ASEAN & Sumbangan Anak Muda!

Ketika sidang media di ASEAN Leaderpreneur Conference (ALC) 2015 pada Mei yang lepas ini, saya menegaskan kepada media-media penglibatan anak muda adalah sangat penting dalam kontribusi kepada pembangunan ASEAN dengan sinergi usahawan muda di antara negara-negara ASEAN sebagai pelapis kepemimpinan masa depan bukan sahaja terbatas kepada dialog formal antara ketua-ketua negara atau menteri-menteri luar ASEAN sahaja.

ASEAN yang seluas 4.4. million square kilometres, dengan populasi 625 juta dengan nominal GDP 2.6 Trillion USD dan jika digabung merupakan kuasa ekonomi ke -7 terbesar dunia dibelakang US, China, Japan, Germany, France dan United Kingdom menjanjikan peluang yang sangat besar dalam lapangan keusahawanan, aktivisme masyarakat dan pertukaran 'Culture Capital'.

Bersempena Persidangan Menteri Luar  Negara-Negara ASEAN di Kuala Lumpur esok, diharap diskusi bukan seputar isu-isu belakang tembok institusi kerajaan penuh birokrasi yang memerintah sahaja, tapi memikirkan 'Sub-Cultures' sumbangan generasi baru, idea kreatif dan inovasi pembangunan belia dan yang paling penting TINDAKAN bersepadu atas nama ASEAN yang kukuh seperti European Union (EU) yang mempunyai struktur yang kukuh terutama dalam kerjasama serantau.

Idea-idea 'problem solving' saya sangatlah banyak dan akan dikongsi di posting lain nanti. Saya yakin satu hari nanti bila tiba masanya rakyat ASEAN amnya  dan rakyat Malaysia khususnya akan menjadi 'Matured Citizen' seperti negara maju lain yang tidak lagi terperangkap dengan dogmatik pemikiran lapuk orang lama yang taksub politik partisan, pengurusan negara yang mengabaikan moral, tidak berintegriti yang bertukar kepada 'Good Governance' dalam semua aspek pentadbiran dalam ASEAN, negara, negeri, bandar dan seluruh lapisan masyarakat.

EFFENDY ZULKIFLY
-Founder, ASEAN Youthpreneur Community(AYPC).
-Republik Ilmu Bangi
-2.30 pm
-2 Ogos 2015
www.effendyzulkifly.com

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger