Keusahawanan, Melayu dan Islam.

Kesedaran untuk berniaga sangat lemah di kalangan masyarakat bumiputera terutamanya di kalangan bangsa Melayu.

Padahal dalam sirah Kehidupan Rasulullah dan para sahabat kehidupan sebagai usahawan adalah tidak asing bagi mereka.

Rasulullah diriwayatkan memulakan perniagaan seawal usia 12 tahun mengikut pakcik baginda ke pasar-pasar antarabangsa di Tanah Arab waktu itu berniaga.

Kepakaran Rasulullah dalam berniaga diiktiraf oleh Saidatina Khodijah jutawan wanita hebat di Tanah Arab waktu itu yang melantik Rasulullah sebagai CEO menguruskan perniagaannya.

Rasulullah ternyata hebat berniaga dengan berpaksikan nilai KEJUJURAN dan seluruh masyarakat mengenali Rasulullah dan suka berurusniaga dengan baginda. Saidina Abdul Rahman bin Auf juga hebat dalam perniagaan sehinggakan perniagaan golongan Yahudi terjejas teruk di Madinah. Banyak juga riwayat menunjukkan para sahabat di kalangan Khulafa Ar Rasyidin juga terdiri di kalangan orang kaya kerana boleh membebaskan ribuan hamba dan bersedekah unta-unta dan kuda-kuda untuk Jihad Fi Sabilillah.

Di manakah silapnya umat Islam Melayu di Malaysia yang kurang menguasai perniagaan di Malaysia ini? Mengapa mak ayah tidak mendedahkan dan menggalakkan anak-anak mereka dengan keusahawanan? Saya lihat faktor sejarah penjajahan juga memberi kesan psikologi dan mental berzaman lamanya.

Kepada sahabat-sahabat saya generasi X dan Y. Didiklah anak-anak anda dengan nilai-nilai keusahawanan. Kita tidak mampu mengubah dogma pemikiran lama mak dan ayah kita yang ramai di kalangan mereka kelihatan seperti "anti" , "fobia" , "gerun"  dengan keinginan anak-anak mereka yang ingin jadi usahawan. Tetapi kita mampu membentuk pemikiran baru generasi akan datang melalui sikap kemandirian melalui jalan keusahawanan.

P.S:- Posting ini ditulis spontan untuk pemanas tangan dan badan bagi penulisan kertas kerja akademik yang berkaitan dengan isu yang sama untuk persiapan beberapa program pertemuan dengan usahawan-usahawan level ASEAN dan pembentangan di seminar-seminar keusahawan tahun 2016

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger