Pengalaman Di Indonesia Dan Pemimpin-Pemimpin Muda Mereka Yang Hebat!

Pengalaman saya di Indonesia baharu sahaja bermula 10 tahun lepas (menghadiri program pemimpin pelajar ASEAN di Cibubur, Jakarta pada tahun 2006) hingga kini. Saya harus akui saya belajar banyak perkara yang berkaitan idealisme, aktivisme dan intelektualisme dari Indonesia. Malahan sudah bermula membuat pelbagai jaringan business dengan partners business di Bandung dan Jakarta.

Jika ke Indonesia tokoh-tokoh politik yang mereka selalu sebut dan kagumi adalah Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim . Artis pula Siti Nurhaliza dan animasi Upin Ipin sangat disukai rakan-rakan Indonesia. Tempat percutian yang mereka sangat suka di Malaysia adalah KLCC (jasa Tun Dr Mahathir).

Budaya niaga, budaya intelektual adalah marvelous tahap superb. Sukar ketemu orang gemuk di Indonesia menandakan mereka ini mungkin kuat bekerja dan mungkin juga kerana faktor pemakanan yang sihat seperti jamu dan sebagainya.

Sistem pendidikan? Pelajar sekolah atau universiti mereka jika berbasiskan pengajian agama, mereka akan menekankan komunikasi sebagai sangat penting dan boleh bertutur Bahasa Arab dengan fasihnya di peringkat sekolah lagi. Di Malaysia dah tamat degree Bahasa Arab pun  kadang-kadang tak fasih bercakap Arab. Tapi kita johan baca Quran tapi tak faham maksudnya (saya di antaranya).

Pemimpin mahasiswa mereka pula perjuangkan isu-isu rakyat dan pihak universiti layan mereka sebagai orang dewasa yang bebas bersuara dan sangat vokal dan lantang menyuarakan hak-hak mahasiswa. Di Malaysia juga kelihatannya (secara umum) majoriti mahasiswa seperti 'agak tumpul' dalam menyuarakan pelbagai isu marhaen dan lebih prefer jadi ulat buku untuk pass exam sebagai satu keutamaan supaya boleh dapat kerja bagus, beli kereta dan boleh kawin dengan isteri atau suami idaman hati.

Pembangunan Infrastruktur? Negara mereka besar sangat-sangat jadi memang ada sesetengah kawasan yang ketinggalan. Tapi jika ambil keluasan negara kita. Pembangunan bandar-bandar di Indonesia lebih besar saiznya dari Negara Malaysia. Jakarta sahaja mencecah populasi hampir 30 Juta! Sama seperti Malaysia.

Di Jakarta di bawah Walikota Ahok (walikota itu adalah Datuk Bandar yang menang pilihanraya), Jakarta sangatlah maju malahan di sebuah shoppping complex namanya Pacific Indonesia yang besarnya semacam Mid Valley, siap ada showroom kereta mewah Mc Laren lagi. Dan setakat Mid Valley tu berlambak-lambak di Jakarta.

Dan Walikota Ahok sedang membangunkan sistem LRT. Sistem teksi mereka dari syarikat Taxi Bluebird (semuanya seragam Toyota Vios warna biru muda, recommended!) juga sangat bersih, friendly, tak memilih tempat destinasi dan berpatutan.

Manakala Walikota Bandung pula nama Pak Ridwan Kamil (didoakan beliau jadi Presiden Indonesia tak lama lagi) telah mengubah lanskap Kota Bandung kota percutian hebat level antarabangsa dengan mengubah pemikiran rakyatnya, pembangunan lanskap kota yang go green, develop kota ICT di Bandung malahan beliau telah diiktiraf sebagai Pengerusi Persatuan Smart Cities seluruh dunia bermula tahun 2015 sempena Asia Afrika Summit.

Saya mempunyai ramai sahabat-sahabat baik dari Indonesia yang saya yakin akan jadi pemimpin masa depan ASEAN , ASIA, OIC  dan peringkat dunia. Bayangkan. Mereka belum mencecah umur 40 tahun tapi jasa mereka dalam pembangunan masyarakat, perniagaan dan keilmuaan sudah capai taraf dijemput Barrack Obama personally (tak perlu lobi nak main golf), ada yang diiktiraf oleh Prince Charles dari England kerana jasa Social Enterprise. Dan ada juga diiktiraf sebagai Top 500 The Most Influence Muslim in the world (Bro Irfan AmaLee).

Saya tulis di sini sebahagian tokoh-tokoh anak muda hebat dan mereka ini level antarabangsa dan juga tahap Barrack Obama dan Prince Charles pun kenal mereka. Boleh google nama mereka dan Alhamdulillah saya kenal mereka secara personal. Goris Mustaqim , Irfan Amalee,
Gamal Albinsaid , Wempy Dyocta Koto , Muzakkir Djabir , Ahmad Zahir, Ranitya Nurlita , Achmad Syamsuddin , Gumilar Gugun , Nadya Pratiwi , Roy Darmawan , Ibu Trimumpuni dan ramai lagi.

Tapi kita di sini sibuk nak tahu anak artis pakai baju apa, sambut birthday di mana? Artis dah mengandung ke belum? Pengalaman saya di Indonesia, ramai yang saya temui ketika mereka masih bergelar mahasiswa mereka telah mampu menulis buku-buku ilmiah malahan telah membuat program networking antarabangsa yang sangat banyak.

Moga anak-anak muda pemimpin masa hadapan negara di Malaysia tidak leka dan alpa. Kita jangan ketinggalan. Biarlah Bola Sepak kita ketinggalan tapi janganlah budaya dan minda kita ketinggalan. Kita juga perlu hebat bukan sahaja di pentas nasional. Kita perlu beraksi dan bersuara di peringkat dunia dari awal lagi .

Moga apabila jadi pemimpin masa hadapan negara, kita jadi pemimpin negara yang dihormati dunia seperti Tun Razak, Tun Mahathir dan ramai lagi tokoh-tokoh negara yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia! Aamiin InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger