USUL KEDUA (ISU EKONOMI) : MULTAQA BELIA & ILMUWAN MUDA.

Pendekatan Dakwah ini luas tafsirannya. Dalam Konteks Dakwah berkaitan Isu Ekonomi ini saya ingin menekankan "Konsep Dakwah 3 S" iaitu SEDAR, SEDIA dan SUKSES.

SEDAR EKONOMI.

SEDAR EKONOMI yang saya maksudkan ialah KESEDARAN berkaitan isu-isu penyelewengan sistem perniagaan, scam, skim cepat kaya yang melibatkan ramai Umat Islam yang merasakan pelaburan wang mereka untuk untung cepat.

Para Agamawan harus berhati-hati dari terjebak dan juga perlu ada ilmu kewangan untuk beri kesedaran terutama dari aspek Ilmu Basic Forensik Kewangan, Ilmu Anti Riba dan Sistem Perbankan Islam. Ikon-ikon Ilmuwan Islam yang pakar dalam Ekonomi di Malaysia dan Luar Negara harus ditonjolkan dan diperkenalkan sebagai Role Model anak-anak muda di Malaysia.

SEDIA EKONOMI.

SEDIA EKONOMI yang saya maksudkan, kita harus BERSEDIA dilahirkan atau melahirkan lebih ramai Ilmuwan Muda yang kuat kuasa ekonomi menguasai bidang hartanah, perniagaan produk halal, servis halal (seperti tourism halal) terutama penguasaan ekonomi Hub Halal di Malaysia sebagai Hub Halal Dunia dan lain-lain cabang perniagaan yang boleh menguatkan ummah dan negara.

Jika diambil contoh era masa kini, pendekatan Jemaah Al- Arqam (dalam konteks Ekonomi Islam) yang mempunyai rangkaian perniagaan seluruh dunia yang kuat dan kaya.

Manakala Gulen Movement (Hizmet) yang diasaskan oleh Fethullah Gulen juga begitu pro aktif dan sistematik dan diiktiraf seluruh dunia oleh para akademik muslim dan non muslim dengan mempunyai ribuan sekolah antarabangsa, ratusan universiti, bank , media TV, Radio dan kilang-kilang products seluruh dunia boleh dijadikan inspirasi dan iktibar.

SUKSES EKONOMI.

SUKSES EKONOMI yang dimaksudkan ialah mengambil contoh dan modules KEJAYAAN para sahabat Nabi seperti Khalifah-Khalifah Ar Rasyidin dan Abdul Rahman Bin Auf yang merupakan jutawan awal era awal umat Islam yang sangat banyak bersedekah sehinggakan keseluruhan harta mereka pun sanggup didermakan.

Ilmuwan Muda dan Pendakwah Muda juga harus mendekati golongan sasar di kalangan Jutawan Muslim ini supaya mereka jadi Ikon Ekonomi Islam dan kisah sukses mereka ini dikongsikan kepada masyarakat .

Kisah Kejayaan Kekayaan ini perlulah digambarkan dengan cara positif kerana Rukun Islam Kelima iaitu Zakat juga adalah kewajipan bagi orang yang kaya dan mampu sahaja.

Ini bermakna kekayaan dalam Islam adalah sesuatu yang positif kerana hasil kekayaan ini juga akan dikembalikan kepada masyarakat sebagai Saham Akhirat.

Usul Disediakan Oleh,

(Effendy Zulkifly)
- Ilmuwan Muda, Majlis Dakwah Negara.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger