Apabila ditanya mengapa ahli politik kebanyakannya orang kaya?

Kaya itu dinilai dari aspek nilai  rumah mereka dengan harga jutaan RM, boleh menaja puluhan orang serentak untuk percutian ke luar negara, koleksi kereta mewah dan sebagainya.

Gaji bulanan mereka tidak banyak sebenarnya, jika ahli parlimen dalam RM15 K sahaja (itu dikira besar jika dibanding dengan pekerja middle class lain). Namun semua elaun kehidupan mereka ditanggung tax payers (bil telefon, kereta, pejabat, driver).

Namun tanggungjawab mereka besar juga, kalau turun kawasan terutama kawasan kampung apa sahaja majlis kahwin, anak baru lahir, perasmian majlis kena standby duit sedekah atau derma pada orang kampung. Belanja makan itu wajib.

Secara realistiknya mengapa ahli politik itu orang kaya adalah kerana mereka ini telah bersedia dengan segala "funders" yang ada.

Orang-orang kaya biasanya akan memilih untuk jadi ahli politik kerana mereka sudah bebas kewangan untuk kempen pilihanraya dan juga punyai ramai kawan-kawan di kalangan orang kaya.

Dan apabila mencelupkan kaki sahaja ke dalam arena politik dengan kejayaan memenangi pilihanraya, orang-orang kaya (ahlul politik) ini akan jadi lebih kaya.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger