HARAPAN TAHUN 2015.



Tahun 2015, usaha memperkasakan ekonomi diri sendiri dan keluarga adalah suatu keutamaan. Nabi Muhammad S.A.W juga sebelum menjadi Pemimpin Antarabangsa dengan title "Rasul" yang berpengaruh dan hebat, baginda sangat pakar dalam pengurusan ekonomi dan keusahawanan bersama dengan isteri pertama baginda iaitu Khodijah R.A. Dan saya percaya dan yakin Rasulullah merupakan orang kaya dan hartawan (tapi memilih cara hidup zuhud) dan tidak memerlukan simpati orang lain dari aspek ekonomi dan belanja hidup dalam menyara diri, keluarga dan organisasi perjuangan baginda waktu itu.

Dalam masa yang sama, sisi intelektualisme melalui Circles Intelektual yang telah terbentuk sebelum ini akan terus dikekalkan dan mungkin ditambah. Jaringan NGO-NGO Belia yang saya sertai sebelum ini memberi saya banyak pilihan untuk saya menambahkan nilai idealisme dan aktivisme. Manakala bersama NGO-NGO berasaskan ekonomi juga sudah pasti memberikan input praktikal berkaitan ekonomi dan pembangunan kewangan yang mantap.

Kekuatan bersifat spiritualisme pula bagi saya adalah menguatkan aspek basic sunnah yang kadang kala terabai kerana kesibukan masa yang tidak diatur dengan baik. Contoh perkara "basic spiritualisme" seperti Solat Fardhu berjemaah terutama Solat Subuh, Bacaan Quran (tafsir dan pengamalan), Tahajud , Witir dan Puasa Sunat (isu "basic spiritualisme" ini adalah pendapat peribadi saya, ada orang "basic spiritualisme" dia berbeza). Kita asyik cerita lebat-lebat ke langit tapi hakikat "basic" ini sering terabai dan inilah secara umumnya pada observation peribadi saya adalah kelemahan utama Umat Islam.

Dalam masa yang sama saya juga cuba mencari peluang untuk membentangkan Kertas-Kertas Kerja berkualiti tinggi di simposium atau conference tahap nasional atau antarabangsa jika ada peluang nanti. Tahun 2015 bagi saya ada satu "tahap" baru dalam kehidupan saya. Pelbagai pengalaman saya bersama individu, organisasi tertentu telah mencapai tahap "matang", "mekar" dan masanya untuk saya ekspresikan "hasil" dari pengalaman-pengalaman itu di peringkat yang lebih sistematik secara akademik-intelektual namun bersifat praktis, marhaen dan benar-benar mengakar umbi.

P.S:- Moga-moga buku-buku dan pelbagai jurnal ilmiah saya dapat dihasilkan tanpa tertangguh lagi pada Tahun 2015. Amin Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger