Pembangunan Kuala Lumpur Yang Tidak Pernah Selesai, Masalah dan Solusinya.

Jika Bandar Calgary Canada diiktiraf bandar terbersih di dunia 5 kali sehingga tahun 2015, bilakah Kuala Lumpur akan mencapai taraf itu? Sekurang-sekurangnya Top 50 pun dah ok. Jika Singapore boleh mengapa tidak Kuala Lumpur?

Untuk menjadi calon bandar terbersih di dunia di samping tahap kebersihan yang terbaik dengan suasana kehijauan alam sekitar pokok-pokok, kawasan bukit dan sungai juga diambil kira.

5 MASALAH UTAMA yang saya kenal pasti berlaku di Kuala Lumpur tempat kelahiran saya dan tempat membesar saya puluhan tahun lamanya:-

1. Masalah pembangunan fizikal (jalan raya dan bangunan-bangunan) yang tidak pernah berhenti.

2. Masalah kawasan saliran air. Kuala Lumpur ada dua sungai yang bertemu (Sungai Gombak dan Sungai Klang).

3.Masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara.

4. Pokok-pokok kehijauan yang semakin kurang.

5. Sistem pengurusan sampah tidak sistematik (public waste management).

SOLUSINYA:-

1. Blueprint pembangunan KL perlu ada timeline jelas, maksudnya sudah sampai tahap KL mungkin tidak perlu lagi pembangunan fizikal seperti pembinaan bangunan-bangunan baharu dan pengubahsuaian jalan-jalan yang menyebabkan pemandangan yang buruk dan kesesakan lalu lintas. Pembangunan-pembangunan seperti itu perlu ada timeline untuk tarikh penamatnya.

2. Setelah diberhentikan pembinaan fizikal, fokuskan pada dekorasi keindahan lanskap sekitar Kuala Lumpur dengan  menghijaukan Kuala Lumpur dengan pokok-pokok di kawasan Kuala Lumpur dan juga mengekalkan bangunan-bangunan warisan lama. Bangunan-bangunan yang nampak buruk di cat baharu.

3. Cuba cari solusi kawasan sungai di Kuala Lumpur itu jadi kawasan sungai yang nampak jernih, biru, tidak berbau busuk dan boleh jadi kawasan perlancongan sehingga boleh dilalui oleh bot pelancongan misalnya.

4. Transportation awam seperti LRT, Monorel kelihatan agak efektif. Namun bus feeder atau bus transit di station LRT yang agak lembap dan lambat perlu dibaiki. Buat seperti Singapore kawasan pusat bandar bukan sepanjang masa boleh masuk dan hanya benarkan pengangkutan awam sahaja.

5. Impian saya ingin lihat Kuala Lumpur menjadi bandar dalam taman. Banyakkan lagi pokok-pokok hijau di sekitar Kuala Lumpur. Kekalkan kawasan bukit hijau yang sedia ada di Kuala Lumpur dan jangan lagi diganggu gugat.

6. Di Stockholm , Sweden. Public Waste Managemet sangat efektif dan efisien. 99% digunakan untuk recycle dan 1% sahaja ditanam. Kita di Kuala Lumpur macam mana? Sesetengah lorong belakang seperti di Lorong Haji Taib misalnya, terdapat longgokan sampah yang banyak berterabur malahan menjadi sarang penagih dadah dan pelacuran pula.

7. Nilai Islamik yang universal perlu diterapkan. Semua agama melarang pelacuran. Kenapa banyak sangat sarang pelacuran di Kuala Lumpur? Jangan beri alasan sebagai tarikan perlancongan. Itu tidak betul. Sebagai sebuah negara Islam, nilai kebersihan dan kehijauan sahaja tidak mencukupi tapi juga nilai ketakwaan dan kesucian dari aktiviti haram dan maksiat harus dibanteras.

8. Sisi-sisi gelap Kuala Lumpur seperti aktiviti pemerdagangan manusia, pusat disko arak yang terlalu banyak, tiada kawalan kepada pendatang asing yang kelihatan seperti telah mendominasi sesetengah kawasan perlu dibanteras.

KESIMPULAN.

Lima masalah yang saya sebut telah dihuraikan dengan lapan solusi kepada masalah-masalah tersebut. Solusi saya lebih banyak. Saya tahu nak mengharap kepada pihak berkuasa atau ahli politik yang ada di kalangan orang senior dan orang tua ini memang sukar.

Namun harapan ada pada generasi baharu Gen Y dan Gen Z yang akan mewarisi kepimpinan negara masa akan datang. Elakkan terperangkap dengan permusuhan politik orang-orang tua ini yang tidak pernah habis .

Elakkan dari terjebak dengan fitnah politik dan kritikan menjatuhkan individu atau organisasi tanpa sebarang solusi kerana kita hanya gunakan nafsu untuk marah dan mengkritik sahaja.

Kita tidak hidup untuk mewarisi pertelingkahan mereka ahli-ahli politikus ini berebut kuasa. Secara alaminya mereka lebih tua dari kita dan akan meninggalkan kita terlebih dahulu. Kita fikirkan sebanyak mungkin solusi untuk kebaikan dan pembangunan negara.

Moga satu hari nanti di zaman anak muda alaf baharu inilah yang banyak solusi dan idealisme hebat yang akan menjadikan Negara Malaysia Negara Maju yang dihormati di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger