Ziarah Usahawan Industri Asas Tani.

Baru-baru ini saya menziarahi sahabat usahawan saya, iaitu Bro Siswazah Prosper yang hampir 10 tahun menceburi bidang perniagaan di pasar borong untuk meninjau kawasan Pasar Borong di Pasar Kuala Lumpur dan Pasar Selayang. Sejujurnya first time saya ke situ kerana lokasi yang agak jauh dari rumah saya.

Kelihatan bangsa asing yang menguasai bidang penjualan di pasar borong ini. Saya lihat ramai rakyat Burma, Indonesia, Bangladesh yang menguasai tempat yang penting ini. Seolah-olah saya seperti berada di luar negara sebagai pelancong asing.

Malaysia sebuah negara yang mempunyai tanah yang subur tetapi masih mengimport bahan-bahan asas tani untuk sumber makanan rakyat Malaysia. Mengapa begitu jadinya?

Majoriti pekerja di pasar-pasar borong tersebut adalah warga asing dan majikan majoriti di kalangan rakyat Malaysia berbangsa Cina dan juga warga asing. Mengapa masyarakat Melayu kurang menceburi bidang industri ini?

Tahukah anda?

Semenjak krisis kewangan Asia pada tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon.

Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan kesan yang negatif terhadap perkembangan sektor pertanian negara.

Sektor pertanian dan industri asas tani perlu dimajukan berdasarkan semua aspek pengurusan rantaian bekalan atau supply chain management, iaitu dari peringkat pengeluaran benih, pengeluaran (production), pengendalian lepas tuai, penyimpanan, logistik, penggredan, pelabelan, pembungkusan, pengangkutan, peruncitan, pemborongan, pemasaran, penjenamaan (branding), pemerosesan sehingga dijual kepada pengguna (from farm to table).

Selain daripada pengeluaran pertanian, fokus masa hadapan perlu diberi kepada industri asas tani yang boleh disertai oleh industri kecil dan sederhana terutamanya dalam bidang-bidang tambah nilai (value added) yang baru.

Kesimpulannya.

Umat Islam perlu menguasai industri asas tani ini.Perniagaan dalam bidang ini kalis kejatuhan ekonomi kerana setiap orang perlukan makanan sebagai keperluan asas.

InsyaAllah jika berpeluang saya juga perlu memikirkan langkah terbaik menceburi bidang perniagaan dalam industri asas tani ini kerana ianya Fardhu Kifayah kepada Umat Islam. Sejak tahun 2003 lagi saya pernah memasang impian untuk melibatkan diri dalam industri ini.

Mungkin pertemuan saya dengan sahabat usahawan industri tani ini akan memberi peluang kepada saya menguasai bidang perniagaan yang sangat penting ini suatu hari nanti.

Nota kaki:- Bencana banjir di Pantai Timur pada pendapat saya memberi kesan yang sangat negatif kepada Industri Asas Tani di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger