RASUAH YANG MENJIJIKKAN!

RASUAH YANG MENJIJIKKAN!

-FAKTOR, KESAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN-

FAKTOR-FAKTOR:

1. Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama).

Tidak YAKIN perbuatan terkutuk ini balasannya sangat seksa di akhirat kelak. Perlu mohon maaf kepada semua tax payers di kalangan rakyat.

2. Kelemahan kepimpinan.

Pemimpin tidak dapat kesan dan tidak memantau pengurusan bawahan di department penting melibatkan kewangan? Kenapa begitu lemah dalam pemantauan dan audit?

3. Faktor perkembangan modenisasi.

Kehidupan hedonisme, lifestyle yang ditayang sana sini di media, media sosial dan pengaruh Westernisation melalui Filem dan Televisyen yang memaparkan hidup bermewah-mewah dan bersenang lenang.

4. Faktor sosial dan budaya.

Budaya rasuah yang terlalu lama di negara sedang membangun yang memberi banyak kuasa kepada kakitangan kerajaan membuat decision kepada projek yang penting dengan jumlah nilai projek yang besar membuatkan penerima rasuah kelabu mata.

KESAN:

1. Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana ditindas).

2. Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia).

3  Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan tidak berkualiti).

4. Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak berkualiti).

5. Menghancurkan sebuah negara kerana pembangunan negara dalam segala aspek samada fizikal bangunan mahupun human capital adalah dengan foundation yang tidak berkualiti.

LANGKAH PENCEGAHAN:

1. Penguatkuasaan undang-undang yang tegas seperti di China. Tembak sampai mati misalnya.

2. Kempen kesedaran secara meluas dari tadika hingga universiti malahan di semua stesen TV dan radio. Media perlu mainkan peranan utama.

3. Polisi supaya tidak boleh terlalu lama memegang jawatan di tempat strategik jabatan kerajaan. Cukup tidak lebih 3 tahun misalnya. Makin lama di jabatan makin cekap mengesan kelemahan sistem dan makin cekap mengawal kontraktor pembekalan dengan menggunakan kuasa senioriti.

4. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di kalangan mereka yang bebas dan tidak terikat dengan lantikan pemimpin parti politik yang memeritah. Kuasa terus di bawah Agung dan hanya perlu melapor kepada Agung dan Sidang Parlimen.

5. Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat) melalui pemantauan telus dan direct kepada orang awam , profesional dan pemimpin-pemimpin organisasi yang berkaitan. Bukan direct nego tapi open tender.

6. Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan). Bimbingan takut pada balasan Tuhan dan karma.

KESIMPULAN:-

InsyaAllah apa saya cadangkan ini adalah ubat yang berkesan. Terpulang kepada kerajaan mahu melaksanakannya dengan lebih agresif dan bersungguh-sungguh.

Sudah lama tak nampak kempen-kempen cegah rasuah seluruh negara samada di media cetak mahupun elektronik.

Sudah tiba masanya anak muda pemimpin masa hadapan harus BERUBAH/CHANGE!

Demi masa depan Negara Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Dicadangkan oleh,

(Effendy Zulkifly)
Chairman, ASEAN Changemaker Community (ACC).

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger