Isu Mempertahankan Kalimah Allah.

Apabila semua perkara hendak dipolitikkan, akhirnya perkara fundamental terutama melibatkan akidah juga ingin dipolitikkan. Kenapa nak dikaitkan isu akidah dengan sikap partisan?

Anda hanyalah insan biasa yang bukan boleh baca hati dan niat orang. Ada pendapat ulama mengatakan kalimah Allah harus dipertahankan dan ada ulama yang dilihat liberal tentang kalimah Allah ini.

Salahkah saya memilih pendapat yang ingin mempertahankan kalimah Allah ini? Dan kebiasaan sebelum ini juga bersandarkan pendapat ulama terdahulu bahawa kalimah Allah ini harus dipertahankan dan tiada apa-apa masalah pun sebelum ini?

Isunya yang saya ingin timbulkan:-

1)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan merosakkan akidah umat Islam?

2)Adakah mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan ramai orang Islam murtad di Malaysia?

3)Adakah dengan mempertahankan kalimah Allah ini akan menyebabkan masyarakat Kristian tak boleh menjalankan upacara agama mereka selepas ini?

4)Adakah selepas ini perkataan seperti Masjid, zakat, solat, halal, baitulmal, nabi, rasul juga akan diminta oleh bukan Islam untuk digunakan dalam kitab-kitab mereka sebab kalimah Allah juga akan dinisbahkan banyak dengan perkataan tersebut. Pihak Kristian juga akan boleh minta nanti mereka juga bersolat di "Rumah Allah" mereka.

5)Ada tak badan-badan rasmi yang memikirkan secara tuntas dan jelas kesan-kesan yang berlaku jika kalimah Allah ini boleh digunakan oleh non-muslim dalam makalah atau upacara agama mereka?

6)Yang terakhir, apakah keuntungannya kepada non-muslim, dan orang Islam yang menyokong kalimah Allah ini digunakan? Apa yang mereka nak sebenarnya? Toleransi? Dakwah?

Mohon pencerahan daripada yang lebih arif...

-Effendy Al-Ampangi-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger