Cadangan - Cadangan Pembangunan Aktiviti Masjid.

Saya ingin sangat bertemu dengan Ketua Pengarah Institut Kemajuan Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan. Ini adalah summary cadangan-cadangan beliau dalam sebuah jurnal akademik sejak 9 tahun yang lepas lagi untuk pembangunan aktiviti masjid yang sangat legendary. Menurut pemerhatian umum saya ianya belum benar-benar diaplikasi secara menyeluruh di masjid-masjid seluruh negara.

1. Memberi kesedaran tentang pentingnya kepada umat Islam berusaha meningkat kekuatan ekonomi melalui pendekatan Islam dalam program ilmiah di masjid.

2. Menganjur kursus, seminar dan bengkel berkaitan dengan urusan perniagaan yang berwibawa mengikut pendekatan Islam di masjid.  Dengan usaha ini ramai ahli peniaga dapat didekati kepada masjid. 

3. Membina masjid di kawasan pusat perniagaan negeri dan negara.  Oleh itu bangunan masjid perlu juga dibangun di pusat kegiatan ekonomi.  Ini sekaligus menyakinkan bahawa Islam tidak menganjurkan pemisahan ibadah khusus dengan melaksana hidup harian yang mesti disandarkan kepada Islam.

4. Menyedia kemudahan perkhidmatan perbankan, insuran dan perkhidmatan penting berhampiran dengan dan jika mampu dalam perkarangan masjid.  Usaha ini akan mendekatkan institusi kewangan ekonomi kepada individu Muslim yang mengunjung ke masjid. 

5.  Menyedia dan menjual keperluan asas masyarakat di perkarangan masjid.  Usaha ini mampu menarik ahli masyarakat mendekati masjid.  Ini termasuk kemudahan klinik-klinik kesihatan swasta.

P.S:- Cadangan-cadangan tersebut di atas adalah di antara beberapa kegiatan dan kemudahan yang disediakan berdekatan atau dalam perkarangan masjid.  Banyak lagi kemudahan atau kegiatan yang boleh diperkenalkan dari masa ke semasa mengikut keperluan setempat dan semasa.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger