Bila berniaga dipandang hina?


Itu adalah pandangan biasa di kalangan ibu bapa terutamanya di kalangan masyarakat melayu. Mengapa lihat risiko sahaja tidak melihat peluang?

Sejarah Islam dan Sejarah Bangsa Melayu di Kota Melaka  penuh dengan cerita hebat usahawan Melayu.

Nasihat saya, tak perlu jawab apa-apa. Buktikan dengan kejayaan. Pergilah bertanya kepada usahawan yang telah berjaya. Nescaya majoriti akan menjawab mereka telah biasa dihina, dikutuk sepuasnya oleh masyarakat sekeliling mereka terutama ahli keluarga.

Nasihat saya kepada mak ayah yang konvensional. Jika selama ini keturunan anda makan gaji sejak turun temurun dan tiba-tiba anak anda ingin jadikan usahawan sebagai kerja tetap. Maka tentu ada sebabnya.

Fahami dan bimbing mereka dengan cara yang positif. Ibubapa sendiri perlu tambahkan ilmu perniagaan untuk memahami jiwa anak-anak usahawan ini biarpun ibubapa sendiri bukan usahawan.

Posting ini hanya ingin menyampaikan mesej positif kepada ibubapa seluruh Malaysia bahawa berniaga bukanlah kerjaya hina.

Berniaga adalah sunnah nabi, dan berniaga juga dapat memberi financial freedom. Gagal dalam berniaga adalah perkara biasa. Dan berniaga tanpa pernah rasa rugi adalah di luar kebiasaan. Rujuki dan  pandanglah kepada mereka yang dah berjaya.

Berfikir dahulu sebelum anda ibubapa bercakap mengguris perasaan anak-anak anda yang ingin berniaga kerana mereka perlukan doa, sokongan, dan motivasi ibubapa.

Percayalah, dengan jalan usahawanlah sesebuah negara, bangsa, masyarakat akan mendapat pelbagai faedah membina kekuatan tamadun negara  kerana golongan usahawanlah yang membuka banyak peluang kerjaya dan memudahkan kehidupan masyarakat dalam semua aspek kehidupan dalam melengkapi keperluan kehidupan kita dengan usaha mereka dalam perniagaan.

#usahawan #beranikaya #gagaluntukberjaya

-Effendy Mujaddid Usahawan-

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger