Isu Key Performance Index (KPI) Wakil Rakyat dan Pegawai Kerajaan dan SOLUSI membanteras rasuah di dalam Jabatan Kerajaan.

1. Mereka ini golongan yang diberi gaji melalui tax payers, senang cerita mereka adalah kakitangan kerajaan yang bertugas untuk rakyat.

2. Kes rasuah ini dilaporkan berlaku di pelbagai jabatan kerajaan. Dulu ada laporan audit bolt and nuts yang berharga seringgit dua jadi seratus dua ratus.

3. Saban tahun kita mendengar Kes Rasuah melibatkan Jabatan Imigresen, JPJ, Polis dan paling terkini KBS dengan jumlah sebesar RM100 juta.

4. Maknanya ada masalah pengurusan audit dan pengurusan dana projek.Ianya bukan kerja individu kerana berkait rapat dengan pelbagai jabatan.

5. Contohnya, kelulusan satu projek majlis memerlukan jabatan kewangan, jabatan akaun dan akhirnya audit yang membuat penilaian akhir.

6. Dari aspek KPI pula, bagaimanakah untuk menilai kejayaan sesuatu kementerian itu mencapai segala target yang diberikan mengikut portfolio tugasan masing-masing?

7. Penganjuran sebarang events dan perbelanjaan jabatan kerajaan ini saya berpendapat perlulah diubah mentaliti berkaitan budget tahun supaya jangan lagi dikira berdasarkan bagaimana 'PERLU DIHABISKAN' tetapi perlulah atas dasar bagaimana 'PERLU DIJIMATKAN' budget tahunan itu.

TUJUH SOLUSI:-

1. Pendekatan agama dan moraliti. Memupuk jatidiri dalaman melalui teras pendidikan agama dan moral kepada seluruh rakyat Malaysia melalui pelbagai cabang media.

2. Sistem pendidikan sejak sekolah rendah sehingga universiti mengenai bahaya rasuah.

3. Mengurangkan kuasa Ketua Jabatan untuk "Direct Nego" dan penglibatan ramai pihak dalam jawatan kuasa kelulusan tender yang ada wakil SPRM.

4. Pegawai SPRM ditempatkan di setiap kementerian sebagai pegawai khas memantau dan tidak terikat dengan memberi laporan tugas kepada Ketua Setiausaha Kementerian mahupun Ketua Pengarah Jabatan.

5. Penubuhan Mahkamah Khas Rasuah dan memperkasakan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (tidak pasti sudah lulus atau tidak).

6. Harus dikaji perlantikan ahli-ahli politik / parlimen sebagai  Pengerusi GLC dan syarikat-syarikat swasta yang bersaing tender-tender kerajaan.

7. Hapuskan segala jenis sistem lapuk yang menggunakan borang-borang, proses temu duga dan seumpamanya diringkaskan dengan menggunakan kelebihan ICT. Proses mudah dan telus dapat cegah rasuah untuk elakkan sogokan untuk cepatkan proses.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger