Semangat Olimpik dan Umat Islam.


Menurut Sunnah Nabi sepatutnya Umat Islam kena kuat, sihat dan cergas. Sayangnya di Olimpik negara - negara majoriti umat Islam kebanyakkannya ketinggalan. Olimpik juga boleh ditafsirkan sebagai 'Perang Psikologi' jika kita berniat menonjolkan sisi Umat Islam yang kuat dalam sukan seperti memanah, angkat berat, berkuda dan gusti.

Tergantung kepada versi mana yang ingin kita tonjolkan mengenai Olimpik ini? Negara Umat Islam yang join Olimpik pada masa akan datang jangan tunjukkan kita ini lemah. Atau lebih baik jangan sertai sahaja. Kalau mahu sertai juga Olimpik tunjukkan Umat Islam ini kuat dan hebat dengan kemenangan yang bergaya dengan Pingat Emas.

Tapi sayangnya dalam kita mengkritik Sukan Olimpik terutamanya di kalangan golongan agamawan tanpa sebarang idea alternatif, yang saya perhatikan di masjid-masjid, surau-surau dan institusi agama, para agamawan sendiri saya lihat tidak fit cergas seperti gambaran Rasulullah dan para sahabat yang gagah perkasa dan kacak sekali.

Ustaz- ustaz yang mengajar di masjid dan surau yang saya lihat (bukan semua) ramai yang boroi buncit dan kelihatan tidak cergas kerana mungkin tidak bersukan dan tidak memahami 'seni sukan' itu sendiri. Selalunya komen para agamawan ini masih lagi dalam perspektif 'hitam putih' hukum Fekah berkaitan isu Aurat, seks bebas para atlet. 

Isu buka aurat, seks bebas dan hedonisme ini tidak perlu tunggu waktu Sukan Olimpik baru hendak diulas sebab masyarakat dunia barat memang begitu cara hidup mereka malahan masyarakat di negara-negara umat Islam seperti Negara-Negara Organisation of Islamic Cooperation (OIC) juga ada yang terjebak sama.

Sedangkan kajian saintifik Olimpik lebih dari itu. Kajian Sukan Olimpik dan para atlet sebenarnya juga melibatkan aspek Sport Science, Medical Science, Military Superhuman Research yang juga berguna untuk masa hadapan manusia jika dilihat dari perspektif positif dan intelektualisme. Contoh mudah, Sukan Lumba Kereta Formula One misalnya menjadi kajian utama para saintis dan engineer dalam dunia automotif untuk keselamatan kenderaan dan penumpang.

Mungkin mereka ini lebih ramai yang  'bersukamakan' dari bersukan. Namun dari aspek positifnya dalam dunia Sukan Olimpik ini sudah ada usaha seperti Sukan Memanah dan Sukan Berkuda sebagai contoh di kawasan rumah saya di kawasan Bangi misalnya sudah ada persediaan bakat-bakat muda baru melalui Kelab-kelab Sukan Persendirian dalam Sukan Memanah dan Sukan Berkuda ini.

Malahan saya sendiri sudah ada 'Rancangan Long Term' untuk anak-anak saya di samping Hafiz Quran dan mahir ilmu agama, saya merancang untuk anak saya menyertai sukan memanah supaya boleh ke olimpik dan dapat pingat emas . Semoga impian ini jadi kenyataan.

Terdapat juga cadangan di luar kotak mengenai alternatif Sukan Olimpik ini. Umat Islam perlu  membuat acuan kita sendiri dalam dunia sukan seperti Sukan Olimpik melalui kerjasama OIC dan kita sendiri tonjolkan kehebatan dalam sukan dengan acuan Islam yang Syumul. Contohnya dengan Temasya Sukan  setaraf Olimpik nama seperti OIC World Sports atau OIC World Games misalnya!

Dalam konteks Olimpik semasa sekarang ini, Negara Umat Islam nampak lembik dan lemah. Namun kejayaan Azizul Hasni dalam sukan basikal Olimpik memukau atlet barat. Saiz fizikal beliau kecil namun berjaya menewaskan atlet sukan basikal lain yang biasanya didominasi oleh atlet-atlet dari Barat. Kecil-kecil orang Melayu Islam macam kecil cili padi. Pedas dan berapi. 

Saya melihat Negara Islam di bawah OIC yang berijtihad ingin sertai Olimpik harus bersungguh tunjukkan "Izzah" dalam Sukan Olimpik. Atau pun lebih baik jangan sertai terus.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger