Surat Tidak Hadir ke Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda.

Assalamualaikum wbt,

Tidak Dapat Hadir Ke Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda Anjuran Majlis Dakwah Negara (28 Ogos 2016).

Anak saya pada hari pertama (23 Ogos 2016 - Selasa) dilahirkan normal jam 6.30 pagi di HUSM Kubang Kerian, Kelantan dan boleh balik rumah keluarga isteri di Bachok Kelantan pada hari itu juga (isteri ingin berpantang setelah bersalin di kampung kelahiran beliau di Bachok, Kelantan).

Tetapi pada hari kedua (24 Ogos 2016 - Rabu) anak saya menghidapi demam panas (kata doktor suhu badan lebih 38 celcius sangat bahaya untuk bayi baharu lahir) sehingga hari ini ditahan di wad Neonatal Intensive Care Unit (ICU).

Setiap hari baby saya kena ambil darah untuk diuji berkaitan jangkitan kuman dalam darah. Baby juga dimasukkan air ke dalam badan kerana kandungan darah yang pekat. Kandungan darah pekat berbahaya untuk baby kerana ianya adalah simptom jantung baby yang lemah.

Mohon doa pada Allah swt dari sahabat-sahabat sekalian moga anak saya sembuh dan sihat seperti sediakala supaya boleh keluar wad dan pulang ke rumah secepat mungkin.

Saya sepatutnya hadir ke "Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda" anjuran Majlis Dakwah Negara - YADIM ini yang saya telah rancang untuk hadir dan sudah block dalam schedule saya sejak berbulan-bulan lamanya.

Untuk makluman semua, di peringkat Malaysia dan Antarabangsa saya memang selalu hadir dan dikenali sebagai presenter, speaker dan panelist yang menyampaikan Topik Syarahan berkaitan dengan 'Futuristic Solution Base' di pelbagai konvensyen, simposium dan seminar berkaitan anak muda.

Dan saya juga telah prepared pelbagai usul dan soalan untuk ditanya pada persidangan kali ini kerana tema Multaqa Belia kali ini yang sangat dekat di hati saya seputar tema Isu-Isu Belia Islam 10 tahun dari sekarang, apakah jangkaannya yang meliputi aspek Ekonomi, Sosial dan Pendidikan.

Moga kawan-kawan yang telah daftarkan diri untuk hadir tidak uzurkan diri hadir ke program Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda  yang sangat bagus ini tanpa sebarang alasan kukuh.

Saya sendiri merasa sangat-sangat  terkilan tidak dapat hadir ke Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda ini kerana isteri dan anak saya yang baharu lahir lebih memerlukan saya di sisi mereka buat masa ini.

Selamat bersidang dan menyampaikan usul dengan penuh adab kesopanan dan tatasusila ketimuran anak nusantara dan nanti kita adakan 'Mini Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda' di rumah saya pula apabila saya sudah pulang ke rumah saya di Bandar Ilmu dan Intelektual Bangi setelah anak saya keluar Wad Neonatal  ICU nanti.

Segala usul-usul dan soalan-soalan dari saya akan saya wakilkan kepada sahabat karib seperjuangan saya iaitu Ustaz Wasif Wan Bin Dato Wan Mohammad (Presiden, Jaringan Anak Muda) dan saudara Albark Yunus Bat (Presiden, Peace Generation Malaysia).

Yang sangat ingin hadir ke Multaqa Belia dan Ilmuwan Muda,

(Effendy Zulkifly)
- Ilmuwan Muda, Majlis Dakwah Negara

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger