Mengapa ramai orang benci MLM?


Seperti yang dijanjikan berminggu-minggu yang lepas aku hendak nukilkan isu ini yang sedang hangat di pasaran ini. Isu ini subjektif, ramai yang aku maksudkan ini tidak ada fakta dan statistk yang cukup. Adakah majoriti rakyat Malaysia benci MLM ? Aku tak pasti, aku hanya menulis mengikut pengalaman peribadi dan secara mengikut kata hati dan nuraniku sahaja.

Cumanya sedikit fakta yang aku ambil dari buku tulisan Norziati Mohd Rosman bertajuk Buat Duit Dengan MLM terbitan PTS ; Beliau menyebut jumlah pulangan jualan dalam industri MLM di Malaysia adalah sebanyak RM6.6 bilion dan 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM statistik pada tahun 2005! Dan sekarang dah tahun 2010 mungkin makin bertambah jumlah jutawan di Malaysia dari kalangan pejuang-pejuang MLM! Hebat dan aku bangga jadi sebahagian pejuang-pejuang MLM di Malaysia.

Secara umumnya menurut pendapat peribadiku. Ini sebab-sebabnya orang benci MLM.

1. MLM banyak menipu, labur duit lepas itu lesap!
2. MLM ni kena kerja sampai larut malam tinggal anak bini!
3. MLM ni kena paksa-paksa orang jadi ahli.
4. MLM ni dah banyak sangat orang masuk.
5. MLM mengayakan orang atas.
6. Tidak ikhlas berjumpa saudara atau kawan. Bila berjumpa ingat hendak bertanya khabar? Tapi rupa-rupanya nak suruh jadi downline.
7. Produk MLM mahal berbanding di pasaran.
8. Jadi ahli MLM nanti terikat dengan stokis. Kalau pergi TESCO dapat banyak pilihan.
9. Ditipu dengan bekerja dengan kesesuaian masa tapi bila join MLM busy semacam saja.
10. MLM susah kena cari downline!

Dan ini adalah jawapannya kepada isu-isu benci di atas. Aku jawab secara umum dahulu. MLM bukan paksaan! MLM adalah cabang dari pelbagai jenis perniagaan! Aku rasa sebagaimana aku menulis 10 hujah di atas, aku akan jawab juga mengikut turutan nombor.

Jawapan-jawapannya:-

1. Kenal pasti MLM itu menipu atau tidak. Mudah sahaja, pergi di website KPDN dan klik disini-http://www.kpdnkk.gov.my/ajl/jos_ajllist.php terus saja semak samada company yang ingin disertai itu ada AJL atau tidak. Sebenarnya nama MLM dirosakkan oleh sindiket yang menggunakan topeng MLM, sebenarnya mereka ini skim cepat kaya, skim piramid.

Aku tidak menghukum puak-puak sebegini, tapi kalau dah terang-terang tiada dalam list KPDN engkau orang nak join juga terpulang. Paling mudah nak kesan bila mereka guna ayat-ayat sebegini,”Labur duit tunggulah sebulan dua duit kamu akan berganda, tidak perlu cari downline, tidak perlu jual barang, goyang kaki sahaja.” Memang best bisnes macam ini, tabur duit lepas itu goyang kaki duit masuk dengan mudahnya. Aku tetap dengan pendirian konvensional aku, MLM tulen perlu company profile yang kuat, marketing plan yang adil dan boleh difahami dan produk yang perlu dijual dengan usaha dan strategi yang betul.

2. Semuanya bergantung pada diri sendiri untuk urus masa dengan baik. Kerja konvensional semuanya memang tak balik malam ke? MLM dibuat pada waktu malam untuk beri peluang kepada mereka yang buat secara part time dan bekerja di siang hari.

3. Tiada paksaan dalam MLM, approach berbeza mengikut peribadi dan personaliti penggerak-penggerak MLM itu sendiri. Menghukum MLM disebabkan oleh sikap ahli-ahlinya adalah tidak adil sama sekali.

4. MLM menjual produk dan peluang. Manakala kebanyakan produk MLM adalah bersifat repeat sales dan akan ada penambahan produk. Disebabkan di dunia ini secara hukum alamnya disebabkan ada laki dan perempuan, maka manusia akan bertambah dan bila manusia bertambah di situlah peluang untuk kita menjual dan memasarkan apa jua jenis dan sistem perniagaan di muka bumi ini.

5. MLM memang mengayakan orang atas sebagaimana bisnes konvensional lain mengayakan bos atau share holders perniagaan. Konsep perniagaan memang sebegitu. Siapa di atas dia akan untung. Yang menjadi isu di sini apabila kita mengayakan orang di atas adakah orang di atas akan mengayakan kita atau menjutawankan kita seperti mereka di atas. MLM ada jawapan kepada permasalahan untuk jadi jutawan ini.

6. Ini paling kerap didengar, ikhlas tak ikhlas biarlah Allah yang menghukum, pendekatan saya pendekatan berhikmah, bila bertemu dengan kawan-kawan yang lama tak ketemu biasanya perbualan berkisar F.O.R.M atau bahasa penuhnya Family, Occupation, Recreation, Money. Jadi bila ada panduan F.O.R.M ini gunakanlah pendekatan masing-masing untuk cerita peluang perniagaan yang diceburi. Tidak kira MLM atau konvensional bisnes perbincangan yang berlegar pada perkara FORM ini akan memudahkan kita untuk berkongsi peluang perniagaan.

7. Mahal tak mahal adalah subjektif bergantung pada kemampuan prospek kita. Misalannya ada produk alternatif MLM itu yang pernah saya jual berharga ratus-ratus tapi disebabkan kemujarabannya menyebabkan prospek saya itu sembuh dan jimat dari kos ribu-ribu yang dikenakan oleh klinik-klinik pakar. Segalanya bergantung pada kemampuan prospek dan produk kesihatan MLM biasanya melalui tahap-tahap kajian yang mendalam dan tidak terdapat di Pusat Rawatan Konvensional.

8. Soal terikat dengan stokis itu terpulang pada ahli MLM iu sendiri, mereka dah dapat rasa dengan beli barang keperluan dari stokis mereka dapat bonus, diskaun dan produk sangat berkualiti adalah tidak salah untuk mereka mengikat diri mereka dengan stokis. Dan memang konsep MLM untuk menjadikan produk mereka pengganti pada produk-produk konvensional di pasaran.

Itu adalah persaingan sihat dalam perniagaan dan kini company seperti TESCO, JUSCO dah mula ikut konsep MLM dengan memberi rewards pada pelanggan setia mereka yang membeli secara banyak di super market mereka. Sedangkan dalam MLM beli produk syarikat pelbagai reward menanti dan jika kita mendidik downline kita supaya tukar barangan harian kepada produk MLM bonusnya akan berlipat ganda hingga mencapai tahap menjadi jutawan pun ada.

9. Seperti isu nombor 2 segalanya kembali kepada pengurusan masa individu. Kebebasan masa memang dapat dijamin sebab konsep e-wallet, e-commerce memberikan kemudahan pada ahli untuk membeli produk secara online dan menyemak bonus harian dan bulanan melalui internet sahaja.

10. Isu mencari downline adalah normal sahaja bagi aku. Semua business kena mencari customer. Tidak kira bisnes peringkat korporat besar, bisnes peringkat antarabangsa, pokok pangkalnya kena cari CUSTOMERS! Downline kita adalah pelanggan dan juga rakan niaga kita. Kalau kita jadi guru misalnya, pelanggan kita adalah anak murid, begitu juga pensyarah pelanggannya adalah siswa dan siswi. Guru dan pensyarah juga perlu memastikan kelas pengajian mereka dihadiri anak-anak murid mereka, jika anak-anak murid tiada, mereka tiada kerja dan mungkin akan dipersoalkan kredibiliti mereka di pihak pengurusan sekolah atau unversiti.

Dalam konteks Usahawan MLM, downline adalah rakan niaga,pelanggan dan sumber pemasaran duplikasi mereka. Tiada downline bererti tiada bisnes.

Penutup:-

Syukur, dapat juga akan tunaikan janjiku untuk menjawab persoalan mengenai mengapa ramai benci MLM. Semoga artikel tidak seberapa ini membantu usahawan MLM yang lain untuk terus berjuang mengejar kejayaan di lapangan MLM. Akhirul kalam. Jumpa anda di puncak jaya! Jaya dunia, jaya akhirat. Wassalam.

0 comments:

Post a Comment

 

From Helpless to Helpful... Copyright © 2011-2012 | Powered by Blogger