Kuasa Duit Yang Membinasa.



"Kuasa Duit" boleh membeli sesiapa sahaja tidak kira ustaz,ulama, pemimpin negara dan golongan intelektual. Sebab itulah sejarah menunjukkan penjajahan mana-mana negara oleh kuasa asing melalui faktor ekonomi dan politik berpunca dari pemimpin negara yang mengeluarkan polisi yang pelik-pelik mengikut arahan kuasa asing. 

Ulama yang dikatakan beraliran moden juga sanggup mengeluarkan fatwa yang pelik seperti menyokong riba, menghapuskan sistem pengajian tradisi Islam yang terbukti berkesan mengekang budaya materialisme barat.

Secara peribadinya saya tidak bersetuju dan hairan dengan pendekatan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha dan Jamaluddin Al-Afghani perlulah dikaji kembali latar belakang mereka yang sangat rapat dengan penjajah British dan banyak mengeluarkan fatwa kontroversi . Nama mereka ini tercatat dalam buku sejarah sekolah menengah di Malaysia dan adakah mereka ini selayaknya dijadikan contoh tokoh pembaharuan?

Ulama aliran tradisi di pondok-pondok yang masih berpegang dengan pembawaan kesufian dan penekanan tasawuf saya lihat akan jadi benteng pertahanan terampuh dan kental untuk menahan asakan budaya materialisme barat. Namun sistem tradisi yang hebat itu tidak ke mana jika pelajar-pelajar bijak dan hebat tidak dihantar mengaji di situ. Ramai yang memilih universiti sebagai tempat perkumpulan golongan bijaksana.

P.S:- Isu ini telah didiskusikan oleh saya pada 10 tahun yang lepas lagi. Diharap sistem aliran pondok tradisi dalam pengajian Islam terus menjadi benteng ampuh terakhir ummah di akhir zaman.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger