Breakfast meeting bersama Tokoh Usahawan Negara dan Tokoh Pemikir Negara.

Datuk Wira Jamaludin(berkemeja merah) dan  Datuk Jaafar Abdul Rahim(berkemeja putih) adalah adik beradik hebat merupakan mentor-mentor saya yang banyak membimbing saya dalam membentuk character keusahawanan dan kepemimpinan sejak lebih 10 tahun yang lepas.

Datuk Wira Haji Jamaludin.

Datuk Wira Haji Jamaludin adalah Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia dan juga YDP Persatuan Kontraktor Melayu Perak. Seorang Jutawan yang bermula dari bawah sehingga mencapai tahap mempunyai rangkaian perniagaan perhotelan, pembinaan, perladangan, money changer dan pembangunan hartanah seluruh dunia. Orangnya humble, banyak bersedekah dan boleh makan di mana sahaja dan sentiasa berkongsi ilmu usahawan dengan anak muda seperti saya.

Datuk Jaafar Abdul Rahim.

Datuk Jaafar Rahim pula adalah Tokoh Pemikir Kreatif Tahap Dunia setaraf Edward De Bono dan juga banyak berjasa kepada Dewan Bahasa Pustaka. Buku-buku Datuk Jaafar sehingga tahun 2000 mencecah 20 buah ribu buku! Datuk Jaafar Rahim menyambut hari lahirnya hari ini yang ke-65 tahun. Beliau menerima banyak anugerah Tokoh Pemikir di peringkat negara dan antarabangsa. Malahan pemikiran beliau telah dikupas dalam seminar oleh tokoh-tokoh akademik negara anjuran Dewan Bahasa Pustaka.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger