3 Generasi Melayu Yang Berbeza Selepas Zaman Merdeka.

Secara umumnya Generasi Awal Zaman Merdeka (lahir 1930 -1950) ramai bekerja sebagai petani kerana polisi 'divides and rules' oleh British dan sebahagiannya adalah aristokrat di kalangan golongan bangsawan dan ahli politik. Ramai orang melayu generasi ini tidak mahu duit disimpan di bank kerana tidak mahu involve dalam riba.

Generasi yang lahir 1950 -1970 pula ramai yang masuk universiti dengan biasiswa atau jika lepasan GCE(PMR) atau O-Level(SPM) pun mampu mengisi pelbagai kekosongan jawatan kerajaan mahupun swasta. Lepasan universiti selepas graduasi pula  syarikat-syarikat sendiri hantar surat offer tawar kerja.

Rumah juga masih murah ketika awal 1980 hingga 1990. Malahan tanah kosong di kawasan bandar di KL, di PJ dan Ampang masih banyak dijadikan rumah setinggan yang kemudiannya dengan bantuan orang politik diconvert jadi tanah halal dan kini harga tanah tersebut jadi sangat mahal.

Generasi Melayu lahir 1980-2000 inilah yang sekarang inilah menghadapi pelbagai tekanan hidup. Bagi mereka yang kuat menghafal buku, fokus pada silibus buku, akademik sebagai keutamaan beruntung dengan result SPM berderet A akan dapat biasiswa JPA.

Sambung degree pun dengan style skema ulat buku dan result seperti Datuk Ahmad Maslan dapatlah kerja kerajaan atau swasta makan gaji. Dan jika dilihat di sektor kerajaan ramai wanita kini sebagai ketua jabatan.

Biasiswa sudah semakin mengecil dan lepasan universiti semakin bertambah saban tahun. Biasiswa diganti dengan PTPTN. Rumah juga harga terlalu mahal berbanding nisbah gaji. Harga bahan asas makanan dan petrol sentiasa mencanak naik.

Bas, Komuter dan LRT pun tambang sentiasa naik. Ramai yang dah berkahwin akhirnya menumpang rumah ibu dan ayah. Dan bertuahlah mereka yang ada ibu dan ayah beli rumah di kawasan KL kerana peluang kerja banyak di bandar. Generasi ini jugalah dengan pelbagai tekanan hidup bila waktu pilihanraya paling ramai yang menyokong parti pembangkang kepada kerajaan hari ini.

Sebenarnya nak ceritakan mengenai generasi berniaga orang Melayu. Kerana peluang kerja makin mengecil, graduasi menganggur pun ramai akhirnya dari generasi yang lahir 1980- an inilah yang ramai ingin jadi usahawan. Bukan mudah untuk sukses dan berjaya kerana generasi 1980-an ini kadang kala tidak difahami oleh generasi awal bahawa peluang kerja tidak lagi seperti dulu.

Nak buat bisnes awal-awal akan dianggap akan menyusahkan mak bapa generasi awal yang sudah selesa dengan hidup makan gaji dan ramai berada di tangga gaji tertinggi dalam organisasi makan gaji masing-masing.

Generasi bangsa lain sudah dari awal mulakan perniagaan. Anak-anak yang masuk universiti dihantar dengan hasil bisnes dalam dan luar negara dan kemudian akan support business keluarga masing-masing.

Bagi saya sangat penting generasi 1980-an Melayu ini kolaborasi dengan sahabat berbangsa Cina yang terbukti sangat mahir berbisnes kerana faktor keturunan mereka yang sudah lama berniaga dan networking mereka yang sangat luas.

Ambil yang positif dan jadikan neraca halal di sisi agama sebagai panduan untuk beroleh berkah dan redho Ilahi.

P.S:- Ini baru mukadimmah. Ada sambungannya nanti. InsyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger