Minggu Pertama di usia 34 tahun bersama Dr Muhammadkhon dari Uzbekistan.

Hari pertama dan minggu pertama saya menyambut ulang tahun kelahiran saya bermula 20 September 2016 sehingga ke hari ini secara puratanya mesyuarat gerak kerja saya antara 4 hingga 5 meeting termasuk meeting jaringan antarabangsa saya melalui skype.

Isteri saya masih di kampung untuk menghabiskan tempoh berpantang 44 hari bersama ibu beliau. Saya memilih untuk mengoptimumkan masa saya untuk gerak kerja dan pelbagai urusan perniagaan.

Namun dalam masa yang sama saya terfikir juga urusan kerja dan bisnes ini tidak akan habis sampai bila-bila pun. Mengejar dunia ini semata-mata tanpa tujuan ibadah, semakin dikejar semakin ia lari. Jika kejar Akhirat, InsyaAllah dunia dan Akhirat kita akan perolehi.

Saya muhasabah diri saya kembali bahawa saya perlu kembali menguatkan jiwa dalaman, sentuhan rohani dengan mereka yang bila kita lihat, kita dekati akan buat jiwa ini dekat dengan rasa Ketuhanan yang mengingatkan kita bahawa tempat kembali adalah kepada Allah Robbul Jalil.

Saya memilih untuk memulakan kembali kelas pengajian agama secara sistematik dengan mentor dan guru agama saya kali ini dibawakan khas jauh dari Asia Tengah iaitu Bukhara, Uzbekistan tempat kelahirannya Imam Bukhori, Ibnu Sina, Al Khawarizmi dan lain-lain tokoh agama.

Nama beliau ialah Dr Muhammadkhon. Latar belakang  pendidikan beliau sangat impressive. Beliau mempunyai dua Ijazah BA dalam bidang agama. Master Degree dan PHD juga dalam bidang agama dan PHD dalam bidang Teologi dan Falsafah Islam.

Menariknya beliau seorang Tahfiz Quran juga, pakar Nahu dan Bahasa Arab. Beliau pernah belajar Bahasa Arab di Syria dan bertemu Syeikh Ramadhan Al Buti. Mempunyai kebolehan bertutur dan membaca dalam 7 Bahasa iaitu Bahasa Uzbekistan, Russia, Turki, Bahasa Arab, Parsi/Iran, English dan Bahasa Melayu.

Saya sangat sayang beliau sebagai abang saya dan ahli keluarga saya sendiri. Selalu menasihati saya mengenai perkara-perkara agama. Beliau tiada facebook.

Passion beliau adalah mengajar ilmu agama. Beliau baru tamat PHD di UKM dan sebenarnya mencari peluang menjadi tenaga pengajar di Malaysia. Beliau sedang menanti peluang dan tawaran mengajar di Malaysia.

Atas permintaan beliau, pada minggu yang lepas kami buat lawatan ziarah ke Bahagian Antarabangsa JAKIM, menziarahi beberapa IPTA dan beberapa Sekolah Agama atas permintaan beliau.

Saya juga  telah aturkan kelas pengajian beliau sebagai Ustaz Jemputan di sebuah sekolah Agama Antarabangsa di USJ iaitu Sekolah At Tamimi International School. Saya aturkan Kelas Pengajian Basic Usul Fiqh kepada Staff Pentadbiran sekolah tersebut dan saya juga jadi salah seorang pelajar.

Pagi Sabtu ini saya dan Dr Muhammadkhon akan menghadiri Ikhtifal Sekolah At Tamimi International School sebagai tetamu kehormat di program itu.

Kemudian kami akan ke Muzium Kesenian Islam untuk bertemu Syeikh Dr Mahmoud MrGlani untuk Program Bacaan Selawat dan Syarahan Dala'il Khayrat.

InsyaAllah ini adalah minggu terbaik buat permulaan usia 34 tahun saya. Alhamdulillah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger