ERTI KEMERDEKAAN YANG SAYA FAHAMI.

Oleh Effendy Zulkifly

Kemerdekaan yang saya fahami adalah kemerdekaan yang bukan sahaja berbentuk kefahaman zahir yang difahami oleh ramai orang iaitu merdeka kerana negara bebas dari penjajahan barat semata-mata.

Kemerdekaan itu tafsirannya perlu holistik melibatkan juga merdeka jiwa, merdeka pemikiran dan merdeka tingkah laku yang jauh dari hegemoni barat yang negatif seperti gejala sosial yang bercangggah dengan moraliti dan agama.

Merdeka yang didasari dari aspek kemerdekaan politik, ekonomi dan sosial haruslah ditunjangi dengan merdeka dari tingkah laku yang negatif yang beralih kepada jiwa dan sikap yang mulia hati dan berbudi pekerti.

Cara Menyemai Sikap Patriotisme.

Menyemai sikap patriotisme pada anak muda juga adalah peranan semua pihak bermula dari ibu bapa, keluarga, sekolah, universiti, kerajaan dan semua rakyat Malaysia .

Kaedahnya tidak perlu rigid dengan sekadar diulang pada bulan kemerdekaan sahaja. Tapi dibuat setiap masa melalui kesedaran cintakan Agama, Bangsa dan Negara melalui percakapan, perbuatan dan amalan.

Cara menyemai sikap patriotisme dalam jiwa generasi muda melalui kesedaran cintakan Agama, Bangsa dan Negara melalui percakapan, perbuatan dan amalam adalah melalui manifestasi diri anak muda itu sendiri yang merdeka dari jajahan pemikiran barat dan hedonismes yang merosakkan.

Kemerdekaan Perspektif Islam.

Semua agama mengajak kepada kebaikan dan keamanan. Bagi umat Islam, mempertahankan negara dari anasir luar seperti tindakan kezaliman penjajahan,  dakyah pengganas ekstrimis, hasutan ingin menghuru harakan negara adalah suatu kewajipan untuk umat Islam mengatasi dan membanteras gejala merbahaya ini.

Islam memberi panduan melalui penghayatan Agama Islam melalui Al-Quran supaya menapis segala unsur-unsur negatif luar seperti bercakap kotor, menabur fitnah dengan diganti kata-kata dan percakapan menyebarkan kebaikan, keinsafan dan perdamaian.

Kesederan kemerdekaan melalui perbuatan dan amalan pula ialah mengelakkan perbuatan jahat yang boleh merosakkan harta benda, merompak, mencuri tapi mengamalkan perbuatan bersikap baik, bantu membantu mereka yang susah seperti bersedekah dan membuat kerja sukarelawan kebajikan misalannya.

Sikap baik ini, dari segi Kemerdekaan tingkah laku yang negatif dan seterusnya setiap anak muda merdeka jiwa dan mengekalkan patriotisme dalam negara melalui hidup yang aman damai dan selamat.

Peranan Pihak Kerajaan dan Swasta.

Di pihak kerajaan, kesedaran boleh dipupuk melalui pelbagai media yang dikawal kerajaan melalui televisyen, radio dan agensi kerajaan yang ada. Di peringkat sekolah aktivisme patriotisme dibangkitkan melalui buku-buku pembacaan, siri kempen dan ceramah guru-guru dan pemimpin pelajar.

Di peringkat swasta dan komersial wujudkan ikon-ikon patriotisme sebagai hero menggunakan medium populis. Contohnya melalui tajaan komersil sebagaimana para artis perolehi.

Perbanyakkan pembikinan filem tokoh-tokoh hebat sejarah, drama, pengiklanan, penjenamaan yang mengangkat tokoh-tokoh sejarah, intelektual, usahawan philantropist negara secara lebih meluas berbanding para pelakon, penyanyi yang biasanya diangkat sebagai ikon kerana rupa paras, suara merdu dalam konteks hiburan semata-mata.

Kesimpulan.

Segala transformasi yang dilakukan ini jika dilaksanakan ini saya yakin dapat memperbetulkan persepsi salah terutamanya dalam kalangan muda-mudi kita berhubung pengertian sebenar kemerdekaan.

Anak muda seharusnya diberikan kesedaran bahawa kemerdekaan bukan sahaja difahami secara zahir yang hanya memberi fokus kepada kebebasan negara daripada cengkaman penjajah semata-mata.

Pada hakikatnya kemerdekaan dari sudut pemikiran, sikap dan tingkahlaku mereka daripada sebarang bentuk sifat-sifat yang boleh menghakis nilai-nilai murni dan jati diri sebagai seorang Muslim yang perlu diberi perhatian dan keutamaan.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger