnya oleh pihak berkuasa kesannya kepada rakyat?

4. Apakah pula impak pembangunan seluruh Malaysia ini memberi kesan kepada mikro ekonomi, Usahawan level dan rakyat jelata dari aspek kewangan personal dan lapisan bawahan di peringkat keluarga?

5. Bagaimanakah institusi zakat, wakaf dan perbankan patuh syariah dapat dibangunkan membantu kekuatan ekonomi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam?

6. Perniagaan, kekayaan dan keuntungan pelaburan bukan semata-mata untuk tujuan material zahir semata-mata. Ianya melibatkan pembangunan spiritual, budaya baik, dan dalaman nurani masyarakat dan rakyat tidak kira yang majoriti mahupun minoriti.

Effendy Zulkifly
-ASEAN Youthpreneur Community(AYPC)
-ASEAN Changemaker Community(ACC)
-ZK Dinamik (M) Sdn Bhd
-Denarmeq Group of Companies

Website: aseanchangemaker.org

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger