Anak Muda Zaman Sekarang, Perbandingan Dalam Dan Luar Negara.

Sepanjang pengalaman saya bertemu dengan ramai anak-anak muda bawah 30 tahun di seluruh dunia dan ASEAN khususnya setakat hari ini, saya rasa sangat khuatir dengan perkembangan anak-anak muda Malaysia. Mungkin saya ini ketinggalan info mengenai anak-anak muda di Malaysia.

Di luar negara, yang saya ketemu mereka ini sangatlah agresif membuat networking antarabangsa dengan pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti PBB, OIC dan ASEAN.

Minggu lepas saya bermesyuarat dengan Tokoh Korporat Anak Muda dari Philippines, Hong Kong dan USA. Ada daripada mereka itu sebelum umur 30 tahun sudah ada dalam senarai FORBES. Apabila membuat dealing business cukuplah matang malahan networking mereka lebih 20 negara.

Begitu juga dengan sahabat-sahabat anak muda di Indonesia. Pengalaman mereka bertemu dengan Presiden USA, Putera Istana di England, Sec Gen UN adalah sangat biasa bagi mereka. Organisasi mereka juga melibatkan liputan Global dan antarabangsa.

Bersyukur kepada Allah saya terpilih untuk sama-sama bersama mereka membangunkan gerak kerja Social Enterprise, Social Innovation dan pelbagai International Trading. Ada juga melantik saya sebagai Penasihat Kehormat untuk organisasi mereka ini yang ahlinya mencecah puluhan ribu orang.

Di Malaysia mungkin saya sendiri terlepas pandang. Adakah kerana sistem pendidikan kita yang agak lambat mematangkan pemikiran anak muda kita? Faktor didikan keluarga? Pelajar lepasan SPM kita jika tak ke universiti atau kolej apa mereka boleh buat?

Di luar negara terutama dari barat, di usia 18 tahun mereka yang saya temui telah mula mengembara ke seluruh dunia paling kurang sebagai Backpacker. Ramai juga seawal belasan tahun telah menulis buku, punyai syarikat dan business sendiri mahupun menggerakkan organisasi sosial mereka

Di Malaysia, mahasiswa perlu explore dunia antarabangsa sebaik mungkin. Jika minat politik dan aktiviti sosial buat network dengan jaringan antarabangsa. Elakkan politik partisan domestik yang terlalu dogmatik dan berada di takuk lama cara berfikir abah dan atuk kita dulu-dulu.

Dulu-dulu kalau masuk universiti, kerjaya di agensi swasta dan kerajaan sudah menanti. Harga barang dapur masih murah, harga rumah masih murah, petrol masih murah.

Zaman sekarang cuba compare living cost zaman abah, atuk dan zaman kita sekarang? Dulu zaman 60an, 70an adakah berita mahasiswa ratusan ribu menganggur? 

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger