RECAP PENCAPAIAN TAHUN 2015.


Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Boleh saya katakan apa yang saya targetkan pada tahun 2015 telah 80% achieved. Terutama dalam aspek keusahawanan dan jaringan Networking Antarabangsa yang dibentuk.

Sepanjang 2015 kami menyertai lebih 20 program keusahawanan peringkat antarabangsa, menganjurkan 1 program peringkat nasional. Menganjurkan 3 program keusahawan peringkat ASEAN.

Berpeluang memberi ceramah keusahawanan di pelbagai negara-negara ASEAN seperti Brunei, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia. Juga mempunyai para peserta yang mendengar ceramah keusahawanan saya dari negara-negara maju seperti USA, UK, GERMAN, JAPAN, TURKI dari perspektif peluang niaga di ASEAN.

Juga menyertai dua expo antarabangsa di China. Di program bersempena ASEAN Summit 2015 di Kuala Lumpur baru-baru ini saya dapat pass masuk ke semua acara melibatkan Obama, dan pemimpin-pemimpin antarabangsa dan ASEAN.

Saya juga jadi speaker antarabangsa memperkenal Malaysia sebagai tempat terbaik untuk business di ASEAN kepada investors antarabangsa di 1Asean Entrepreneurship Summit 2015.

Jemputan ceramah keusahawanan sosial juga di Malaysia juga saya dapat cukup banyak sehingga terpaksa menolak sebahagian jemputan. Di UKM saya juga speaker untuk program ASIAN University Summit 2015.

Juga menjadi speaker untuk topik 'Keusahawanan Sosial Untuk Belia'  Konvensyen Belia Kebangsaan 2015 yang dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia yang selama ini saya hanya mengikutinya sebagai peserta dan mengkagumi barisan speakers yang terpilih di atas pentas. Seperti dalam mimpi, saya pula naik ke Pentas Konvensyen Belia Kebangsaan 2015 sebagai speaker. MasyaAllah!

Juga berpeluang membuat networking keusahawanan dengan kedutaan-kedutaan luar negara yang ada di Malaysia dari negara Hungary, Finland, Argentina, Italy, dan beberapa negara Afrika.

Company Travel Agency saya yang baru ditubuhkan berpusat di Kota Bandung bersama rakan bisnes hebat saya yang berasal dari Bandung Pak Ahmad Zahir juga telah mula menarik perhatian klien-klien baru.

Saya juga telah dilantik sebagai Deputy Secretary General di organisasi Malaysian Turkish Chamber and Commerce and Industry (MTCCI) yang jaringannya di seluruh dunia terutamanya di Eropah.

Bersama Tuan Zairul Annuar yang isterinya orang Jakarta kami melebarkan sayap bisnes trading produk bahan-bahan makanan dan bisnes advertising ke negara Arab, Indonesia, Turki, China dan Thailand telah mula mendapat permintaan yang besar untuk international trading dan cross-country advertising consultation.

Syukur segala puji kepada Allah swt dan rasa kecintaan kepada junjungan Rasulullah saw. Terima kasih kepada ibubapa kandung dan mertua saya,guru-guru dan mentor-mentor saya, isteri saya yang support 200% ketika susah mahupun senang, ahli keluarga, rakan-rakan dan semua yang mengenali Allah.

Mohon maaf jika ada salah dan silap dan moga kita sentiasa dalam Rahmat dan Redho Allah. Dalam ujian susah ada ujian kesenangan kemudiannya dan dalam ujian kesenangan juga ada ujian kesusahan kemudiannya.

Segala ujian itu dari Allah supaya kita lebih banyak doa dan lebih dekat dengan-Nya. Allah swt mahu dengar rintihan kita sebagai satu cara kita lebih bersyukur dan tawaduk. Kita pohon pada Allah Yang Maha Kuasa memberikan yang terbaik buat kita dunia dan akhirat.

Salam Tahun Baru 2016!

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger