Taraf Ekonomi Rakyat Melambang Kestabilan Negara!

Taraf Ekonomi Rakyat Melambangkan Kestabilan Negara!

Di Malaysia rungutan saban hari kenaikan harga barang keperluan dan makanan. Malaysia mengamalkan dasar penswastaan dan industri perkilangan untuk menguatkan ekonomi negara.

Namun adakah peluang kerja itu benar-benar menyeluruh? Dilaporkan jumlah pengangguran meningkat saban tahun ratusan ribu. Dalam masa yang sama pekerja Bangladesh mahu diambil bekerja di Malaysia.

Dasar kapitalis memang begitu. Yang penting kos buruh perlu serendah mungkin supaya keuntungan semaksima mungkin.

Tiga permasalahan di sini dikenal pasti:-

1)Harga keperluan makanan rumah yang mahal.

2)Masalah pengangguran rakyat Malaysia.

3)Kemasukan warga asing yang berlimpah ruah.

Kesannya berangkai meliputi masalah ekonomi, politik dan sosial sekaligus.

Dari segi ekonomi, pendatang asing ini yang datang ini sangat kreatif. Mereka datang bukan setakat bekerja sahaja. Tapi mereka juga berniaga dan membuat koloni perniagaan.

Saya tidak berniat mengulas dari aspek rasa iri hati mahupun cemburu. Kerana seperti kata pepatah arab,"man jadda wa jadda"  (sesiapa yang berusaha dia akan dapat).

Namun kerajaan yang dipilih rakyat harus memainkan peranan kesan berangkai ini yang mendatangkan kesan negatif. Pertambahan kehadiran pendatang asing selalu berpusat di kawasan bandar yang melibatkan pembangunan bandar, rumah dan perkilangan.

Permintaan keperluan makanan yang tinggi kerana bertambahnya penduduk sesuatu tempat secara drastik menyebabkan harga makanan meningkat. Rakyat berjimat cermat dan makan makanan yang kurang nutrisi dan tidak sihat.

Masalah sosial juga berlaku kerana pendatang asing ini ramai yang berjauhan dengan isteri dan kita boleh lihat bertumbuhnya bagai cendawan pusat-pusat rumah urut haram yang menawarkan perkhidmatan seks.

Dari segi aspek politik pula kelihatannya ahli politik menyerang peribadi ahli politik pihak lawannya dengan menimbulkan isu pendatang asing juga boleh mendapatkan kad pengenalan Malaysia untuk mengundi dan timbul pelbagai persepsi berkaitan hal ini di kalangan rakyat.

Penyelesaiannya?

Penguatkuasaan di sempadan perlulah diperketatkan. Pendatang asing yang dikatakan berjuta tak dapat dikesan harus dikesan dan dihantar pulang. Perketatkan visa pelancong dan pelajar yang disalahguna.

Sektor pekerjaan di bidang 3D (dirty,dangerous,difficult) perlu dinaiktaraf dan diberi gaji setimpal dan profesional seperti di luar negara kepada rakyat tempatan.

Kerajaan perlu pertingkatkan komunikasi dengan impak maksima yang jelas dan sampai kepada grass root di kalangan rakyat supaya segala dasar kerajaan yang baik seperti perlaksanaan infrastruktur, kebajikan kesihatan, pendidikan dan pengangkutan menjadi keutamaan kerajaan.

Projek mega yang tidak jelas dan tidak bermanfaat dan yang boleh merosakkan alam sekitar misalnya seperti pembalakan haram dan projek bauksit diberhentikan.

Industri Pertanian, Penanaman dan Penternakan dijadikan keutamaan supaya kita tidak perlu import bahan asas makanan dari luar lagi. Harga makanan yang murah akan membantu rakyat mempertingkatkan ekonomi melalui simpanan kewangan. Keperluan makanan bukan pilihan ianya adalah keperluan wajib.

Projek perumahan mampu milik diperbanyakkan. Rumah juga keperluan. Projek rumah mewah akhirnya menguntungkan sesetengah individu dan syarikat sahaja. Struktur gaji pekerja dan harga rumah perlu seimbang. Kerajaan perlu kawal manipulasi pemilikan rumah yang berlebihan sehinggakan rakyat marhaen ramai lagi tak mampu memiliki rumah.

Mereka yang homeless juga perlu disiasat sehingga ke akar umbi untuk tahu puncanya dan diselesaikan supaya tidak terus melarat.

Saya percaya Malaysia boleh menjadi Negara Maju hebat tidak lama lagi!

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger