Konsep REZEKI Yang Saya Fahami.

Bulan Syawal sudah tamat. Penuh pengisian buat saya. Malahan pelbagai peluang yang Allah berikan kepada saya yang saya yakin ini adalah rezeki keluarga dari doa wanita-wanita yang paling dekat dengan saya iaitu ibu kandung, ibu mertua dan isteri saya.

Anak yang menanti untuk melihat dunia yang penuh dengan keindahan ini di dalam kandungan isteri saya sudah masuk 9 bulan juga saya yakin menyumbang dari segi barokah rezeki yang masuk.

Rezeki sering kali ditafsirkan sebagai material based yang nampak seperti wang ringgit, harta kekayaan. Namun hakikat rezeki itu adalah rasa cukup, rasa bersyukur, kegembiraan, ketenangan jiwa dan bagi umat Islam rezeki terbesar adalah nikmat peluang berzikir mengingati Allah dalam keadaan kita masih sihat.

Rezeki juga datang dalam bentuk kesihatan tubuh badan, kesihatan rohani. Bagi orang Islam hidup sentiasa dinaungi rezeki kebahagiaan sekali pun hidup diuji dengan kesusahan dan kesakitan namun orang Mukmin sentiasa berbahagia.

Rezeki juga datang dalam bentuk hikmah-hikmah kehidupan yang kita perolehi dari pelbagai ruang dan pengalaman kita samada melalui penulisan yang kita baca, kata-kata yang kita dengar dan perbuatan-perbuatan dan tingkah laku manusia di sekeliling kita yang mendatangkan keinsafan pada jiwa kita.

Dan rezeki paling dekat dan terbesar direct pada diri kita adalah udara percuma yang kita hirup, mata, telinga, hidung yang Allah berikan untuk kita boleh melihat, mendengar dan menghidu. Rezeki ini Allah beri pada kita tanpa henti dan bersyukurlah pada Allah selalu nescaya ditambah lagi pelbagai rezeki lain kepada kita.

P.S:- Menulis kerana rasa gembira atas pelbagai rezeki yang Allah berikan dan ini adalah nukilan untuk menasihati diri sendiri sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger