Atheist dan Agamawan. Perspektif saya.

Saya bagi definisi dulu. Atheist di sini yang saya maksudkan adalah mereka yang tidak mempercayai Tuhan dan percaya tanpa agama mereka boleh jadi baik, lebih baik. (Mereka juga boleh jadi lebih jahat dari orang jahat yang ada agama kerana mereka tidak takut dosa dan neraka).

Definisi Agamawan. Saya spesifikkan pada AGAMAWAN ISLAM. Ada pelbagai jenis agamawan ini. Agamawan ini bolehlah kita katakan orang yang faham agama, faqih agama, tahu mendalam ilmu agama dan ada autoriti ilmu berkaitan agama.

Ya, wahai kawan-kawanku yang jadi Atheist. Ada agamawan yang jumud dan rigid sebagaimana ada juga  Atheist yang jumud dan rigid kerana ianya timbul di permasalahan INTERPRETATION dan BACKGROUND agamawan itu.

Agamawan Islam di EUROPE, USA saya selalu lihat lebih berlembut dan santai berbanding segelintir Agamawan Islam di Pakistan, Tanah Arab mahupun Tanah Melayu yang kadang kala dilihat "keras" dan "tegas".

Ada Agamawan hari-hari bahas soal mazhab yang berbeza, dosa pahala, neraka syurga, hitam putih saja kerjanya. Lagi parah apabila ada agamawan jadikan agama untuk tujuan POLITIK PARTISAN sehingga keluar pendapat yang pelik-pelik kerana MESTI WAJIB TAAT pada pemimpin parti masing-masing.

Namun percayalah kawan-kawan Atheist sekalian. Agamawan Islam yang sungguh berhemah, yang suka berkasih sayang masih ramai. Agamawan yang mengkaji kaedah psikologi dakwah, agamawan yang sangat berhikmah cara Rasulullah masih ramai. Agamawan yang melihat mereka yang keliru, bingung, bengong,tongong  dengan pandangan rahmah, mahabbah dan kasih sayang masih ramai.

Agama Islam tidak pernah berkurang pengikutnya. Setiap saat, setiap hari bertambah pengikut Agama Islam.

Dan jika anda Atheist masih juga tak percaya dengan semua Agamawan ini. Ianya bukan salah Agama. Agama Islam tidak akan mati. Agama Islam adalah cahaya yang menyinar terang benderang seperti mentari sehingga Hari Kiamat. Saya yakin itu.(Mungkin pengikut agama lain juga sama pendapat untuk agama mereka seperti saya dan saya tidak meletakkan apa-apa penilaian pada mereka.)

Penutup kesimpulan:-

Ramai sahabat MUALAF (non-Muslim akhirnya memeluk Islam) berkata kepada saya.

"Jika saya lihat Islam pada pengikutnya dan orang Islam saya mungkin tidak peluk Islam. Tapi saya lihat indahnya Islam pada Teksnya (Quran) , Sirahnya (Kehidupan Rasulullah). Sebab itulah saya memeluk Islam.."

#Islam #Indah #Atheist #Cahaya #Mentari #Dakwah #Hikmah #Nur

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger