Cadangan-Cadangan Solusi Isu Pengemis dan Pemberi Sedekah. Sebarkan!

1. Memang wujud sindiket yang peralatkan anak-anak kecil, pelajar yatim tahfiz dan orang buta untuk meminta sedekah. Malahan ada yang menyamar buta dan cacat pun ada. Pihak penguasa perlu rajin dan agresif siasat dan tangkat para sindiket dan penipu ini.

2. Pendatang asing yang meminta sedekah. Bertindaklah ikut undang-undang. Minta IC atau pas lawatan. Jika tiada dokumen sah memang perlu ditangkap kerana undang-undang perlu ditegakkan. Kalau ambil contoh negara barat,jika kita minta sedekah di UK dan tiada passport atau pas lawatan memang pun kena tangkap.

3. Uruskan peminta sedekah yang benar-benar susah ini dengan penuh kasih sayang dan hormat. Kalau nak denda mereka, duit pun minta simpati orang macam mana nak denda mereka? Jika mereka tak mampu bayar nak penjarakan mereka wahai pemimpin?

4. Pihak yang ada autoriti boleh guna kuasa untuk "ambil" mereka letakkan tempat khas yang selamat, bersih, selesa dan siasat status mereka, beri kaunseling dan serahkan pada pegawai baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dibantu. Jika ada ahli keluarga hubungi ahli keluarga mereka dan tanya kenapa biarkan mereka merayau?

5. Isu Homeless? Jika ambil pendekatan Pihak Berkuasa Nevada City di USA. Mereka keluarkan permit untuk homeless people ni dapatkan untuk merayau-rayau di bandar. Dan mereka sediakan bangunan atau rumah atau tempat khas untuk homeless untuk tinggal sementara waktu dalam pantauan pihak berkuasa. Bagi saya siasat mereka dan bagi bantuan Baitulmal atau JKM jika perlu. Jika ada rekod jenayah perlu disiasat polis.

6. Budaya sedekah orang Malaysia bagus. Apa kata selepas ini sedekah dengan memberi makanan dan minuman kepada peminta sedekah.

7. Institusi masjid yang mengumpul duit berkepuk-kepuk jangan hanya simpa duit di masjid untuk hias masjid bagi lawa-lawa dan bayar ustaz-ustaz bagi ceramah politik atau agama sahaja. Usahakan cari orang-orang miskin di kariah masing-masing. Masjid kena progresif dalam keadaan zaman yang dikatakan ramai rakyat melayu murtad sebab terhutang budi dengan jasa gereja yang bantu orang miskin.

8. Institusi Baitulmal dan JKM perlu lebih mesra rakyat dan kurangkan birokrasi. Duit zakat jangan sibuk nak invest untuk bisnes ladanglah, pelaburan sahamlah (kalau adalah). Gunakanlah duit zakat untuk bantu asnaf miskin ini dan asnaf orang berhutang yang dibelit Ah Long kerana faktor yang benar-benar terdesak bukan sebab nak hidup gaya mewah.

9. Pihak berkuasa perlu kerja keras halang penyalahgunaan pusat tahfiz atau rumah penjagaan anak-anak yatim yang menggunakan kanak-kanak untuk meminta sedekah sehingga larut malam di bandar-bandar dan stesen-stesen minyak.

10. Kempen media massa, new media ,media sosial, media cetak mahupun media elektronik perlulah berkaitan kesedaran membantu orang yang miskin, kesedaran membantu kanak-kanak teraniaya untuk minta sedekah dan sebaran maklumat kerja-kerja amal dan tempat untuk orang miskin  yang boleh disumbangkan wang ataupun apa sahaja yang diperlukan.

P.S:-

Mungkin statement "pemimpin" itu disalah ertikan tetapi sepatutnya sebagai pemimpin negara anda perlulah keluarkan statement yang jelas dan tidak timbulkan salah faham dan bersifat generalization. Spesifikkan kategori peminta sedekah yang macam mana perlu diuruskan. Jangan guna ayat kasar seperti "ingin halau", "ingin tangkap", "ingin denda" kerana ianya berbunyi kasar dan berbentuk hukuman  kepada golongan miskin dan susah itu. Kemiskinan itu sendiri sudah cukup menjadi hukuman berat buat mereka...

-Effendy Si Rakyat Marhaen -

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger