THE MAGIC OF THINKING BIG!

Setiap hari network antarabangsa saya semakin berkembang. Ianya kini seperti air yang mengalir tanpa henti.  Petang tadi seorang trader usahawan hebat dari Nigeria pula bertemu saya membincangkan peluang kerjasama untuk trading antarabangsa.

Beliau inginkan produk lampin pakai buang baby (Drypers). Kata beliau di Nigeria sangat mahal harganya. Beliau ingin import dan seterusnya menjadi distributor di Nigeria. 1 kontena produk tersebut diperlukan dalam masa yang segera untuk permulaan.

Menariknya trader dari Nigeria ini saya kenal beliau adalah insan hebat yang juga merupakan lulusan PHD dari UKM dalam bidang Project Management dan juga seorang tahfiz Quran dan fasih berbahasa Arab.

Syukur kepada Allah swt, semakin hari dan waktu jaringan antarabangsa semakin berkembang. Malahan jaringan itu sebenarnya ada sebahagiannya jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia yang lain.

Tahun 2017 saya akan berusia 35 tahun dan ketika saya berusia 25 tahun (10 tahun lepas) lagi saya telah membuat 'Score Board @ Target Line' yang ingin saya kecapi secara detail mengikut hari, minggu, bulan dan tahun.

Mengikut timeline Score Board saya, ketika usia saya 35 tahun pada tahun 2017 saya akan melaksanakan misi penting bertahap antarabangsa dan mencapai segala impian dan harapan yang telah saya rancangkan. Saya YAKIN saya akan perolehinya dengan Izin ALLAH dalam doa saya saban hari!

KATA-KATA HIKMAH DARI DAVID J.SCHWARTZ, PHD SEBAGAI INSPIRASI.

David J. Schwartz, Ph.D dalam bukunya bertajuk 'The Magic of Thinking Big' menyebut punca kegagalan adalah kerana 'kekerdilan minda' dan takut berfikir besar merupakan 'penyakit' yang menyebabkan individu itu kekal di takuk lama dan seterusnya tidak dapat melahirkan potensi optimum yang diberikan Tuhan.

KEYAKINAN DIRI ITULAH 'KUNCI' KEJAYAAN.

Menjadi 'Orang Yang Berjaya' perlulah selalu diwujudkan persekitaran yang merangsang KEJAYAAN. Caranya ialah kita harus selalu bergaul dan meminta nasihat pada orang-orang yang berjaya. Elakkan orang-orang yang bersikap negatif, pastikan jiwa segar bugar dengan keyakinan diri yang kita pasti berjaya.

Kata beliau lagi, 'Hidup adalah singkat bagi dibazirkan dalam kekerdilan'.

Berfikirlah secara besar, maka kita akan dapat hidup sebagai orang besar. Kita akan hidup dalam suasana yang 'besar' , besar dari segi kebahagiaan, besar dari segi pencapaian, besar dari segi pendapatan, besar dari segi bilangan kawan dan besar dari segi rasa hormat orang lain pada diri kita.

P.S:- Buku bertajuk 'The Magic Of Thinking Big' by David J. Schwartz, Ph.D ini direkomendasikan oleh Guru Pemikiran Lateral, Kreatif dan Kritis saya iaitu Datuk Jaafar Abdul Rahim.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger