Announcement Cryptocurrency dari MOF

Suatu sejarah telah tercipta apabila Kementerian Kewangan Malaysia telah membuat pengiktirafan dengan pengumuman rasmi bahawa matawang digital, Aset Digital atau Token Digital diiktiraf sebagai sekuriti dan diletakkan di bawah seliaan Securities Commission. 

Malahan ICO (Initial Coin Offering) disebut jelas sebagai suatu instruments baru untuk dana-dana kewangan buat usahawan yang terlibat dalam industri Inovasi. Tetapi ianya tertakluk pada undang-undang di bawah seliaan Securities Commission.

Apabila ada undang-undang yang jelas maka para scammers, penipu atas nama Cryptocurrency tidak boleh mengelak lagi dengan undang-undang dan penguatkuasaan. Kami dari Blockchain Academy Asia dan Crypto Valley Malaysia telah lama membuat kempen - kempen kesedaran kepentingan teknologi blockchain ini.

Kami juga telah merangka Crypto Forensic Modules yang boleh mengenal pasti samada sesuatu matawang digital itu adalah bersifat scam atau tidak dan juga boleh membantu para usahawan dalam teknologi blockchain membuat decision yang terbaik dalam memilih platform blockchain untuk kegunaan applikasi dalam perniagaan mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Kewangan Malaysia yang mengambil langkah - langkah progresif yang sangat penting ini.

(Effendy Zulkifly)
-CEO of Blockchain Academy Asia
-Co-Founder of Crypto Valley Malaysia

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger