Isu Low Yat : Analisis Ringkas Penyelesaian dan Pencegahan Penipuan.

1. Apabila saya buka handphone tengok FB, majority Facebookers updates mengenai Kes Low Yat. Saya juga adalah mangsa segelintir penjual HP (saya tidak mahu beritahu bangsa apa) yang menipu jenis HP tiruan dikatakannya original. Ianya juga melibatkan pengalaman saya ditipu ketika beli charger HP, dan charge yang sangat mahal di bengkel kereta yang saya yakin juga ada unsur tipu atas sebab kejahilan sendiri yang tiada knowledge.

2. Namun pengalaman yang baik pun banyak juga dalam urusan jual beli ini. Kes amuk ini agak luar biasa kerana biasanya orang Melayu seperti saya akan mengalah kerana menganggap kami sudah bayar, resit pun dah dapat dan kawasan pembelian itu juga di dominasi oleh bangsa tertentu yang bukan Melayu.

3. Jika saya bertegas akan timbulkan pergaduhan pula. Jika report kepada tribunal pengguna akan ambil masa lama. Namun kes amuk Melayu ini luar biasa dan mungkin ada sesuatu yang berlaku di luar kebiasaan.

4. Mohon sahabat-sahabat saya tidak kira bangsa apa yang menjadi peniaga terutamanya barangan elektronik atau gadjet, layanlah sebaik mungkin customers anda dan yang datang membeli bukan semua orang senang dan kadang-kadang menabung lama atau ikat perut untuk dapatkan sesuatu barangan itu.

5. Kes amuk ini boleh merebak menjadi lebih serius. Yang menjadi mangsa penipuan pula, jangan ambil tindakan sendiri yang penuh emosi dengan buat hukuman membuta tuli kerana kesannya boleh menyakitkan diri sendiri dan juga boleh datangkan pula keributan rusuhan perkauman.

6. Kita negara majmuk cara terbaik adalah cara diplomasi dan jangan mudah terpedaya dengan mainan emosi.

7. Penyelesaian terbaik isu penipuan mestilah dengan langkah-langkah berhati-hati dari awal seperti berikut:-

i. Buat survey dulu secara teliti beza barangan tiruan dan original.

ii. Kenal pasti melalui forum track record kedai jualan.

iii. Bawa sahabat yang mahir gadjet atau alat elektronik ketika membeli.

iv. Semak warranty card di barangan.

v. Buat perbandingan harga dan kualiti di banyak kedai dan tempat.

vi. Beli di kedai elektronik yang authorised dealer.

vii. KPDNKK , PDRM letakkan premis mereka di kawasan seperti Low Yat dan buat pemeriksaan atau serbuan berkala.

viii. Beli barangan dengan knowledge yang dicari sendiri bukan melalui recommendation penjual.

ix. Jika terasa berlaku penipuan dan penjual tidak mahu bertanggungjawab buat laporan polis dan juga laporan kepada Tribunal Pengguna.

X. Elakkan jadi penyebar api pergaduhan dan adu domba perkauman di media sosial sedangkan kita tiada di lokasi kejadian.

P.S:-

Semoga tips ini membantu. Saya tidak copy paste memang fresh idea dari saya pagi Isnin ini atas kesedaran sosial mahukan negara tercinta ini terus aman dan stabil. Sesungguhnya rusuhan, pergaduhan, permusuhan bukan sesuatu yang baik dan bagus. Kekalkan keamanan negara kerana kita tinggal di sini, bekerja di sini dan membesar di sini bersama jiran yang pelbagai kaum terutama bagi yang tinggal di bandar seperti saya.

#lowyat #hakpengguna #keamanan #diplomasi

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger