Paradigma seorang usahawan.

Mengurus perniagaan bukan seperti makan gaji bulan-bulan. Sebagai usahawan saya bekerja hampir 18 jam sehari. Saya jadikan usaha saya dalam perniagaan sebagai ibadah dengan niatkan kerana Allah s.w.t. Ramai yang melihat menjadi usahawan seolah-olah mereka yang tiada pilihan kerja makan gaji dan pilihan terakhir. Mak dan ayah juga takut bermenantukan mereka yang menceburi bidang usahawan.

Paradigma itu ingin saya tukarkan. Saya mulakan dengan diri saya, isteri dan anak supaya faham apa yang dibuat ini adalah langkah untuk majukan anak bangsa yang terlalu ketinggalan dalam usaha jihad ekonomi. Jangan dihirau kejian orang. Usahawan adalah kerja mulia, adalah sunnah nabi yang ada keberkatannya.

Pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dunia perniagaan. Kita berganding bahu, sedarkan anak bangsa dengan kisah perjuangan dalam perniagaan. Kegagalan (yang bermaksud akan berjaya) juga adalah satu resepi kejayaan yang harus dilalui. Jangan ambil kisah dengan orang yang pesimis dengan jalan perniagaan. Teruskan optimis dan percayalah umat Islam Melayu juga pandai berniaga jika diberi peluang dan kepercayaan!

-Effendy Al-Ampangi-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger