Budaya Politik Senioriti Malaysia dan Harapan Pemikiran Anak Muda Gen Y.

Ketika di Indonesia, secara pemerhatian umum saya anak-anak muda di sana begitu bersemangat dalam dunia keusahawanan di peringkat antarabangsa. Mereka berusaha untuk membuat jaringan antarabangsa dengan menyertai pelbagai persidangan antarabangsa sekalipun tanpa tajaan kerajaan dengan wang saku sendiri.

Dari segi aspek politik pula cita-cita  menjadi ahli politik mereka zahirkan secara terbuka dan penuh semangat. Anak-anak muda intelektual mendapat tempat utama di parti-parti politik dan mereka benar-benar berazam untuk membuat perubahan bila dapat kuasa nanti.

Buktinya di Kota Bandung misalnya, Wali Kota Bandung (Datuk Bandar) Ridwan Kamil diangkat sebagai Wali Kota oleh konsensus pelbagai  parti politik dengan merit sebagai golongan profesional (arkitek) yang ada pengiktirafan antarabangsa.

Beliau juga bertindak luar biasa dengan menjadi Pengerusi Gabungan Datuk-Datuk Bandar Untuk Organisasi Smart City Asia-Afrika. Beliau baru berusia awal 40-an.

Indonesia juga sudah tidak mahu lagi menghantar pekerja-pekerja mereka ke Malaysia kerana negara mereka sendiri memerlukan tenaga kerja untuk pembangunan negara mereka yang sangat pesat kini.

Suasana 'Senioriti' di Malaysia.

Di Malaysia kelihatan konsep "senioriti" sangat menebal dalam semua aspek lapisan organisasi. Dari segi aspek organisasi politik tidak kira kerajaan mahupun pembangkang majoriti parti-parti politik presidennya adalah orang tua yang lama. Malahan pertelingkahan opini dan idealism juga melibatkan orang-orang tua.

Begitu juga dengan organisasi kerajaan. Kalau anda bukan Gred dari jawatan PTD, tangga Gred anda juga perlu naik melalui pengiktirafan usia tua senioriti anda. Dalam Pasukan Bola Sepak begitu juga. Makin tua pemain bola sepak itu, makin berpeluang bermain di Skuad Senior Kebangsaan!

Solusi buat anak muda!

Anak-anak muda di Malaysia jangan terpengaruh dengan dogma politik senioriti tua umur ini. Tidak kira apa pandangan politik anda, sekalipun kita berbeza aliran kita tak perlu ikut cara orang tua yang hidup sejak zaman pra merdeka itu.

Politik cara lama zaman merdeka selalunya politik label melabel, 'brand loyalty', ungkit mengungkit atas jasa-jasa mereka yang tidak dapat dirasai dan dihayati oleh Gen Y yang belum lahir pada zaman itu. Sedangkan kita semua tahu mereka ini sudah kaya raya tahap bilionaire di kalangan mereka, anak-anak dan ahli keluarga terdekat mereka.

Pasanglah azam wahai anak muda Gen-Y sekalian yang lahir pada tahun 1980-an ke atas ini bahawa andalah yang akan mewarisi kepemimpinan negara dengan  membawa politik domestik dan antarabangsa ke wajah yang baharu dengan anjakan paradigma baru dengan 5 aspek ini:-

1.Integriti
2.Meritoktasi
3.Idealisme
4.People Centric
5.Intelektualisme.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger