Kisah Pejuang Tanah Air - Kiyai Haji Salleh.

Arwah atuk saya (Allahyarham Bahri Bin Said) antara anak murid kepada Kiyai Hj Salleh. Kata arwah atuk saya, Kiyai Salleh menggunakan pendekatan 'main stream' membantu orang kampung dan bekerjasama dengan pihak polis dan tentera mempertahankan nyawa orang kampung di area Batu Pahat dari pihak komunis yang zalim.

Dengan ayat-ayat doa Kiyai Hj Salleh pada air minum dan diberi selempang merah semangat anak muda naik lain macam dan jadi berani. Malahan komunis yang mahu serang kampung tak nampak orang depan mata dan senang-senang Kiyai Hj Salleh tebas kepala setiap askar komunis ini yang cuba menyerang orang kampung. Begitulah karomahnya doa ulama dulu-dulu.

Menurut arwah atuk saya juga, Mat Indera pula ikut haluan kiri. Jika Mat Indera menyerang askar, askar melayu beliau tak serang. Beliau hanya serang askar British sahaja. Mat Indera juga bersahabat dengan Kiyai Hj Salleh. Dua-dua berjuang melawan kezaliman penjajah dengan cara tersendiri tapi saling menghormati.

Sekarang baharu saya faham dari mana datangnya minat saya mempelajari ilmu persilatan Melayu ini dalam diri saya. Ayah saya sendiri tidak mengamalkan seni martial art Melayu. Tapi arwah atuk saya ada pada masa muda beliau untuk pertahankan diri, keluarga dan orang kampung.

Al - Fatihah buat para pejuang ini.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger