KISAH AIR SOYA, TAUFU FA, ABANG PENJAJA KECIL DAN SAYA.

Setiap petang sebelum balik ke rumah akan beli Taufu Fa Manis dan Air Soya Panas dari seorang penjual tepi jalan di kawasan rumah saya di area Bangi.

Menariknya kisah peniaga jalanan ini harga jualan setiap produk makanan berasaskan soya beliau hanya RM1. Jika di tempat lain harga produk makanan yang sama dijual dalam RM1.50 hingga RM2. Tapi ini kawasan Bangi harga RM1 macam di kawasan kampung pula.

Saya selalu bergurau dengan beliau supaya harga ini kekal sekurangnya sehingga sepanjang tahun ini. Tapi beliau cakap InsyaAllah mahu kekalkan harga RM1 ini sampai-sampai bila.

Satu lagi kenapa saya beli dari beliau selain dari rasa yang enak, hangat dan manis, juga kerana beliau dipanggil sebagai 'ustaz' oleh customers yang lain. Bila masuk sahaja waktu solat, saya perhatikan beliau terus pergi surau dan tawakal sahaja tinggalkan sekejap bisnes beliau.

Saya yakin abang penjual ini orang yang soleh dan mesti ada  keberkahan atas produk makanan jualannya ini di samping harga yang sangat berpatutan.

Kesimpulannya.

Contoh yang baik dari abang penjual ini beri inspirasi kepada saya menjual itu juga satu cabang ibadah malahan sebagai cara kita berkhidmat meringankan dan memudahkan keperluan masyarakat.

Saya selalu doakan abang penjual yang soleh ini terus dimurahkan rezeki dan juga berdoa pada Allah satu hari nanti saya berpeluang berniaga dengan pendekatan beliau.

Mungkin saya akan berniaga restoran makanan dengan harga yang murah dengan separuh harga dari harga pasaran dan untung dibuat dengan keuntungan yang tidak menekan pelanggan.

Keuntungan yang sedikit dengan margin volume jualan yang besar masih dikira untung yang munasabah malahan InsyaAllah dapat keberkatan doa dari customers setiap masa seperti abang penjual soya dan taufu itu. InsyaAllah aamiin.

P.S:- Next time saya try ambil gambar beliau dan stall beliau jual soya dan taufu fa itu.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger