Kita Boikot Yahudi Link Israel, Kita Bina Jenama Sendiri...


Apabila Israel mengebom bumi Gaza, ramai juga dari kalangan umat Islam ini yang tampil menunjukkan keprihatinan. Banyak postings di facebook personals mahupun pages yang menganjurkan boikot terhadap produk-produk Israel. Ia sangatlah dipuji tetapi sekadar promosikan boikot sahaja tidak mencukupi. Perlu juga promosikan alternatif barangan atau produk keperluan keluaran Umat Islam dengan agresif.

Jika kita perhalusi betul-betul, produk-produk keperluan masyarakat di sekeliling kita ini adalah dari dominasi keluaran syarikat-syarikat milik bangsa Yahudi. Ternyata perancangan perniagaan Yahudi mengambil kira semua aspek keadaan. Buktinya, jika umat Islam mahu boikot semua produk Yahudi, tentu kita menghadapi kesukaran memenuhi keperluan hidup kerana produk-produk Yahudi telah menjadi seakan-akan keperluan asas dalam hidup. Perlukah disebutkan jenamanya? Dari barangan komputer, lampin bayi, susu bayi, pakaian, tak mampu disenaraikan semuanya…

Bangsa Yahudi Link Israel telah lama membina dan mempromosi produk-produk mereka, membina reputasi, menguasai pasaran di seluruh dunia. Sehinggakan masyarakat dunia banyak bergantung kepada barangan keluaran mereka. Jikalau pun ada persaingan dari bangsa bukan Yahudi,  ianya tidak menonjol. Umat Islam pula walaupun sumber minyak berlegar majoritinya di negara umat Islam, kita masih menjadi pembeli majoriti bukan pengeluar majoriti.

Sebab itulah saya ambil peluang ini dengan kekuatan Syarikat Sdn Bhd saya sendiri untuk hasilkan produk keluaran umat Islam. Setakat ini syarikat saya telah mempunyai produk pakaian sendiri (baju sekolah, telekung, jubah, t-shirt, baju korporat), kelengkapan mencuci pakaian (sabun basuh,pewangi baju dan easy iron). Kami juga sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan sebuah kilang untuk rebranding biskut butter cookies untuk eksport ke Dubai.

Doakan projek Mega 2013 kami untuk menunaikan Fadhu Kifayah Ekonomi Umat Islam ini berjaya! Aminn...

-Dari Meja Putih Effendy Al-Ampangi-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger