Belangsungkawa Datuk Jaafar Abdul Rahim

Penulisan saya dalam media social telah bermula dengan blogspot sejak tahun 2000 lagi.  Ada beberapa blogspot milik saya sudah lupa password.  Saya menulis dalam pelbagai genre seperti isu-isu keagamaan, politik, isu-isu kampus semasa dan permasalahan sosial. Dalam masa yang sama juga waktu itu (tahun 2000) aktif dengan aktiviti mahasiswa, buat pelbagai jenis business, menganjurkan acara motivasi.  Bila toleh kebelakang kembali saya tersenyum sendirian.

Saya juga waktu itu membuat catatan dan plan masa hadapan 20 tahun saya ketika usia berumur 20 tahun. Dan saya bentangkan plan itu di hadapan Datuk Jaafar Abdul Rahim. Ada yang dapat dicapai dan ada yang masih tertangguh dan Tuhan berikan lebih baik kepada saya. Sekarang segala yang diperolehi seperti mimpi. Saya kini mempunyai ekosistem dan komuniti perniagaan di peringkat global yang tidak pernah terbayang pada 20 tahun lepas.

Dari USA, Canada (Benua Amerika), Switzerland, Sweden, Holland, German, England, Turki (Benua Eropah), India, Pakistan, Bangladesh (Benua India),  Jordan, Saudi Arabia, UAE (Negara Arab), China, Hong Kong, Japan, Taiwan (Benua Asia), Russia, seluruh ASEAN telah saya lawati dan bina jaringan perniagaan, persahabatan (bukan main petik tapi benar-benar terlibat dalam jaringan perniagaan).

Segalanya macam mimpi yang jadi kenyataan. Malahan jika 7 tahun yang lepas kejayaan menggerakkan organisasi peringkat ASEAN (ASEAN Youthpreneur Community) telah melahirkan rangkaian peringkat ASEAN yang agak kuat juga dengan perniagaan yang berteraskan trading, e-commerce dan social enterprise. Kini saya telah bergerak di tahap antarabangsa melangkaui tahap ASEAN  melalui beberapa organisasi antarabangsa yang berteraskan Industry 4.0 melalui teknologi blockchain sebagai teras utama.

Saya sering teringat nasihat Allahyarham guru saya  Datuk Jaafar Abdul Rahim dengan kata-kata beliau yang sangat beri kesan kepada saya sejak 20 tahun lepas.

Beliau berkata kepada saya, "Effendy, pengiktirafan tak perlu tunggu orang untuk mengiktiraf, percaya diri sendiri, yakin dengan diri sendiri dan iktiraf diri sendiri dengan buat jaringan antarabangsa tak perlu menanti ihsan orang lain terutama orang politik kerana kamu lebih hebat dari orang - orang politik tersebut . Banyak baca buku, minda kena kreatif dan kritis dan kaji pemikiran tokoh - tokoh antarabangsa seluruh dunia. Perang zaman sekarang tidak kira dalam politik ke, business ke adalah peperangan strategi minda dan pemikiran. Hebatnya Tun Dr Mahathir adalah kerana pemikiran dan minda global beliau yang strategik".

Kata - kata beliau saya pegang. Pernah suatu tahap tu (6 tahun yang lepas) saya perlu keluar negara untuk membuat initiative tour ASEAN. Dengan bekalan RM100 dalam poket dan tiket flight yang saya beli 5,6 bulan awal saya bawa team saya seramai 3 orang (termasuk saya) buat Jelajah Anak Muda ASEAN selama hampir sebulan! Ustaz Wasif Wan adalah master mind kami yang mengaturkan jaringan kami di Indonesia waktu itu.

Untuk jimat cost tour, kami tidur di masjid, rumah kawan dan asrama universiti sahabat. Business masa itu turun dan naik, buat trading business ni kadang-kadang payment lambat dari clients tapi jemputan bertemu tokoh - tokoh hebat (corporate, intellectual dan activists masyarakat ) dari Indonesia tidak boleh dilepaskan waktu itu.

Kami redah, penginapan, makan minum semua ditaja sahabat - sahabat di Indonesia. Kami membuat tour ke seluruh Indonesia untuk tour Intellectual, Social Enterprise dan Corporate Development. Jelajah bedah buku juga dibuat dan Buku Datuk Jaafar Rahim Aksioma merupakan reference utama dan topic pemikiran Tun Dr Mahathir sentiasa menjadi presentation kami. Ketika itu Tun Dr Mahathir belum "berperang" lagi dengan DS Najib.

Semuanya itu jadi kenangan manis. Di Malaysia waktu itu adalah juga TV AlHijrah menemuramah kami dan beberapa radio swasta berkaitan objektif dan tujuan jelajah ASEAN kami. Tapi sokongan dari pihak kerajaan atau orang politik memang tiada.  Promosi negara sebagai duta kecil dijalankan dengan ikhlas.

Semua itu kenangan sangat indah yang menjadi Foundation yang sangat kuat untuk saya pergi jauh dalam career saya masakini. Kagum tengok dari jauh begitu mudah sahabat-sahabat saya yang begitu mudah mendampingi orang politik level menteri - menteri pula tu. Ada yang product dan business setahun jagung tapi mudah dapat recognition tahap Menteri, ada yang dah sangat success juga mahu mengadap Menteri.

Bagi saya, penglibatan tokoh Menteri biarlah datang kerana benar-benar datang dari kejayaan dan usaha yang keras. Tahap saya mungkin perlu banyak belajar lagi dari insan-insan yang hebat ini. Saya akan terus ingat nasihat Allahyarham guru saya yang sangat saya cintai dan hormati Datuk Jaafar Abdul Rahim iaitu pengiktirafan sebenarnya ialah apabila diri kita sendiri yakin bahawa kita boleh success dengan cara kita sendiri tanpa perlu tunggu tongkat dan iktiraf diri sendiri dulu. 

P.S:- Tetiba di malam Jumaat ini teringat Allahyarham guru saya Datuk Jaafar Abdul Rahim. Posting ini memang ditulis sebab terimbau kenangan lama bersama Datuk Jaafar Abdul Rahim.

#refleksidiri #beagloballeader #rinduguru #datukjaafarrahim

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger