Sistem Monarki sebagai Check and Balance dan pentingnya pendekatan agama kepada anak-anak pewaris kesultanan dan pemimpin politik negara.

1. Negara-negara yang ada royal family atau monarki sistem seperti Denmark, Norway, Sweden, Monaco dan UK dilihat antara negara-negara maju yang mengamalkan prinsip integriti yang tinggi.

2. Ini menjadi contoh kepada kita sistem monarki adalah satu kelebihan kepada sesebuah negara dan menjadi check and balance kepada sisten politik demokrasi yang kadang kala jika tidak terkawal akan menuju ke arah korupsi dan penyalahgunaan kuasa.

3. Ini adalah kerana sistem demokrasi masa kini dibentuk melalui kepemimpinan ahli politik yang disokong oleh pelobi-pelobi korporat dan pelobi bisnes berdasarkan kepentingan dan keuntungan perniagaan. Belum tentu rakyat menjadi penentu utama kepada segala decision making dasar-dasar kerajaan itu.

4. Di Malaysia kita beruntung, sekurang-kurang sebarang isu politik yang tiada kata putus malahan kelihatan tidak adil, sistem monarki dapat menjadi pengimbang dan penegur utama kepada sistem secara 'belakang tabir' mahu pun direct.

5. Yang paling terbaik, sudah tiba masanya anak-anak Sultan, Raja ini diwajibkan penekanan pengajian agama yang lebih mendalam untuk memastikan tanggungjawab Sultan sebagai Ketua Agama Islam sesuai dan menjadi contoh kepada rakyat.

6. Sebagai contoh Sultan Terengganu misalnya difahamkan anak-anak baginda ditekankan dengan pengajian agama sejak kecil. Begitu juga Sultan Perak yang sentiasa mendampingi ulama dan golongan intelektual.

7. Manakala keluarga kepemimpinan negara di kalangan keluarga Perdana Menteri , menteri-menteri dan ahli parlimen misalnya juga harus mengutamakan pengajian agama dan Islam di kalangan keluarga mereka.

8. Amat memalukan jika masih lagi kedengaran berita anak-anak keluarga kepemimpinan negara yang ditemui berpeleseran secara terbuka di pusat hiburan yang ada arak, disko kerana itu budaya yang tidak mencerminkan Malaysia yang terkenal sebagai Negara Islam dan Halal Jakim yang terkenal seluruh dunia.

9. Selalunya anak-anak di kalangan keluarga Perdana Menteri ini, menteri-menteri ini akan mewarisi legasi keluarga kerana mereka terdedah lebih awal dan sangat memahami tugasan dan cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa mereka.

10. Mereka juga mempunyai akses dan jaringan perniagaan, politik antarabangsa yang kuat dan sudah tentu mereka juga mendapat peluang pendidikan terbaik kerana faktor kekuatan ekonomi keluarga mereka.

11. Gerakan dakwah, para ustaz, golongan intelektual dekatilah mereka kerana peratusan mereka untuk menjadi pemimpin negara, ekonomi masa depan adalah sangat tinggi!

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger