Tidak cukup sekadar media dan persepsi untuk jatuhkan pemimpin!

Jika PM Najib bersalah perlukan pembuktian melalui mahkamah. Nanti ada pula yang cakap mahkamah juga telah 'dikawal'. Jadi siapa lagi yang boleh diharapkan?

Jika mahkamah tidak boleh diharapkan, maka kita biarkan mahkamah jalan raya dengan demonstrasi jalanan misalnya boleh diharapkan? Atau semudah dengan buat press conference? Atau rusuhan seperti di Thailand untuk jatuhkan pemimpin?

Atau perang saudara atau perang proksi seperti di Syria dengan alasan menggulingkan Bashar yang dikatakan zalim dan korupsi? Itu ke jalan yang terbaik? Ianya takkan habis dan semudah itu.

Ianya akan ada kesan berangkai. Serangan secara keras akhirnya akan dibalas dengan pertahanan yang keras. Ahli Politik yang hebat dan terkenal ini biasanya ada ego tinggi masing-masing kerana mereka biasanya adalah golongan  orang kaya raya , terkenal dan ada kuasa!

Awareness untuk pencegahan korupsi itu bagus .Mungkin dari situ usaha untuk pembuktian terhadap pemimpin yang dikatakan korupsi itu akan diusahakan untuk di bawa ke mahkamah oleh pihak berkuasa. Jika mahkamah dan pihak berkuasa yang ada autoriti untuk menghukum pesalah korupsi di kalangan rakyat mahupun pemimpin tidak boleh dipercayai maka Mahkamah Akhiratlah yang akan beri keadilan hakiki. Itu pasti!

Namun sebelum dibuktikan bersalah di mahkamah dunia terus disuruh letak jawatan dan dihukum kanan kiri atas bawahn  seperti kata Ustaz Jong Kong, ianya takkan habis. Berdasarkan tuduhan media dan persepsi sekalipun media antarabangsa ianya belum mencukupi.

Seperti ustaz cakap ianya adalah the matter of time dengan membuat pengislahan yang sesungguhnya kepada pemikiran masyarakat dan rakyat yang menaikkan sekian sekian pemimpin (samada baik atau korup). 

Saya rasa kisah di luar negara seperti keributan di negara-negara arab seperti Syria dan Mesir dan lain lain boleh jadi pengajaran. Saya sangat berpuas hati dengan penjelasan ustaz. Alhamdulillah saya tidak keseorangan dalam pemikiran yang sama seperti Ustaz Jong Kong.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger