Mahasiswa, Futuristic Solutions, Future Cities dan Dunia masa depan!

Sejak saya zaman kanak-kanak lagi Allah sentiasa memberi saya pelbagai ilham yang sangat kreatif sehingga kini berkaitan dengan permasalahan dan solusi dunia di sekeliling saya.

Tahun 2015 yang lepas, bersama dengan Johnny Bong seorang mahasiswa hebat dari UKM, saya membantu beliau membuat pengisian satu Program Mahasiswa Peringkat Antarabangsa yang benar-benar membuka mata saya kepentingan kita "meramal penyelesaian masalah masa depan" sebagai solusi kepada permasalahan masa lepas dan masa kini.

Mereka ini terutamanya mahasiswa dari Singapore sangat proaktif dan banyak melontarkan persoalan yang bijak dan profesional padahal mereka ini kebanyakannya hanyalah merupakan mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama dan kedua di universiti!

Kami juga berdiskusi mengenai permasalahan dunia global yang dijangka berlaku 20 tahun dari sekarang seperti masalah pemanasan global, kebuluran dan banjir kilat dan apa yang kita boleh lakukan mulai sekarang dalam membuat kesedaran kepada masyarakat dan cadangan solusi!

Organisasi mahasiswa yang diketuai Johny Bong yang mewakili Mahasiswa UKM menjadi tuan rumah penganjur kepada acara "Asian Undergtaduates Summit 2015" mencari speakers yang boleh present isu-isu berkaitan "Food Security", "Global Warming" dan "Clean Water Issues" sebagai tema utama yang melibatkan mahasiswa dari National University of Singapore (NUS) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malangnya para profesor dan pensyarah yang ramai di UKM tak mampu luangkan masa bersama grup mahasiswa ini dengan pelbagai alasan yang munasabah mahupun tak munasabah. Adakah kerana program ini tidak glamour? Tiada liputan media dan bayaran sukarelawan menyebabkan mereka tak mampu luangkan masa?

Para Profesor tak boleh datang maka sayalah yang ambil alih kebanyakan slot di situ bersama-sama sahabat-sahabat seperti Anna Karina Jardin, OOex Shahiwan dan Dzulkarnain Taib. Saya kagum dengan Johny Bong atas ketabahan beliau meneruskan program tersebut.

Mahasiswa-mahasiswa ini membentangkan pelbagai isu-isu global dengan kaedah "Futuristic Solutions". Majoriti adalah mahasiswa Chinese. Adakah mahasiswa Melayu tidak cakna atau sibuk dengan politik domestik?

Sebenarnya bukannya nak cerita mengenai isu mahasiswa itu.

Setelah melihat hasil seni "Future Cities" oleh Rhys Morgan, director of engineering and education, the Royal Academy of Engineering in London, award-winning architects Arthur Mamou-Mani and Toby Burgess, dan  urbanist Linda Aitken.

Sangat mengujakan saya!

Inilah dunia masa hadapan!

Orang kampung atau orang asli berpeluang tangkap ikan di sungai dan bertani. Orang bandarlah yang sangat malang terutama yang bergaji paras miskin. Dengan tekanan hidup , tol dan kos sara hidup menyebabkan tekanan hidup di bandar sangat menyeksakan.

Future Cities dalam lakaran architects ini saya yakin dapat memberi penyelesaian masalah kepada orang bandar dan membantu menyelesaikan masalah Global Warming dan perlu difikirkan oleh pemimpin generasi masa hadapan!

P.S:- Nanti saya ulas lagi tentang kisah dunia masa hadapan ini.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger