Trend meraikan anak-anak yatim yang perlu penambahbaikan!

Monday 14 July 2014


Sambutan untuk anak-anak yatim pastikan mereka anak-anak yatim yang dimuliakan. Makanan untuk mereka perlulah dihidangkan kepada mereka dengan penuh penghormatan dan kemuliaan. Tak perlu ada sambutan khas VIP semua tu untuk tetamu jemputan di kalangan mereka yang bukan anak-anak yatim sebab dalam majlis yang dibuat setahun sekali bersempena Ramadhan itu yang menjadi VVIP adalah anak-anak yatim.

Kadang kala kita tidak sedar. Kita sebenarnya tanpa sedar hanya mempergunakan ana-anak yatim untuk "projek-projek amal" kita sehingakan kita terabai perasaan mereka. Elakkan sehingga berlakunya anak-anak yatim yang hadir beratur panjang, bersesak-sesak untuk mendapat tempat duduk dan makanan sedangkan tetamu yang bukan anak yatim pula dilayan dengan penuh penghormatan dan mewah.

P.S:- Rasulullah s.a.w pernah menjadi anak yatim dan Rasulullah sendiri sangat memuliakan anak-anak yatim...

Kuasa Duit Yang Membinasa.



"Kuasa Duit" boleh membeli sesiapa sahaja tidak kira ustaz,ulama, pemimpin negara dan golongan intelektual. Sebab itulah sejarah menunjukkan penjajahan mana-mana negara oleh kuasa asing melalui faktor ekonomi dan politik berpunca dari pemimpin negara yang mengeluarkan polisi yang pelik-pelik mengikut arahan kuasa asing. 

Ulama yang dikatakan beraliran moden juga sanggup mengeluarkan fatwa yang pelik seperti menyokong riba, menghapuskan sistem pengajian tradisi Islam yang terbukti berkesan mengekang budaya materialisme barat.

Secara peribadinya saya tidak bersetuju dan hairan dengan pendekatan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha dan Jamaluddin Al-Afghani perlulah dikaji kembali latar belakang mereka yang sangat rapat dengan penjajah British dan banyak mengeluarkan fatwa kontroversi . Nama mereka ini tercatat dalam buku sejarah sekolah menengah di Malaysia dan adakah mereka ini selayaknya dijadikan contoh tokoh pembaharuan?

Ulama aliran tradisi di pondok-pondok yang masih berpegang dengan pembawaan kesufian dan penekanan tasawuf saya lihat akan jadi benteng pertahanan terampuh dan kental untuk menahan asakan budaya materialisme barat. Namun sistem tradisi yang hebat itu tidak ke mana jika pelajar-pelajar bijak dan hebat tidak dihantar mengaji di situ. Ramai yang memilih universiti sebagai tempat perkumpulan golongan bijaksana.

P.S:- Isu ini telah didiskusikan oleh saya pada 10 tahun yang lepas lagi. Diharap sistem aliran pondok tradisi dalam pengajian Islam terus menjadi benteng ampuh terakhir ummah di akhir zaman.

Bandar Suci Umat Islam.


Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah kawasan yang sangat dimuliakan oleh Islam. Mengapa penguasa kerajaan keluarga yang komited "menghapus bidaah" yang kaya lagi mewah yang mengawal Mekah dan Madinah kelihatan diam membisu sahaja berkaitan konflik Zionis Israel dan Palestin? 

Mungkin selepas peristiwa Baiah seorang "Pemimpin" di Kaabah nanti barulah kerajaan keluarga "penghapus bidaah" itu akan tersedar. Saat itu akan tiba jua dan kita umat Islam perlu bersiap sedia terutamanya melibatkan aspek kerohanian. Ketika itu dengan berzikir ingat Allah akan menjadi santapan perut yang kelaparan...

Teori Konspirasi...


Selesai membaca beberapa buah buku berkaitan teori konspirasi. Sejarah penguasaan bank-bank ke atas ekonomi negara menjadi asas utama mengikat tengkuk-tengkuk pemimpin negara untuk mengikut telunjuk "mereka". 

Jelas lagi bersuluh dana IMF adalah "senjata" ekonomi hebat menguasai sesebuah negara. Ramai juga yang menolak teori konspirasi sebagai sumber kajian yang sahih. Namun saya percaya tidak semua permasalahan politik dunia hanya bersifat tersurat. Yang tersirat juga harus dikaji dan dirungkai.

P.S:- Pinjaman International Monetary Fund (IMF) saya percaya adalah "alat" untuk menjerut leher pemimpin dan rakyat sesebuah negara. Jangan disokong pemimpin yang percaya IMF.

Bagaimana membina negara bangsa yang kuat?



..
Kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada pemimpin dan rakyatnya yang memiliki nilai-nilai tersebut:-

1)Kelakuan berjimat cermat.
2)Penguasaan ilmu pengetahuan.
3)Kemantapan akhlak yang mulia.

Nilai-nilai itu disebut sendiri oleh Pendeta Zaba. Sempena Ramadhan Kareem yang barokah ini. Kita hayati nilai-nilai ini.

P.S:-

Puasa bukan setakat menahan mata dan hawa nafsu sahaja. Namun Puasa di bulan Ramadhan juga menjadi kaedah untuk membersihkan "akal yang telah keruh dan kelam" selama sebelas bulan sebelum ini. Seterusnya moga peroleh Firasat Benar Mukmin yang menjadi senjata sulit berhadapan musuh-musuh yang nampak mahupun tidak.

Tazkirah dan Salam Ramadhan.

Monday 7 July 2014



Kekuatan sesebuah negara itu bergantung kepada pemimpin dan rakyatnya yang memiliki nilai-nilai tersebut:-

1)Kelakuan berjimat cermat.
2)Penguasaan ilmu pengetahuan.
3)Kemantapan akhlak yang mulia.

Nilai-nilai itu disebut sendiri oleh Pendeta Zaba. Sempena Ramadhan Kareem yang barokah ini. Kita hayati nilai-nilai ini. 

P.S:-

Puasa bukan setakat menahan mata dan hawa nafsu semata-mata. Namun Puasa di bulan Ramadhan juga menjadi kaedah untuk membersihkan "akal yang telah keruh dan kelam" selama sebelas bulan sebelum ini. Seterusnya moga peroleh Firasat Benar Mukmin yang menjadi senjata sulit berhadapan musuh-mush yang nampak mahupun tidak.

Cadangan-Cadangan Solusi Isu Pengemis dan Pemberi Sedekah. Sebarkan!


1. Memang wujud sindiket yang peralatkan anak-anak kecil, pelajar yatim tahfiz dan orang buta untuk meminta sedekah. Malahan ada yang menyamar buta dan cacat pun ada. Pihak penguasa perlu rajin dan agresif siasat dan tangkat para sindiket dan penipu ini.

2. Pendatang asing yang meminta sedekah. Bertindaklah ikut undang-undang.Minta IC atau pas lawatan. Jika tiada dokumen sah memang perlu ditangkap kerana undang-undang perlu ditegakkan. Kalau ambil contoh negara barat,jika kita minta sedekah di UK dan tiada passport atau pas lawatan memang pun kena tangkap.

3. Uruskan peminta sedekah yang benar-benar susah ini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kalau nak denda mereka, duit pun minta simpati orang macam mana nak denda mereka? Jika mereka tak mampu bayar nak penjarakan mereka wahai pemimpin?

4. Pihak yang ada autoriti boleh guna kuasa untuk "ambil" mereka letakkan tempat khas yang selamat, bersih, selesa dan siasat status mereka, beri kaunseling dan serahkan pada pegawai baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dibantu. Jika ada ahli keluarga hubungi ahli keluarga mereka dan tanya kenapa biarkan mereka merayau?

5. Isu Homeless? Jika ambil pendekatan Pihak Berkuasa Nevada City di USA. Mereka keluarkan permit untuk homeless people ni dapatkan untuk merayau-rayau di bandar. Dan mereka sediakan bangunan atau rumah atau tempat khas untuk homeless untuk tinggal sementara waktu dalam pantauan pihak berkuasa. Bagi saya siasat mereka dan bagi bantuan Baitulmal atau JKM jika perlu. Jika ada rekod jenayah perlu disiasat polis.

6. Budaya sedekah orang Malaysia bagus. Apa kata selepas ini sedekah dengan memberi makanan dan minuman kepada peminta sedekah.

7. Institusi masjid yang mengumpul duit berkepuk-kepuk jangan hanya simpa duit di masjid untuk hias masjid bagi lawa-lawa dan bayar ustaz-ustaz bagi ceramah politik atau agama sahaja. Usahakan cari orang-orang miskin di kariah masing-masing. Masjid kena progresif dalam keadaan zaman yang dikatakan ramai rakyat melayu murtad sebab terhutang budi dengan jasa gereja yang bantu orang miskin.

8. Institusi Baitulmal dan JKM perlu lebih mesra rakyat dan kurangkan birokrasi. Duit zakat jangan sibuk nak invest untuk bisnes ladanglah, pelaburan sahamlah (kalau adalah). Gunakanlah duit zakat untuk bantu asnaf miskin ini dan asnaf orang berhutang yang dibelit Ah Long kerana faktor yang benar-benar terdesak bukan sebab nak hidup gaya mewah.

9. Pihak berkuasa perlu kerja keras halang penyalahgunaan pusat tahfiz atau rumah penjagaan anak-anak yatim yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah sehingga larut malam di bandar-bandar dan stesen-stesen minyak.

10. Kempen media massa, new media ,media sosial, media cetak mahupun media elektronik perlulah berkaitan kesedaran membantu orang yang miskin, kesedaran membantu kanak-kanak teraniaya untuk minta sedekah dan sebaran maklumat kerja-kerja amal dan tempat untuk orang miskin yang boleh disumbangkan wang ataupun apa sahaja yang diperlukan.

P.S:-

Mungkin statement "pemimpin" itu disalah ertikan tetapi sepatutnya sebagai pemimpin negara anda perlulah keluarkan statement yang jelas dan tidak timbulkan salah faham dan bersifat generalization. Spesifikkan kategori peminta sedekah yang macam mana perlu diuruskan. Jangan guna ayat kasar seperti "ingin halau", "ingin tangkap", "ingin denda" kerana ianya berbunyi kasar dan berbentuk hukuman kepada golongan miskin dan susah itu. Kemiskinan itu sendiri sudah cukup menjadi hukuman berat buat mereka...

-Effendy Si Rakyat Marhaen -

Pemberi dan Peminta Sedekah perlu dikenakan tindakan undang-undang??

Thursday 3 July 2014


Kalaupun peminta sedekah itu bersalah sekalipun. Yang bersalah itu bukan SEMUA peminta sedekah. Kalau ingin juga ambil tindakan undang-undang ambillah tindakan kepada peminta sedekah yang bersalah dengan MENIPU sebagai penyamar peminta sedekah!

Namun pemberi sedekah itu dalam apa keadaan pun TIDAK BERSALAH! Apabila si pemberi memberi kepada peminta sedekah sebenar, mahupun peminta sedekah penipu dengan ikhlas, beliau tetap insan mulia yang akan mendapat pahala!

Mengapa hendak dikenakan tindakan undang-undang pemberi sedekah? Ajaran agama mana yang mengajar begitu? Jangan tunjuk kejahilan anda. Segala yang berkaitan agama rujuklah pada ahlinya dan jangan ikut akal semberono.

P.S:- Pemimpin yang jahil akan merosakkan negara!Pengikut yang jahil juga menjadi punca lahirnya pemimpin yang merosakkan negara!
 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger