Bersahabat kerna Allah jua...

Bersahabat kerana Allah jua...

Dua orang anak muda yang hebat, masih bujang, umur dah hampir cecah 30-an. Yang pakai cincin tu namanya Faiz Ali , mempunyai Master dari universiti di Turkey dan merupakan Entrepreneur hebat level international. Pengerusi International Platform of Young Entrepreneurs base di Istanbul Turkey. Office beliau betul-betul depan Hotel Hilton di Istanbul Turkey dan ada 13 staffs. Beliau sangat fasih Berna has a Turki. Kami banyak nostalgia sebagai aktivis pelajar zaman-zaman mahasiswa dulu.

Sorang lagi pula namanya Wasif Wan , anak kepada Mantan KP JAKIM. Master dari UM dalam Islamic Studies. Eksekutif Dakwah di World Assembly of Muslim youth (WAMY) base di Bangi Malaysia. Fasih berbahasa arab dan seorang thinker hebat. Saya kenal rapat mereka sejak zaman student dan mengenali keluarga mereka. Mereka inilah sahabat yang boleh saya kategorikan sahabat dunia akhirat.

Jika saya perempuan memang saya dah pinang untuk diri saya kerana mereka ini Masya Allah saya yakin lelaki soleh yang cukup hebat, tinggi ilmu dan tinggi budi bahasa.

Bersyukur saya ada sahabat seperti mereka. Semoga kami menjadi insan yang dicemburui oleh para Anbiya dan syuhada di akhirat kerana ikatan persahabatan yang diikat kerana Cinta pada Allah walaupun kami ini bukan bersaudara dan tiada ikatan pertalian darah.

Rasulullah S.A.W menyatakan ketinggian golongan yang berkasih-sayang kerana Allah S.W.T melalui Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Malik al-Asy'ari yang bermaksud:

Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan daripada golongan Anbiya' dan bukan juga daripada golongan Syuhada'. Mereka dicemburui oleh para Anbiya' dan Syuhada' kerana ketinggian dan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya:

"Wahai Rasulullah,bagitahulah kami siapakah mereka itu ?" Rasulullah S.A.W bersabda: "Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda.

Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka beradadi atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih."

#sahabat #ikhlas #keranaAllah #Rasulullah #hadis

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger