REVIEW TAHUN 2013.

Tahun 2013 ini adalah tahun paling mencabar dan sangat mengejutkan untuk diri saya sendiri. Tahun 2013 saya diberi peluang untuk lead beberapa organisasi besar yang saya anggap sebagai tanggungjawab dan amanah dari Allah buat saya untuk dilaksanakan sebaik mungkin. Allah memberi saya peluang dan ruang untuk pembangunan ummah melalui pendekatan pendidikan agama Islam dan juga melalui jalan keusahawanan. Setiap masa saya memikirkan apakah segala perancangan itu menjadi kenyataan. Anak yatim, warga emas, mereka yang ingin menuntut ilmu tahfiz adalah antara tanggungjawab saya kini melalui pelancaran Madrasah Integrasi Islam Malaysia (MIIM).

Tahun ini juga 3 program besar melibatkan menteri-menteri kabinet telah terlaksana melalui kertas kerja yang saya bentangkan. Untuk sampai ke tahap ini sebenarnya ianya ibarat mimpi bagi saya. Saya hanya insan biasa yang dulunya sudah biasa hidup susah, bersendirian dalam menggapai cita-cita. Kejian, makian dan perlian adalah biasa apabila diri ini cuba menzahirkan idealisme diri yang ada. Saya tidak ada ahli keluarga pun yang ada background sebagai usahawan dan semuanya makan gaji dan makan gaji secara konsisten di company besar atau stable dianggap sebagai lambang kejayaan hidup. Kadangkala keluarga tidak faham pun apa yang ingin saya lakukan melalui kerja-kerja sukarelawan dan kebajikan. Namun saya juga bertemu dengan sungguh ramai sahabat-sahabat yang cukup berbakat, hebat, sangat berpengetahuan tinggi dalam bidang masing-masing dan sama-sama ingin berbakti untuk pembangunan sosial demi kemajuan negara dan bangsa.

Saya juga sangat merindui suasana cintakan buku, ilmu, pengajian ilmiah agama dan intelek yang dulunya menjadi rutin harian yang mengujakan. Pembacaan buku begitu kurang tahun ini kerana hambatan masa dan saya perlukan pengurusan masa yang lebih efektif. Tahun ini adalah tahun saya meletakkan batu asas dalam segala perancangan di masa depan. Tahun depan adalah waktu untuk menuai hasil. Saya memilih pendekatan jalan keusahawanan korporat melalui "Social Entrepreneurship" yang diharapkan dapat membangkitkan kesedaran rakyat Malaysia terutamanya umat Melayu Islam supaya jangan terus ketinggalan dalam aspek perniagaan dan keusahawanan kerana ianya  adalah sunnah nabi Muhammad dan para sahabat juga ramai merupakan ahli korporat ketika di zaman Mekah dan Madinah.

Saidatina Khodijah isteri Rasulullah juga adalah ahli korporat dan Rasulullah pernah menjadi CEO menguruskan perniagaan Saidatina Khodijah di peringkat antarabangsa ketika zaman muda Rasulullah. Para sahabat juga biasa menderma beribu unta dan membebaskan beribu hamba yang menunjukkan kekuatan para sahabat sebagai ahli korporat zaman itu. Tapi kita masih ketinggalan dari aspek perniagaan dan korporat kerana rata-ratanya lebih berminat dengan perbalahan "politik partisan" yang dilihat seperti tiada akhirnya dan seperti ada pihak yang jadi "batu api" supaya umat Islam tidak bersatu dan terus hanyut dengan dilema polemik politik partisan di tanahair tercinta ini. Renung-renungkanlah dan selamat beramal...

-Effendy Al-Ampangi-
@ Bukit Sekilau,Kuantan
2.47 pagi
23 Oktober 2013

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger