Ahli Parlimen Belia - Harapan Rakyat Dan Negara!

Saya mengikut secara rapat  proses dan aktiviti kempen calon parlimen belia. Usaha mengenal pasti bakat kepemimpinan muda ini sangat bagus dan perlulah ada usaha yang berterusan untuk penambahan ilmu dan seterusnya belia-belia hebat yang telah terpilih itu dapat benar-benar berkhidmat dengan sistematik dan efektif kepada masyarakat awam umumnya dan belia khasnya.

Kajian menunjukkan ada kira-kira 11.6 juta belia di Malaysia tetapi yang mendaftar dengan pertubuhan belia hanya sepuluh peratus iaitu kira-kira sejuta orang dan di situlah cabaran yang harus disahut Ahli-Ahli Parlimen Belia yang telah terpilih itu.

Pada hemat saya tanggungjawab utama ahli-ahli Parlimen Belia ini adalah untuk menarik golongan belia ini supaya aktif, partisipasi dengan organisasi yang membawa gaya hidup positif dengan pelbagai persatuan belia terutamanya yang dinaungi oleh Majlis Belia Malaysia.

Syabas kepada mereka yang telah berjaya dipilih sebagai ahli Parlimen Belia dan sedarlah bahawa anda terpilih bukan untuk menjadi golongan "partisan parti politik" cantas mencantas atau mengejar glamour dan perhatian sana sini.

Sesungguhnya anda adalah harapan anak-anak muda dan belia yang sentiasa responsif kepada segala isu yang meningkatkan jati diri dan nilai hidup masyarakat terutamanya belia dan anda perlulah sentiasa bekerjasama dengan rakyat marhaen dan menjadi penghubung rapat dengan "Government of The Day".

P.S:- Saya menawarkan diri bekerjasama dengan mana-mana Ahli-ahli Parlimen Belia untuk melaksanakan pelbagai program yang positif dari aspek penjanaan idea, penambahbaikan dan perlaksanaan sistematik.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger