Ziarah Syawal 1437H Sahabat Antarabnagsa.

Sepanjang Bulan Syawal 1437H ini, saya bertemu empat orang Tokoh-Tokoh Anak Muda Hebat dari luar negara yang datang ke Malaysia.

Ziarah Syawal 1437H dari Filipina.

Dari Filipina saya bertemu Neil Soria yang merupakan Co-founder, Secretary General at ASEAN Youth Leaders' Association.Beliau juga adalah pengasas Discovery Space yang memfokuskan kepada pelbagai projects Social Entreprise dan Ideation yang memfokuskan kepada anak muda Urban Miskin terbiar. Sangat besar pertubuhan mereka ini.

Bertemu dengan saya kerana ingin melamar saya menjadi Mentor mereka untuk movement organisasi mereka terutamanya untuk cawangan Malaysia. Umur beliau masih muda dan masih di tahun akhir di universiti tetapi peranan beliau dalam dunia kepemimpinan belia ASEAN ini sangat hebat dan besar. Pada Februari lepas kami bertemu di program United Nations di Thailand dan dari situlah networking kami bermula.

Beliau ingin menjadikan organisasi AYLA beliau ini benar-benar memberi impak dengan menjadikan 'Model Sustainable Growth United Nations' sebagai framework. Negara beliau Filipina akan menjadi Pengerusi ASEAN 2017 dan kami sedang bekerjasama dalam ASEAN ELITE FORUM 2017 sebagai Kurator Program yang akan merealisasikan program tersebut di Filipina pada tahun hadapan yang menghimpunkan usahawan-usahawan muda hampri 20 negara bersempena Filipina sebagai Tuan Rumah ASEAN 2017

Ziarah Syawal 1437H dari Indonesia.

Dari Indonesia pula saya diziarahi oleh Muhammad Fauzi yang merupakan Presiden Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Indonesia yang merupakan organisasi Mahasiswa Islam terbesar dan tertua di Indonesia. Alumni mereka ramai yang jadi menteri-menteri, tokoh-tokoh intelektual dan juga usahawan-usahawan hebat. Saya seperti biasa dengan penuh rasa ikhlas dan kasih sayang menganggap mereka adalah adik sendiri yang harus dibantu dan diberikan kata-kata motivasi membangunkan jiwa perjuangan mereka.

Saya menegaskan kepada mereka. Kepemimpinan hebat dalam negara bukan hanya sekadar dibentuk dari sistem Parti Politik, Organisasi NGO Pemuda tetapi juga melalui dunia korporat dan perniagaan. Kami merancang kerjasama masa hadapan yang lebih konkrit supaya organisasi mereka juga menjadikan bidang ekonomi sebagai satu tunjang kekuatan mereka dalam membangunkan organisasi dan bakat kepemimpinan.

Ziarah Syawal 1437H dari Cambodia.

Dari Cambodia pula saya bertemu dengan SLES NAZY yang merupakan Presiden Cambodian Muslim Media Center. Sangat aktif membangunkan potensi dunia media muslim di negara beliau dan mempunyai inspirasi untuk mengembangkan dunia media Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa. Beliau juga aktif membangunkan dan membantu masyarakat luar bandar dalam program-program charity kepada masyarakat miskin di negara beliau.

Saya mencadangkan kepada beliau supaya konsep 'Mediapreneur' diangkat dalam bentuk pembangunan Social Enterpreneurship di negara beliau  (Cambodia). Media memainkan peranan yang sangat penting dalam mempromosi apa sahaja peluang-peluang perniagaan dari negara masing-masing seperti peluang-peluang business Tourism, Trading malahan Training pembangunan Modal Insan.

Ziarah Syawal 1437H dari Nigeria.

Dari Nigeria pula bertemu dengan Dr. Isa Harunah Leje merupakan pakar PHD dalam bidang Project Management. Beliau ingin mengembangkan peluang business antara Nigeria dan Malaysia dan ingin menjadikan saya consultant untuk pembangunan business yang beliau akan dirikan di Malaysia.

Beliau ada PHD dalam bidang Project MAnagement dari UKM dalam masa yang sama Hafiz Quran dan fasih berbahasa Arab. Saya akan membantu beliau untuk membuat market survey, market feasibility antara Nigeria dan Malaysia untuk apa sahaja business trading sebagai permulaan.

Kesimpulannya.

Secara jujurnya saya mengakui diri ini sendiri banyak kekurangan dan kelemahan. Bertemu mereka-mereka yang hebat ini adalah "learning process" untuk diri saya sendiri. Saya yakin dan percaya mereka ini semua adalah pemimpin masa hadapan dari negara masing-masing.

Menyumbang kepakaran terutamanya dalam bidang berkaitan perniagaan dan social enterprise tidak semestinya anda perlu mempunyai "Title Hebat", "Cash Value Besar" tapi yang perlu anda utamakan adalah "Business Value", "Knowledge Value" yang besar yang boleh anda share dan sumbang kepada seluruh insan yang anda kenali.

Apatah lagi jika networks anda itu tokoh-tokoh anak muda hebat dan di masa hadapan 5 atau 10 tahun lagi percayalah mereka ini akan menjadi insan hebat di negara masing-masing dan network atau sahabat-sahabat hebat ini ibarat "magnet sakti" yang akan menarik anda untuk berjaya seperti mereka.

Akhirnya, kepada Allah kita serahkan segala percaturan dan perancangan sebagai tawakal setelah kita berusaha dengan sungguh-sungguh. InsyaAllah , aaminn.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger